Nuffnang Ads

Monday, May 11, 2015

Hari-hari Hari Ibu!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Walaupun cuaca tak menentu tapi mintak-mintaklah semua minum air masak dengan banyak dan bersenam untuk menyihatkan diri masing-masing.

Semalam heboh hari ibu, saya pun wish jugak kat Facebook, tapi tu la... sebenarnya Hari Ibu ni tak wajib pun sambut semalam, yang wajib adalah sambut hari2 dan setiap masa.

Semalam, saya post kt Fb then saya memasak, saya urut mak saya, untung ada mak ni! Seronok, biarpun kadang-kadang mak selalu membebel, tapi, itu adalah satu nasihat. Bayangkan kalau mak tak membebel? Mesti rasa macam tak cukup untuk sehari kan?

Kita ni sebagai anak kena terima je, tapi kalau mak jahat macam dalam cerita Samarinda TV3.. itu amat bolehla.. di.. hmmm... di... hahaha.. cari la sendiri..

Tapi alhamdulillah, mak saya tak macam dalam cerita samarinda ot lestary or mega movie tv3 tu... koser!! Hahahaha..

So! Saya hari-hari saya sambut hari ibu. Hari-hari saya cakap dengan ibu saya, hari-hari saya masak untuk ibu saya sebab saya tinggal dengan ibu saya.

Kepada yang berjauhan dengan ibu masing-masing, jangan sayang kredit, jangan sayang bill telefon, telefon ibu anda. Kepada yang sudah tiada ibu, ada nombor telefon yang kita orang Islam boleh telefon, 24434. Tapi melalui Allah lah. Mesti boleh, anta doa melaluiNya, okay?

Assalamualaikum wbt

P/s: jangan lupa Ayah k?

No comments:

Post a Comment