Nuffnang Ads

Tuesday, March 17, 2015

Trip to Melaka.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Saya aritu ada update fasal going to Melaka, tapi malangnya, the post was not able to publish sebab ada masalah line plak. Pening jap.

So, on that note, saya akan write a new entry dan hope boleh lah baca eh... hehe..

Macamni, last Saturday and Sunday, saya, mak saya dan 5 orang anak sedara telah pergi ke Melaka dengan rombongan KEMAS dan saya dengan mak saya telah menggantikan kak saya dengan husbandnya. Sebab anak yang tadika tu demam. Oleh itu, saya dengan mak saya la yang menggantikan mereka pergi ke Melaka. Haaa.. macamtu la ceritanya..

Kami bertolak pada Sabtu, 10 malam dan sampai di Melaka pada pukul 6 pagi. Biasalab jalan malam kan, dengan budak-budak pulak tu, makanya, tido je laaa.. hahaha..

Sesampai kami di Melaka, kami terus menuju ke Masjid Selat Melaka yang mana ia sungguh cantik dan kami sempat bersolat di situ. Masjid tersebut seolah-olah berada di atas air laut. Dan kami juga sempat menghirup udara segar dari bayu laut selat melaka. Cantik dan menyegarkan.

Selepas itu, kami bertolak ke Menara Taming Sari dan kami bersarapan di salah sebuah kedai makan yang ada di situ. Okay laaa.. not bad, tapi disebabkan kami sampai di situ terlalu awal, maka, banyaklah kedai yang tidak buka lagi. Kami ended up makan dikedai yang sama. Bayangkan betapa havocnya kedai tu dengan kami 1 bas. Hahahaha.. gila kan..

Selesai makan, kami pergi ke tempat yang boleh dilawati disekitar kawasan Menara Taming Sari. Disini, kami berpecah dan menjalankan aktiviti masing-masing. Saya dengan 5 orang anak sedara saya pergi melawat pelbagai tempat lain. Selain taman yang ada di kawasan tersebut, kami melawat ke Muzium Samudera yang bentuknya seperti bahtera. Agak berpatutan dan di dalamnya, kita dapat lihat pelbagai jenis artifak hasil peninggalan penjajah Melaka dahulu.

Sebelum itu, kami melawat Gereja Stadhyus *betulkan kalau salah ye...dan juga Malacca Fort. Kami ada juga bergambar di sini. Ia juga agak menyeronokkan. Kami dapat melihat kubu peninggalan penjajah Melaka dahulu.

Selepas tu kami bertolak ke Perigi Hang Tuah, di mana ia dipercayai dibuat oleh Hang Tuah menggunakan kakinya. Mengikut ceritanyaa lahh.. saya rasa Hang Tuah tu gali je kot... entah la.. kan..

Then kami pergi ke Zoo Melaka. Ya Ampunn.. ramainya manusiaa!!!! Saya beratur untuk tiket lebih kurang 30-40 minit jugak lah... pergh, memang lama. Saya pun rasa macam nak putus asa, tapi memandangkan anak-anak sedara nak pergi tengok animals, saya gagahkan jugak. Dah la panass... hahahaha.. pening jap.

Masuk ke Zoo Melaka tidak la semahal yang disangka tetapi dengan keadaan Zoo yang masih dalam renovation, saya amat berharap mereka adakan diskaun untuk kemasukan pelawat local. Sebab ada banyak kurungan yang tidak dipamerkan. Mungkin disebabkan penambahbaikan yang dilakukan, maka mereka patut memberikan diskaun kepada pelawat local. Itu pendapat saya.

Itu sahajalah untuk trip kami ni, nanti ada masa saya cerita lagi.

Assalamualaikum wbt

P/s: letih...tapi seronok.
P/p/s: gambar dorang di Malacca Fort.

No comments:

Post a Comment