Nuffnang Ads

Tuesday, March 3, 2015

'Rasa' Kita, Kita Rasa.

Assalamualaikum WBT,

Saya nak tulis fasal "Originality". Dalam dunia blogging ni, tak payah jauh lah, kita kat Malaysia ni je, ramai wehh... yang jadi blogger. Blogger itu, blogger ini, blogger jutaan, blogger puluhan RM kat Nuffnang *macam saya, blogger masakan dan macam-macam lagi.

Setahu saya, sejak 2-3 tahun lepas, blogger Fashion or they called it Fashion Blogger memang cambah macam taugeh. *tanak guna bagai cendawan tumbuh selepas hujan, tak relevant! tak hujan... mana nak tumbuh? Guna taugeh kay? Boleh kan? Takpe lah, janji faham k?

Now, memang ramai, cuma! ada jugak blogger yang 'rasa' nak jadi blogger tetapi hanya dengan 'meng-copy' kerja orang lain. Berlambak macamni! Dulu seingat saya Lulu pun pernah kena, layout sebijik weh!! tengok-tengok bukan Lulu. Abang Mat pun pernah gak kena, lagi lah, gambar-gambar diciplak oleh majalah national lak tu... entah macamne hebat boleh buang watermark! hebat woi!!!



Bercakap fasal majalah-majalah ni, ada je majalah-majalah yang guna pictures-pictures pecah pixels sebab ia meant for blog. Memang ada blogger yang rajin letak dorang punya sendiri gambar... Tak salahkan blogger lah yang hendak hasil terbaik blog dorang, tetapi tu lah, kita ni baik-baik weh!!! kita rasakan takde orang yang akan amik gambar kita, tapi tu lah, dalam dunia internet ni, nothing is safe unless its ugly. hahaha.. seriously. 

Tapi apa-apa pun, saya ada trick kalau nak rasa kita punya entry yang kita tulis ni... feels us, 'rasa kita' sendiri. Okay, catitkan apa yang dirasakan penting SELEPAS membaca sesuatu artikel. Kita tulis apa yang kita rasa, then barulah orang akan relate dengan kita. They will read what touches their hearts, biarpun ia sekadar cerita kita sayangkan kucing, or buat air milo untuk anak. Cara atau style tulisan tu, memang tak boleh nak hilangkanlah, itu cara dan style sendiri, takkan tukar lak kan?

Kepada yang penulisan yang formal ala-ala nak mintak PM UK or PM Malaysia baca, teruskan! Itu lambang anda. Itu 'rasa' anda. Tapi 'rasa' saya adalah penulisan santai yang tidak memerlukan banyak perahan otak, sumpah tak kurus kalau baca pon. Okay? Ada yang suka letak gambar banyak. No kidding, I hate it tapi apa salahnya kan? Takde salah pun, awak sendiri punya blog, awak suka, orang lain pun okay lah, tapi satu je yang lebih tak suka... hahahah.. music di dalam blog. Berat deknon.. payah nak load.. sorry. hehehe..

Apa-apa pun, keep writing what you think  is best for you. No one could think what best for you but yourself.

Assalamualaikum WBT

p/s: 'rasa' kita, kita rasa.

No comments:

Post a Comment