Nuffnang Ads

Tuesday, April 7, 2015

962 Menara Telekomunikasi Telah Dibina dan Berfungsi! Tahniah Kerajaan!

Assalamualaikum WBT,

Beberapa hari lepas saya ada hantar email kat SKMM berkenaan dengan Kampung Tanpa Wayar sebab beberapa hari lepas juga saya ada called Creative Century Management berkenaan dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan berkenaan dengan KTW Jenud tu...

Bukan apa, sayanglah kan kalau perkhidmatan kurang memuaskan untuk RAKYAT tetapi aliran wang keluar tetap ada. Bayaran yang dibuat kepada pihak pengurusan bukan sikit rasanya, sebab umum tahu pun kalau projek-projek yang melibatkan kerajaan, kosnya memang hebat woi!!!

Then, tu la, saya sering tengok, telco ini hebat, telco tu hebat tapi saya masih keliru sebab masih ada tempat dalam Malaysia ni yang kekurangan line telefon. Ni kepada yang suka search dalam internet ni, tengok SKMM punya website.. nah!



Tengok gambar tu, 962 dah dipasang dan aktif, dan 1000 tolak 962 tinggal? 38 lagi menara telekomunikasi untuk di bina, 1 akan dibina di kampung saya, jadi tinggal lagi 37 buah. Memintak semua ni dapat lah dilancar dengan cepat dan semoga apa yang dilakukan kerajaan boleh dinampak oleh semua orang... okay?

Sebab bukan apa, kadang-kadang payah woi... ni saya terpaksa ke CC untuk update blog serta jawab soalan SPA ni... gituh...kan? hehehe.. *bagitau jugak...

Dah lah... itu cerita lama, mintak la semua akan menjadi baik!

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok dengar berita Menara Telekomunikasi ni...

No comments:

Post a Comment