Nuffnang Ads

Sunday, March 15, 2015

Isu Semasa : Harga Rumah Mahal?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Untuk entry hari ni, saya ingin cerita fasal perumahan yang ada di bandar-bandar besar, khususnya, Kuala Lumpur.

Aritu ada Parlimen Titiwangsa, maaflah, saya tak tahu la dari Parti politik mana, tapi dia membawakan satu isu yang menarik. Penjualan dan pemilikan rumah di Kuala Lumpur. Baik! ini, sangat menarik. 

Maaf, baru je Google, namanya adalah YB Datuk Johari bin Abdul Ghani dan dia merupakan ahli Parlimen dari Parti Barisan Nasional. Dia membawa isu penjualan dan pemilikan rumah di Kuala Lumpur, kenapa saya kata ia menarik, sebab ia adalah itu yang pada saya memang sepatutnya dari dahulu lagi dibawa. Saya tak pasti lah samaada isu ini dibawa dari dahulu tetapi ia tidak mendapat perhatian hanya kerana BN memerintah Selangor dahulu, or kawasan bandar, tetapi memandangkan ia sudah mendapat perhatian, ternyata ia perlu diberikan perhatian yang amat khusus.


 Kenapa? Bayangkan, sekarang dengan kejatuhan harga Ringgit, *moga tidak terus jatuh...amin... memang peratusan pemilikan rumah dibandar mungkin ada kuota mereka masing-masing, *i need to read more on that. Rumah cantik-cantik, apartment besar-besar, kawasan bandar pesat, rasanya berapa harga yang mereka tawarkan untuk sebuah apartment? Mungkin RM 2 juta? or RM 3 juta mengikut keluasan premis? Kan? 

Jadi, memang Malaysia bukanlah satu pilihan tempat persaran or penetapan ramai rakyat asing yang kaya pada dahulunya, tetapi, sekarang dengan 'pengiklanan' free yang dibuat oleh ramai pihak dengan review Malaysia sebagai satu tempat persaraan yang terbaik, well, tidak mustahil ramai yang akan membeli premis di Malaysia dan menetap di Malaysia. Satu perkara baik? Mungkin, dengan boosting Malaysian economy, tetapi adalah ia yang terbaik bagi Malaysia? entah, Itu kena betul-betul dikaji dengan lebih mendalam.

Tetapi dalam perkara ini, Tanah dan Perumahan, kuasanya terletak di Kerajaan Tempatan, bermaksud, ia terletak pada tangan mereka yang memerintah sesebuah negeri. Oleh sebab itu. Jadi mungkin sesetiap kerajaan tempatan mempunyai pandangan masing-masing terhadap yang mereka buat. Dari segi kewangan, mungkin ia juga memainkan peranan penting dalam kelulusan sesebuah projek. Jadi! apa yang kita sebagai rakyat boleh lakukan? Well, itu memang kena tanya diri sendiri kerana saya sendiri takde jawapannya.. 

Itu sahaja untuk pencerahan hari ni...

Assalamualaikum WBT

p/s: moga kita dapat berfikir dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment