Nuffnang Ads

Thursday, May 7, 2015

Payah Nak Mula Lahhh...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di pagi Khamis ni?

Saya takde la benda sangat nak update pagi ni, cuma, bila kita bercakap fasal kehidupan, apa yang terlintas dalam fikiran kita? Kalau saya, saya akan terus terfikirkan tentang "kematian". Entah kenapa.

Kadang-kadang, kita ni banyak buat dosa dalam dunia Allah ni, tapi, time tu jugaklah kita rasa insaf sekejap, then esok lusa buat balik. Kan? Penah tak rasa macamtu? Jujur saya cakap, saya pernah.

Tipu kalau tak penah buat dosa, cuma macamane kita cuba untuk memperbaiki diri kita daripada terus menerus melakukan dosa. 

Cakap fasal dosa, pernah kah anda terfikir dosa kita sesama manusia? Kalau dengan Allah, kita boleh minta maaf dalam solat dan bertaubat nasuha, tapi kalau manusia? Kita kena minta maaf depan-depan dia, kalau dia dah takde dalam dunia ni? Hmmm.. minta jauh lah...

So, apa pun, sebelum tidur, cuma minta maaf dengan kawan sekeliling, keluarga, di sosial media pun, biarlah orang nak cakap buat tebiat pun, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. 

Payah nak mula, tapi dah mula takde payahnya dah.

Assalamualaikum WBT

p/s: pesanan untuk semua dan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment