Nuffnang Ads

Sunday, March 8, 2015

YB Dato Aziz bin Mat Kiram, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam.

Assalamualaikum WBT,

Semalam saya pergi ke Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan SJKC Jerkoh, then terfikir, saya nak buat entry la fasal Ahli Dewan Undangan Negeri tempat saya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, YB Dato Aziz bin Haji Mat Kiram. 



Pada pendapat sayalah, YB Dato ini adalah seorang yang agak reserved dan seorang workaholic. Yes, saya sering juga pergi ke majlis-majlis formal sebab saya drive ayah saya pergi ke majlis-majlis tersebut. Then, what I can see adalah when it comes to something like entertain the VVIPs, YB Dato akan pergi but then setakat tu je lah. Saya rasa YB Dato ni everything is work, more than that, kurang la sikit. Bagus la macamtu kan?

Pada tahun lepas, Ayah, Mak dan Mak Cik saya berpeluang untuk mengerjakan umrah bersama-sama YB Dato Aziz dan Datin. Apa yang boleh saya katakan menerusi pengalaman Ayah dan Mak saya adalah, YB Dato dan Datin adalah orang yang mudah mesra dan memang mempunyai perwatakan yang menyenangkan. Kebetulan pula Mak saya menginap sekali dengan Datin dan Ayah saya menginap sekali dengan YB Dato. Mereka memang orang yang mudah mesra.

Dari politiknya, YB Dato Aziz bin Mat Kiram adalah Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Dewan Undangan Negeri Batu Talam. Pada tahun 2007, selepas kematian wakil rakyat Dato' Tengku Faris bin Tengku Razlan pada tahun 2006 akibat barah, pencalonan nama dalam UMNO dibuat dan ia menyaksikan beberapa nama besar dalam UMNO Raub dicalonkan. Mereka adalah, Datuk Mustafa Kamal (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub), Datuk Ir. Azinuddin Abdul Rahim (Naib Ketua Bahagian), Tengku Abdul Rahman bin Tengku Perang ( Ketua Pergerakan Pemuda), serta Datuk Abdullah bin Abu Bakar ( Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Presiden Majlis Belia Felda Pahang). Namun, rezeki berpihak kepada YB Dato Aziz bin Mat Kiram.



Oleh itu, YB Dato Aziz bin Mat Kiram telah bertanding di DUN Batu Talam dan menentang calon Bebas Ng Chee Pang. Pilihanraya kecil ini telah diboikot oleh PAS dan PKR. YB Dato menang dan majoriti 5,857 undi ke atas Ng Chee Pang. 

YB Dato Aziz juga mengekalkan kemenangan kerusinya di kedua-dua pilihanraya umum (PRU) 2008 dan 2013. Ini membuktikan bahawa kerjanya diiktiraf dan beliau telah membantu ramai penduduk tempatan DUN-nya. Beliau juga tidak putus-putus membantu rakyat dan penduduk tempatannya dalam pelbagai permasalahan. Sebagai salah seorang daripada penduduk kampung yang berada di dalam DUN Batu Talam dan juga anak kepada seorang ketua kampung, iaitu Ketua Kampung Jenud, ayah saya sering berhubungan dengan YB Dato dalam menyelesaikan permasalahan dan YB Dato juga adalah seorang yang senang dibawa berbincanng jikalau ada sebarang permasalahan.



Jikalau berjumpa di kedai kopi, di kedai kopilah pejabatnya, jikalau berjumpa di pejabat, pejabatlah pejabatnya dan jikalau berjumpa di majlis-majlis rasmi, majlis rasmilah pejabatnya. Nampak? Betapa senangnya untuk dibawa berbincang dengan YB Dato. YB Dato juga adalah seorang yang mesra rakyat. Seriously.

Hebat bukan? Keep the good work YB Dato, kami sentiasa menyokong anda.

Assalamualaikum WBT

p/s: #sayatetapsokong 

No comments:

Post a Comment