Nuffnang Ads

Wednesday, April 1, 2015

Majlis Penutup Program Pembentukan Usahawan Teknikal PUTEK S1 2015.

Assalamualaikum wbt,
Tadi dalam pukul 11 pagi, kami peserta kursus Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2015 telah mengadakan majlis penutup di Dewan Melati, De Rhu Beach Resort, Kuantan. 
Dif jemputan terdiri daripada Encik Zulbahri bin Hamzah, Timbalan Pengarah MARA Negeri Pahang, Encik Sallehoddin bin Abu Bakar, Pengarah GiatMARA Negeri Pahang, Encik Sabizi Shaari, Pegawai Perhubungan Usahawan GiatMARA Pahang selaku Pengerusi Jawatankuasa Penutup kursus, Encik Muhamad bin Mad Nor, Penceramah serta Presiden Audit Koperasi Malaysia.
Majlis penutup tersebut adalah majlis yang simple dan ia diacarakan oleh... saya! Akmal bin Razlan dan ia adalah satu tugas bidan terjun sebab saya sudah lama tidak mengacarakan sesebuah majlis. Agak kelam kabut but alhamdulillah, ia mampu dihandle jugak la. Seronok jugak.
Then kepada semua peserta PUTEK 2015 mungkin korang akan terbaca ke tulisan saya ni, saya nak mintak korang manfaatkanlah segala ilmu yang diberikan oleh penceramah serta sama-samalah kita berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan taraf hidup serta memperbaiki kehidupan masing-masing, okay?
Assalamualaikum wbt
P/s: kursus yang seronok!!!

No comments:

Post a Comment