Nuffnang Ads

Tuesday, March 10, 2015

Saya Seorang Acrophobia!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Setiap orang mesti ada rasa takut kan? Sesetengah rasa takut kat benda bergerak. Macam mak saya, dia takut kat ular, ulat-ulat. Dia geli+takut. Haha... entah kenapa.

Kalau saya? Saya takut+geli Cicak, Katak. Ya Allah.. memang geli geleman kalau jumpa dorang-dorang ni!! Lembik, sejuk. *ni tengah meremang bulu roma dok bayang!! yikess!!! geli!!!


Then kalau kita cam rasa takut lagi, saya takutkan ketinggian. Afraid of Heights (acrophobia) lah. Tak kisah la setinggi 2 tingkat pun, saya tetap takut. Usahlah yang tinggi gila tu kan... macam jambatan KLCC ke.. tak koser hakak dek nak naik benda tu!! pernah naik sekali dulu, tapi iya la. tak pandang bawah, pandang depan je. Lembik lutut.

Takut kepada ketinggian ni macam, kalau saya berada di tempat yang tinggi, kaki saya akan sweating dan saya sendiri rasa macam nak cepat je menapak kaki ke tanah. Memang rasa macamtu. Sumpah!!!

Ni sambil menulis ni saya rasa macam geli je tapak kaki. Tadi baru je lepas tengok Amazing Race USA Season 24, dorang jalan atas tadi kat Marina Bay Sands, Singapore. Benda tu la tinggi, then jalan plak atas 1 lembar tali! 1 LEMBAR TALI!! with nothing bawah dia, hanyalah bergantung kepada ikatan yang ada kat badan tu, harness eh benda tu.. entah.. tapi memang menakutkan. Peserta dalam Amazing Race tu boleh seronok-seronok! vongoks tau!!! 

Saya yang tengok ni rasa macam... whattt!!! nowwaaayyyy....

So! korang ada rasa takut-takut or phobia or afraid of something ke kan? yang mampu dijadikan bahan bicara? Kongsikan dengan saya di ruangan komen dan mungkin cara untuk mengatasinya. Kalau macam saya ni, entah lah, setiap kali saya naik bangunan-bangunan tinggi pun rasa geli kaki. uhhhhh...

Kongsikan eh...

Assalamualaikum WBT

p/s: Cicak tu lagi menggelikan. memang tak boleh. no way... no..
p.p/s: Dua hari ni tengok Ruby dok post gambar 3D tempat tinggi kat KLMUC.. gila scary!!!

No comments:

Post a Comment