Nuffnang Ads

Tuesday, March 10, 2015

Sakit Gigi Memang Menyakitkan!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Hari ni hari Selasa, hari kedua bagi negeri yang tidak cuti pada hari Ahad dan ia hari ketiga bagi mereka yang kerja pada hari Ahad. Baiklah, saya bukan nak menulis fasal cuti, tetapi, nak cerita fasal Gigi!

Kenapa gigi? Dalam iklan Dr. Say tu cakap, 'Kenapa arang?'

So! tadi nak dijadikan cerita, kami bercerita fasal sakit gigi. Lokasinya dengan kedai kat depan rumah saya ni. Biasalah, kalau hari hujan, ramai yang ke kedai makan-makan kat kedai je... mostly, baru je lepas hantar anak dari sekolah kan... hehe.. 

Cerita dimulakan oleh salah seorang daripada kami yang cakap harga satu klinik kat Bandar Raub yang kat depan Tunas Manja tu mahal. RM40.00 bagi sebatang gigi susu. Kakak saya cakap, anak sedara saya cabut gigi kat situ, anak dia lah. 2 batang gigi susu. So, totalnya RM80.00. Jikalau hendak dibandingkan dengan harga di Klinik Perdana yang dekat Bandar Raub lama, dekat deretan kedai makan Hanis Husna tu, ia jauh lebih murah!! Satu batang gigi susu RM10.00. Murah gila kan? Murah gilaaaa... untuk kanak-kanak lah, untuk dewasa, tak silap RM25.00 sebatang.

Then, masuk pulak bab sakit gigi. Ramai yang respon sebab sakit gigi ni bukan macam sakit lain. Ada jiran saya cakap, masa tu dia ada kat situ jugak,

"sakit gigi ni sakitt... kalau saya biar sakit beranak dari sakit gigi".



Betapa menunjukkan sakitnya sakit gigi. Haaa.. kau rasa. Sebenarnya, saya memang bersyukur kepada Allah SWT, saya tak pernah lah sakit gigi ke apa. Cuma aritu nak tumbuh geraham bongsu, sakit jugak lah but sekejap je...

Sebenarnya saya mempunyai gigi yang kecil-kecil. Orang cakap gigi saya tak padan dengan badan yang comel saya miliki. *ayat tak tahan kan?

Pernah tak korang sakit gigi yang terhamat sangattt.. sampai buat sesuatu yang tak masuk akal sebab terlampau sakit. Sakit gigi ni memang sakit kan? perghhh...

Assalamualaikum WBT

p/s: alhamdulillah, saya tak pernah lagi sakit gigi... hehe..

No comments:

Post a Comment