Nuffnang Ads

Tuesday, March 3, 2015

Sekolah Menengah Kebangsaan Dong.

Assalamualaikum WBT,

Hari-hari seorang penanti result STPM dan SPM telah berakhir... apakah result anda sekalian? Result anak anda? 

Takpe semua tu, memang ia Sijil Penentu Masa Depan, tapi, kalau dah tak dapat bagus, nak buat macamne kan? hihu... takpe, mesti ada rezeki lain. 

Saya nak minta maaf sebab saya tak update entry semalam, internet takde, Ni baru ada, so, update je la apa yang termampu. Gituhhh... hahaha...

Semalam saya terserempak dengan cikgu saya, Cikgu Nazalina yang mengajar Geografi F6 kepada pelajar Form 6, sekarang? entah lah, maybe masih lagi kot, lupa lak nak mintak nombor dia semalam.


Then dia tanya,

"haiii... Akmal! jom la ke sekolah."

Saya tanya,

"Kenapa cikgu, saya bukanlah bekerjaya macam orang lain... hahaha"

"Lahhh.. kenapa pulak, jom je lah, lagipun takpe je, jumpa cikgu-cikgu".

"insyaaAllah cikgu, nanti saya pergi".

Bila fikir balik, saya bersekolah di situ hanya untuk 2 tahun, dah saya bersekolah di sekolah agama (Bersebelahan) for 5 years dan takde seorang guru pun yang ajak saya ke sekolah agama for fun. Dan yang SMKD je ajak saya, nampak tak saya mesra di SMKD? hehe... bukan tak mesra di SMAD cuma, maybe the upbringing prevent me to do such things, maybe.

Tapi, apa-apa pun, Cikgu Nazalina dan Cikgu Aniza, these two cikgu memang saya kenal dan agak rapat lah sebab diorang cikgu Koperasi, hello, saya pun masih koperasi walaupun 2 tahun. Takdelah saham ke hape, cuma... jaga kedai koperasi je dulu. Seronok those times.

Kelakar pun ada. But, never mind, nanti saya pergi melawat sekolah, kekonon Nazir, takde apa yang nak diceritakan tentang diri saya pun tapinya... lantak lah, nanti saya pegi ye cikgu?

Assalamualaikum WBT

p/s: what an experience it was.

No comments:

Post a Comment