Nuffnang Ads

Wednesday, March 11, 2015

Mossip-mossip Mak Jemah : Kumbang Bukan Seekor.

Assalamualaikum WBT,



Haaa... hari ni Jemah kembali lagi dengan entry yang boom! cerita-cerita yang menarik hati serta mengugat hati-hati mereka yang membacanya!!! Kau rasa? Deknon rasa Jemah nak biarkan hadek-hadek pembaca blog NIM ni tercungap-cungap mencari berita-berita sensasi? No no no..*sambil tunjuk jadi telunjuk tercucuk kat hidung!

Jemah akan sentiasa mencari dan mengulas berita-berita sensai dunia hiburan tanahair serta dunia hiburan seantero dunia, waima Zimbabwe sekalipun!!! Jemah sanggup berjemur berpanas di Zimbabwe semata-semata nak mencari berita sensasi dunia retis. *letih taip intro!

Jemah memang jarang tengok rancangan-rancangan TV berunsurkan gossip-gossipan, entah kenapa! Jemah memang tak suka. So! Ada orang tanya, Esah Kemenyan bagitahu Jemah, berbunyi macamni,

"Jemah! aku dengar ada orang soh seh soh seh cakap kau buat-buat cerita kat blog NIM tu? Iya ke? lagi satu.. dorang cakap kau saje je cuba melaga-lagakan orang kat blog tu".

Jemah pun jawab lah dengan penuh tawaduk.

"Ya Allah Esah!!! mana ada! Akak tak buat camtu lah... akak membaca okay? Selain kau, akak ada sumber-sumber lain yang boleh dipercayai, lagipun, kat dalam blog NIM tu, akak tulis sendiri okay, takde penulis dua tiga orang, akak tak mengupah macam blogger hiburan lain. Lagipun, akak kat sini nak cari sumber halal. Lagipun, nak mengharapakan kau bagi akak berita? haram!! takde sangat okay? Berita kau bawak, takde nilai!"

"Amboi kau Jemah, mementang pemes, kau cakap aku tak berguna? sampai hati kau Jemah!".

"Eh, bukan tak berguna sepenuhnya... sikit je, tacing sangat lah kau Esah!, over".
Itu antara perbualan Jemah dengan Esah Kemenyan lah!!! Korang jangan main-main tau, Jemah dengan Esah Kemenyan ni dah lama kawan, ala-ala best friend gituh... hahaha.. ibarat kata, kalau cubit peha kiri Jemah, peha kanan Esah terasa lah... *tapi Esah Kemenyan ala... hmmm... lemak lebat, camne? lantaks.. kesah lah Jemah... hahaha...

Now, Jemah ada lah terbaca sikit fasal seorang artis tu, haaa... nak kata muda, takde la muda sangat. Nak kata tua, takde la tua. Masih muda lah, senang kan dengan drama lovey-lovey dorang. Bukan yang wanita tu, yang lelaki nya. 

Macamni lah, senang Jemah cakap eh, dalam bercinta ni, rasa tu memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Jemah bagi contoh awak makan Mee Kari. Kalau mee kari tu nak kena ada mee, kuah, sawi celur, taugeh halus, daun sup, daun bawang, bawang goreng, taufu kering, kerang, ayam, semua kena ada. Kenapa? Sebab ia membuatkan mee kari tu lebih sedap dan lebih berperisa.

Tapi sesetengah orang cuba juga makan mee kari walaupun dia suka kuey teow. Jangan paksa dek, tak elok sebab alih-alih sisa-sisa awak juga kena kutip buang, kan? So! order yang lain, biarlah mee tu amik segala jenis perisa yang telah awak order. Begitu juga mee tu, janganlah awak paksa dia makan juga sedangkan dia memang tak suka mee. Paham tak?

Jadi! Jemah nak cakap sikit, dalam dunia ni, cinta tak boleh paksa. Kalau paksa-paksa, jadilah macam Jemah! Jemah dah cakap dengan Channing Tatum yang Jemah tak boleh terima dia sebagai husband sebab Jemah... hmmm... tak nak bermadu dengan Jenna... lagipun Jemah dengan Jenna tu adik-beradik angkat!! Jemah tak sanggup. Sebab tu lah, kalau Jenna tu ajak Jemah pergi rumah dia, tido situ, Jemah malas. Iya lah kan..mana lah tau!!! hahahha... Jemah tak kuaddd...

Then, sementara Jemah menghadam cerita pelawak tadi tu.. eh? Jemah ada terdengar dari sumber Jemah, kali ni memang Esah Kemenyan, dia cakap yang ada seorang penyanyi wanita Malaysia ni buat PC sebab ada kata-kata nista. Nasib baik dia cakap dalam telefon sebab kalau dia cakap depan-depan, memang Jemah dah lempang dia, Jemah cakap kat dia..

"hoih Esah! aku dah tulis cerita ni aritu!!!"

Terus dia hang up kat Jemah, kuangajo kau Esah! Bungok.

Tu je lah untuk cerita minggu ni. 

Thanked God cerita Sotong Kurita tu dah habis. Pening dan menyampah tengok wehhh... Menghina sungguh. Itu pendapat Jemah lah... orang lain Jemah tak kisah lak lah kan... hehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: Jemah suka membaca uolss...

2 comments:

  1. hahak
    semput ahkak baca entry ni ko jemah
    citer kurita tu
    citer hencik sotong tu kew
    akak tengok sekali dah nayampess
    ters takmo nengok dah
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak kannn.. tak suka juga.. jemah pun cakap tak suka.. ada plak boleh kawen dgn orang lain, then mengandung anak orang lain.. mampus... hhaha

      Delete