Nuffnang Ads

Wednesday, April 1, 2015

Jamuan Perpisahan Program Pembangunan Usahawan Teknikal 2015 di De Rhu Resort, Kuantan.

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Tadi saya ada post fasal Program yang saga sertai iaitu Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau lebih dikenali sebagai PUTEK.
Program ini adalah Fasa 1, ia adalah satu penilaian berterusan untuk para peserta dalam memastikan kelancaran sesebuah perniagaan itu. Ia ada beberapa fasa yang perlu dilalui supaya apa yag dirancangankan berjaya.
Di PUTEK ini, para peserta didedahkan dengan pengurusan perniagaan, pengurusan bengkel serta kewangan sesebuah syarikat. Kami diajar untuk membuat rancangan perniagaan yang sempurna di mana ia boleh dijadikan rancangan perniagaan yang terima oleh pihak pembiayaan seperti pihak MARA.
10 hari kelihatan satu tempoh yang lama tetapi setiap permulaan mempunyai pengakhiran, namun bukanlah satu penamat bagi sesuatu pertemuan. Setelah 10 hari, kami, para peserta mengenali antara satu sama lain, boleh usik mengusik serta bergurau senda dan mungkin juga sudahbada yang bertemu jodoh. InsyaaAllah, mungkin lepas ni boleh join venture sesama kan?
Alhamdulilah, selepas ni masing-masing akan mengambil jalan hidup masing. Berusahalah untuk diri kita sendiri dan buktikan kepada orang lain bahawa kita juga boleh berjaya. Kita buktikan kita juga mampu. Mampu menjadi yang terbaik dalam industri keusahawanan.
Semoga kita semua 30 orang peserta kursus PUTEK 2015 mampu menjadi dalam kalangan yang terbaik dan berjaya. Amin.
Itu je kot... ni la agaknya nanti isi ucapan esok. Bahahahaha..
Assalamuaikum wbt
P/s: tak sabar nak balik.. hehe

No comments:

Post a Comment