Nuffnang Ads

Sunday, March 8, 2015

Jangan Gaduh K?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Memintak semua sihat lah ye...


Baik, untuk entry ini saya cakap sikit mengenai perbalahan. Iya.. perbalahan yang mampu menguntungkan adalah sesuatu yang baik, seperti win-win situation usually used in negotiation to get something, but! perbalahan yang merugikan adalah seperti peperangan yang memang memberikan kerugian kepada kedua-dua belah pihak. 

Jenis-jenis perbalahan ni ada banyak sebenarnya, ayam-itik, ayam-ayam, itik-itik dan paling ganas singa-singa, or badak air-badak air.

Kenapa semua dinamakan haiwan, sebab haiwan bergaduh sebab itu nature mereka. Nature kita sebagai seorang manusia bukan bergaduh. Nature seorang manusia adalah berbaik-baik, tapi kalau tak berbaik-baik pun, boleh acting profesional lah gitu kan? Haiwan tak boleh act pro, dorang kalau jumpa memang terus akan bergaduhan. Itu haiwan, tapi kita manusia.

Kita manusia ni panjang akal, kadang-kadang yang tinggi belajarnya lebih mempunyai akal yang panjang. Itu je lah. Tapi kita manusia ni kalau bergaduh, fikir nak saman lah, apa lah. Nak buat press conference lah, apa lah kan? 

Hebat kan? Kita manusia. Sebagai contoh, yang menggegarkan Malaysia, *gegar ke? Gegarvaganza jugak lah khen? Maklum lah, dua orang agama dalam negara kita ni ada sedikit perselisihan pendapat. 

Sejujurnya, sebagai seorang Melayu, Islam, saya agak malu juga dengan perkara sebegini digembar-gemburkan. Seorang Mufti dan seorang pendakwah berselisih pendapat. Korang tau tak yang bila kita ni belajar tinggi, semakin besar dan berat tanggungjawab dan semakin besar dugaan. Apakah dugaan paling tinggi kepada orang yang berilmu ini? SANJUNGAN RAMAI. Berapa ramai orang yang berilmu rasa diri dia tinggi imunya? 

Menegur boleh, tapi kalau sampai menempelak, bukan teguran namanya. Yang ditegur pun sepatutnya boleh ditegur, bukan terus hendak melatah.

Saya bukan seorang ahli agama, tapi melihatkan keadaan ini. Ya Allah, kenapa jadi macamni? saya bertanya. Masuk surat khabat okay, national newspaper yang lebih seronok mengambil peluang untuk menjual iklan dan berita. Gila? Memang.

Sorang cakap dia akan call dia, then sorang lagi cakap si dia akan call. Sudahnya? Entah lah, mungkin mereka sudah ada jalan penyelesaian. Marilah kita doakan mereka supaya berbaik-baik dan mecari jalan penyelesaian untuk permasalahan ini. Amin. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Janganlah bergaduh, awak berdua orang agama. 

No comments:

Post a Comment