Nuffnang Ads

Friday, May 8, 2015

Bermulanya A.R.A.

Assalamualaikum WBT,

Ada seorang ni cakap kat saya,

"Dek, try la buat baju, then jual lah kat mana-mana. Janganlah malu, awakkan dah pandai buat baju, takpe yakin je, k?"

Hahaha... dalam hati. Saya bukan tak yakin but I do not know where to begin. So! start 1 May 2015 ni, saya telah berpindah ke kedai mak cik saya yang juga terletak dalam kampung saya ni. Seronok bila dah pindah, walaupun dah dikemaskan but I need to make something jugak lah. 
 
Salah satu jubah dress yang saya buat untuk anak sedara saya,
Wawa, dia memang selalu jadi model untuk saya... hahaha...

So, ada juga a few orang cakap suruh start buat baju-baju supaya bila ada orang datang, dorang boleh beli baju yang dah siap dijahit. Niat sokmo ada, modal kurang sikit. Hahaha... so, insyaaAllah, putra menanti. Kalau takde aral melintang, saya akan cuba dapatkan pinjaman bawah MARA. Aritu terbantut kan? But tidak lagi.

Tak kisah lah berapa pun, tetap saya nak mencuba. Alhamdulillah, bila bakat dikurniakan Allah dipercaya oleh rakan manusia, kita akan rasa lebih dihargai, biarpun hanya menjadi tukang jahit.

Assalamualaikum WBT

p/s: I need to refresh a few things. Hehehe..

No comments:

Post a Comment