Nuffnang Ads

Wednesday, April 29, 2015

Kemana Askar Selepas Bersara???

Assalamualaikum WBT,

Saya kerap membaca beberapa artikel dan juga ada mendengar beberapa pandangan daripada orang yang lebih tua daripada saya.

Contohnya, mengenai isu Pesara Tentera, di manakah mereka? iya mereka akan dapat pencen daripada kerajaan kerana jasa mereka berkhidmat kepada pihak pertahanan negara. Then, apa yang akan jadi SELEPAS mereka berkhidmat selama 20 tahun? Bayangkan jikalau mereka masuk umur 20 tahun then selepas 20 tahun, umur mereka mencecah 40 tahun. 

Mengikut perancangan pihak kerajaan, selain mendapat pencen, mereka akan diserap ke dalam beberapa tempat latihan untuk mendapat kemahiran seperti GiatMara. Mereka akan diserapmasuk ke dalam GiatMARA dengan latihan yang mereka setujui dan daripada situ, kemahiran yang mereka dapat akan digunapakai dalam meneruskan kehidupan mereka.

Well, itu sebenarnya adalah salah satu daripada jalan yang dilaksanakan supaya pesara tentera ini mendapat perhatian dan kemahiran yang mencukupi. Ada juga yang balik ke kampung dan meneruskan kehidupan di kampung seperti menjadi penoreh getah, nelayan dan sebagainya. Itu juga adalah perkara yang digalakkan oleh kerajaan. 

Tetapi di luar negara, ada pihak dari NGO serta Swasta mengambil pesara tentera ini untuk bekerja dengan mereka. Ini juga adalah salah satu daripada jalan penyelesaian yang terbaik dalam menjaga kebajikan pesara tentera. Mungkin perkerjaan yang dilakukan tidaklah sesusah mana cuma ia semua berkaitan dengan penggunaan tenaga yang banyak. Seperti dalam artikel ini Lulu Pages . Dalam artikel ini, Futch diminta pendapat mengenai penglibatan pesara tentera dalam bidang tenaga solar. Dan dia membalas ianya adalah bidang yang stabil untuk pesara tentera.

Tetapi dengan apa yang ada sekarang dan sekarang pihak kerajaan sangat menitikberatkan semangat keusahawan dalam diri setiap rakyat Malaysia khususnya Bumiputera. Oleh itu, dengan adanya pusat latihan seperti GiatMARA, para pesara tentera ini dapat menceburi bidang keusahawanan dengan mungkin mendapat bantuan daripada pihak GIATMARA or MARA sendiri. 

Ini kerana, selagi ada keinginan dalam meneruskan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing pihak MARA dan GiatMARA akan cuba membantu lepasan untuk menapak dalam bidang yang diceburi. 

Oleh itu, ada yang bertanya menerusi WhatsApp kepada saya mengenai pengalaman saya di GIATMARA dan alhamdulillah, saya dapat menjawab dan juga saya menceritakan beberapa cerita yang dapat dijadikan sumber inspirasi kepada beliau.

Apa-apa pun, bidang keusahawanan ini adalah satu bidang yang amat susah, iya! Tetapi, dengan apa yang dibekalkan dan apa yang boleh ditolongbantu oleh pihak MARA dan GiatMARA, kita sama-sama usaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing. Tidak semestinya apa yang kita jalankan ini tidak ada cabaran, setiap apa yang kita lakukan ada cabaran masing-masing, jadi! tabahkan hati, cekalkan jiwa serta kuatkan semangat! Terus berusaha dalam mencapai cita-cita dalam bidang keusahawanan.

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok boleh bantu..

No comments:

Post a Comment