Nuffnang Ads

Monday, April 13, 2015

Mak : The Most Powerful Woman in The World!

Assalamualaikum WBT,

Korang tau tak yang Mak/Mummy/Mama/Emak/Mother/Ummi/Amma/Maa dan sewaktu dengannya ada superpower? Korang tak tau? Ke korang buat-buat tak tau? Ke camne?

Macamni, sebab saya tau yang emak ni ada superpower adalah bila kita sakit, bila dia urut-urut or picit-picit kepala kita or badan kita, kita akan rasa lega dan sakit tu sedikit hilang. Takde la terus hilang, menipu sangat la kan, tapi kita akan berasa lega lah...

Then, bila kita demam, siapa yang jaga kita? Emak juga kan? Saya tak tau la bagi mereka yang ada pembantu rumah, maaf la, saya takde pengalaman tu.

Then, kalau kita balik-balik je dari jenjalan ke, apa yang mula-mula kita tanya?

"Mak mana?"

Kan? Haaa.. kan dah cakap emak ni memang ada superpower. Superpower yang membuatkan kita rasa kehilangan kalau kita tak nampak dia, kita akan rasa tak sihat kalau tak dengar suara dia, then rasa macam lapar kalau mak tak masak. Hahaha... bukan tak boleh masak, tapi kadang-kadang nak juga rasa masakan mak kan? Kan? kan? Hebat kan kuasa mak ni!

Sebenarnya, tiada istilah SuperMak macam dalam tv tu yang kejadahnya menyelamatkan orang ramai dalam kesusahan, yang ada SuperMak yang lagi hebat dari Supermak yang kat TV3 tu. Cuba tengok profession mak ni apa sebenarnya? Dia adalah :

1. Doktor
2. Chef
3. Engineer
4. Fashion Designer
5. Makeup Artist
6. Pengkritik
7. Foreman
8. Gardener
9. Tukang Rumah
10.Tukang tanam sayur
11.Penternak ayam

dan lain-lain lagi. Memang korang takkan terfikir kalau korang tak berfikir kan? Dan Super power yang paling hebat adalah dirangkumkan dalam satu nama, Emak! Ia merangkumi semua. Seriously!

So! sayangi Mak korang dan jangan lupa sayangi Ayah korang juga kan? serta ahli keluarga yang lain...

Assalamualaikum WBT,

p/s: Adik sayaaaaannngggg mak! 

1 comment: