Nuffnang Ads

Wednesday, May 13, 2015

Politik Kopi.

Assalamualaikum WBT,

Saya memang jarang sangat suka politik tapi nak buat macamne kan? Kat Malaysia ni senario dia berbeza, kita hanya boleh bercakap bebas dalam politik di kedai kopi, tidak di media massa. Kebebasan tu kurang. Kot. Ke?

Tapi kalau kami kat rumah, kat bercakap je fasal politik, walaupun saya ni tidak la die hard fan kerajaan, but kritikan saya tu agak membina lah... hahaha... mak saya pun kadang-kadang tidak menyokong melulu. Di usia tua ni, mak saya seolah-olah agak sedar dengan keadaan menghimpit. Even ayah saya pun terfikir, "jikalau kita kat sini macamni, kalau kat bandar lagi lah kan?"

Bercakap mengenai kenaikan harga minyak serta gaji para MP di Malaysia, saya tanya ayah saya yang mempunyai pengalaman menjadi ketua kampung selama lebih 30 tahun,

"ayah, kalau duduk kat bandar, contoh KL, dengan gred gaji 17, agaknya cukup ke?"

Iya, itu pertanyaan saya.

Ayah saya jawab,

"Ayah rasa tak cukup, tapi nak buat macamne,  terpaksa cukupkan jugak lah, agaknya sebab tu ada menteri suruh tanam sayur, tapi nak tanam kat mana, kalau macam kita kat kampung ni boleh lah... tanah banyak". tambah ayah saya.

Now... nampak tak? kadang-kadang, orang tua pun penat dengar benda-benda yang dikeluarkan sesetengah stesen TV di Malaysia ni. Manakan tidak, rata-rata mengeluarkan 1 berita disebelah pihak sahaja.

Macam mak saya cakap,

"kita nakkan kebenaran dan kesahihan, takkan itu pun tak boleh?"

Komen yang datangnya dari mak saya yang tidak mampu bersekolah sehingga darjah 6 sebab dahulu hidupnya miskin, kematian ayahnya ketika usia masih kecil.

Tapi tidaklah mak dan ayah saya terus tidak menyokong kerajaan, tidak, cuma, ada beberapa perkara yang membuatkan mereka berfikir. Seperti GST, ayah saya agak menolak tetapi disokong dengan cadangan dari ada seorang yang memberi cadangan mengenai cukai seperti zakat, tidak 6% tetapi 2.5% sahaja.Ayah saya setuju dengan itu. Lebih.

Tapi apalah pandangan orang tua kan? Kan? Even dulu ayah saya pernah dipanggil BODOH oleh seseorang. Masih aku ingat siapa. Mungkin aku nampak professional, tapi dalam hati, ikutkan hati, nak je aku tumbuk. *ini akan aku cerita dalam entry lain. akan aku namakan entry tersebut Entry Sakit Hati.

Ingat eh, kepincangan UMNO adalah dari akar umbi. Yes, di pucuk nampak cantik, konon, di akar? Macam sakit pokok getah jugak lah... di akarnya sudah sakit tapi pucuk masih nampak segar. Bila akar mula mati, maka, pucuk turut layu dan menyembah ke bumi.

Bagaimana hendak menyuburkan akar? bukan dengan duit sebab duit hanya akan menghancurkan lagi kepincangan sedia ada. Rasuah? bukan, tetapi dengan cuba menjadi seseorang yang ingin membantu bukan mengharapkan balasan. Itu sahaja, jika ikhlas itu ikhlas, maka ikhlas juga mereka yang lain membalas.

Assalamualaikum WBT

p/s: masih percaya, namun, mula terhakis.

No comments:

Post a Comment