Nuffnang Ads

Thursday, March 19, 2015

UMNO RAUB: Bengkel Lepasan Pelajaran dan Cakna Masa Depan.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Pada hari Selasa lepas, 17 hb March 2015, saya telah dijemput ke Bengkel Lepas SPM, KEMAHIRAN, DIP, IJAZAH, MASTER. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian UMNO Raub yang memfokuskan kepada lepasan-lepasan pelbagai tahap pelajaran ini dalam mencari hala tuju.

Saya turut serta sebagai peserta dan walaupun kan, saya tetap join sebab saya mempunyai matlamat saya sendiri. Saya joined program tersebut adalah untuk membiasakan diri dengan persekitaran. Saya sedia maklum dengan diri saya yang akan kurang mesra dengan Bahagian UMNO Raub ni, jadi, ayah saya sendiri mengsyorkan saya untuk pergi ke sebanyak mungkin aktiviti yang berkaitan dengan UMNO dan biasakan diri dengan kepimpinan tempatan.

Makanya, saya pergi. Saya juga dapat beberapa tips yang amat membantu diri sendiri dan penceramah Encik Jeem Azmy mengatakan bahawa saya kurang Facial Expression. Okay, i take that as something that i could work on and inshaaAllah, i will work on that surely, thank Mr Jeem. Your talk actually help me a lot.

Lepas tu, after rehat, pihak penganjur mengadakan Sesi Dialog dengan Professional yang mana, sesi dialog ini menampilkan ramai ahli-ahli professional di Daerah Raub. Antara mereka adalah, Yang Berhormat Dato' Seri Shahiruddin bin Haji Abdul Moin (Ketua UMNO Raub merangkap Exco Negeri Pahang), Dato' Ir. Azinuddin ( Timbalan Ketua UMNO Raub merangkap Ahli Korporat), Puan Fadhilah (Ketua MARA Raub), Encik Zaidi (Pengurus GIATMAR Raub) dan ramai lagi.

Ahli-ahli professional ini menggalakkan para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan menjadi seorang peniaga.

Pada pendapat saya, aktiviti seperti ini amat bagus dan sememangnya satu aktiviti yang amat patut dijalankan bagai menerangkan keperluan yang ada kepada para lepasan.

Jadi, mungkin selepas ini Bahagian UMNO Raub dapat menjalankan aktiviti yang berasaskan perniagaan or Enterpreneur Based Programme yang mungkin boleh explore bagaimana untuk menggunakan micro blogging or social media dengan lebih berkesan dalam memasarkan produk keluaran penduduk tempatan. Cadangan saya la and i did write this on my borang maklumbalas.

So, that is all.

Assalamualaikum wbt

P/s: i love covering such activity.

No comments:

Post a Comment