Nuffnang Ads

Thursday, March 5, 2015

El-Nino Di Malaysia : Berhati-hati dengan Ular.

Assalamualaikum WBT,

Semua tahu yang sekarang ni musim panas melampau kan? 

Untuk pengetahuan semua, memandangkan kita ni duduk di dunia ni BERKONGSI dengan haiwan-haiwan dan mereka yang lain. Adalah baik jikalau kita berhati-hati. Kenapa perlu berhati-hati?

Baik, tatkala musim panas ni, macam-macam jenis haiwan akan keluar dari tanah yang panas dan cuba untuk mencari tempat yang lebih teduh dan sejuk. Rumah kita ni walaupun panas, tapi cukup sejuk untuk haiwan-haiwan kecil dan termasuk lah!! ULAR. 
 
Takde dek ular camni kat Mesia... kot!

Sering kali kita dikejutkan dengan kehadiran Ular di dalam kediaman kita, khususnya mereka yang berada di kampung or tempat yang mempunyai kawasan yang agak semak. Ia memang mempunyai deria yang tinggi dan mereka memang tak boleh tolerate kepanasan ni.

Ni nak cerita, aritu ada seekor ular sawa besar telah ditangkap oleh orang kampung saya ni then the rest of the story is unknown. Memang tak tau dah lepas tu. Cuma, apa yang saya dapat bagitahu, ular sawa tu memang besar gila!!! maybe ular yang terbesar pernah saya tengok.

Scary wehh.. ni semalam, seekor ular telah digelek ditengah jalan kat kampung saya ni. Maklumlah, kampung agak pedalaman kan, banyak lah hewan-hewan ni, kera tu takyah cerita lah, siap makan nasi lagi kat rumah mak cik saya. advanced kau kera.. kelas...

Then last week, rumah kakak saya, dorang tengah makan then ada ular kecil masuk dalam rumah. I like whattt? apa nak jadi ni... kenapa ular nak kawan dengan manusia... nak dijadikan cerita, kat kampung kami ni ada juga sejarah kalau ular-ular ni.

Mak saya mempunyai keluarga yang seorang budak lelaki telah dilahirkan bersama seekor ular. Semakin lama, semakin besar, ular tu. Then dorang buat keputusan untuk singkirkan ular tersebut dan hanyutkan ke sungai. Then, the rest of the story is history. Ada cerita mengatakan Ular tersebut telah sampai ke Tanah Deli di Indonesia dan menjadi Raja disitu dan keturunan mereka disumpah mereka tidak akan dapat balik lagi ke tempat asal mereka.

Sumpah saya tak tau kebenaran cerita ini, tetapi, mak saya ada pertalian darah dengan si kembar ular tersebut. Then, sebab itu mak saya dapat saya dan abang kembar saya. Maybe abang saya manusia dan saya adalah seekor ular. Cuma, ular gemok lah kot!!! hahahha... apa-apa pun, memang saya tak tahu kebenaran cerita ni, cuma nak bagitahu, berhati-hati lah, waktu panas-panas ni banyak dorang ni.

Tak bunuh, berbahaya. Bunuh rasa bersalah. Tapi sebelum buat apa-apa pun, minta lah dorang pergi dulu, cakap dengan dorang. Ular ni makhluk Allah jugak, dorang pun ada perasaan *iya ke? Cakap dengan dorang dulu kay?

So, hati-hati kay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Takut dengan ular ni...

No comments:

Post a Comment