Nuffnang Ads

Sunday, March 1, 2015

Zoo Lipis : Tolonglah Perbaikinya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Beberapa minggu lepas, saya sempat pergi ke Taman Haiwan Lipis di Bukit Bius. 

Masa saya pergi dengan anak sedara saya tu, hari masih lagi agak pagi dan masih tidak ramai orang yang pergi, jadi agak lengang lah.Then saya tanya mak cik yang jaga tiket masuk tu,

"Tak ramai orang ke mak cik?"

"Ramai sebenarnya, tapi masih pagi kan. Ni kan minggu cuti, ramai juga yang datang ke sini".

Then kami pun beli tiket. Tiket berharga RM3.00 bagi Dewasa dan RM2.00 bagi Kanak-kanak. Takde masalah kan untuk harga tiket. Sangat murah. Haha...

Saya memang tak pernah pergi ke Taman Haiwan Lipis ni dan sebab memang saya tau ia tidak besar jadi expectation saya amat rendah untuk Taman Haiwan Lipis ini. Tetapi, sebaik sahaja saya sampai di Taman Haiwan Lipis ni, saya agak terkejut sebenarnya, ia mempunyai pandangan yang cantik, sebab boleh nampak the other side of Bandar Kuala Lipis. Cantik sangat.

Saya dengan Wiwi dapat tengok banyak haiwan, cuma! disebabkan ia dibuat ditepi bukit dan tempat tu agak scary la. Iya lah,bukitnya curam, tempat yang nak tengok Rusa dan Burung Kasawari tu agak scary nak pergi. Tambahan, tempat burung Kasawari tu memang langsung tak bagus. Kotor dan tepi bukit. Kesian saya tengok.

Taman Haiwan Lipis ini dibuka pada sekian lama, Malangnya, ia tidaklah secantik dan sekemas pada mula-mula ia dibuka. Yalah kan? Benda baru, mestilah cantik. Tetapi, memandangkan Taman Haiwan Lipis ini menjadi satu tempat tumpuan ramai, ia seharusnya diperbaiki dari masa ke semasa. 

Kalau ia terus menerus dibiarkan, makanya ia akan menjadi satu kerugian kepada mereka yang suka kepada tempat itu, termasuklah saya. Itulah sebabnya saya menulis perkara ini. Ya! Ia tidak sebesar Zoo Negara, Zoo Taiping, atau Zoo Melaka, tetapi ia adalah satu kebanggaan. Ramai juga yang pergi ke Taman Haiwan Lipis. Mungkin ia takde Panda untuk dijadikan ikon tetapi ia mempunyai banyak lagi haiwan yang menjadi ikon untuk Zoo Lipis ini.

Tambahan pula, jalan yang hendak ke Zoo Lipis ini mempunyai alam semulajadi yang sungguh cantik dan sejuk. Ia agak hutan tetapi, ia cantik. Sungguh cantik!

Sebenarnya, ada saya idea untuk Zoo Lipis ini, tetapi mungkin ia sudah terlambat untuk dibaikpulih, tetapi who knows kan, mungkin someone from the MDL or Kerajaan Negeri read this, who knows, ini idea saya,



 Ia bukan di dalam bukit ya. Ia diatas bukit, tetapi ia dilayered kan, ala macam biasa kalau ada bangunan atas bukit lah kan, ia akan ditarah untuk mendapatkan kawasan yang boleh dibuat tapak sesuatu binaan. Jadi, dalam case ini, ia boleh dibuat seperti kurungan helang yang ada di Zoo Lipis, di mana ia dilayered kan seperti ini. Jadi, ia memudahkan orang ramai nak pergi dan juga ia boleh memaksimumkan penggunaan sumber.

Buat masa sekarang ini, ada tempat yang sungguh dreadful dan sungguh daif. Kesian haiwan tu. Kalaulah haiwan-haiwan itu mampu bersuara, hmmmm.. apalah agaknya yang dorang akan cakap.

Tujuan saya menulis fasal ini bukan hendak menunjuk pandai, tetapi ia sebagai satu penambahbaikan dari pihak yang bertanggungjawab. Ia boleh ditambahbaikan sebenarnya, ia sangat boleh. Saya suka Zoo Lipis ini dan saya amat sedih jikalau ia ditutup hanya kerana ia tidak boleh ditambahbaik. Sungguh rugi. Saya suka Zoo Lipis ini.

Tolonglah sesiapa yang bertanggungjawab akan Zoo Lipis ini, tolonglah cuba tengok keadaan di dalamnya, dan tolonglah sesiapa yang mungkin mempunyai keupayaan untuk menyuntik modal ke dalam Zoo Lipis ini dan perbaikilah ia sebaik mungkin. Sayanglah kalau ia ditutup, bukanlah saya cakap ia bakal ditutup tetapi, melihatkan kepada keadaannya sekarang. Saya tidak dapat lihat memerang *tempat kurungannya sungguh daif, saya tidak dapat melihat beruang matahari, *Takkanlah mengawan sampai takde langsung keluar. 

Tolonglah. Tolonglah.

Assalamualaikum WBT

p/s: masih boleh diperbaiki.

No comments:

Post a Comment