Nuffnang Ads

Wednesday, June 3, 2015

Cerita : Hadiah Buat Ibu Bahagian 1.

Assalamualaikum WBT, 

Ni saya ada satu kisah benar yang hendak saya ceritakan, baiklah, ready?

Ila adalah seorang anak yang baik. Norlaili adalah emak kepada Ila atau nama penuhnya, Nor Shahila binti Dato Kamal. Anak Dato la ni kiranya kan, then mak dia nama Datin Norlaili binti Qalam. Berketurunan Arab. Jadi, Ila ni seorang yang cantik.

Tetapi, ada satu perkara yang sering menjadikan dua anak beranak ini bergaduh. Apakah ia? Nanti dahulu, mari saya ceritakan perihal mereka berdua ini. Datin Laili dan Ila adalah dua beranak yang sangat rapat pada satu ketika dahulu, sehinggalah, Ila terbuang berus gigi kesayangan Datin Laili. Untuk pengetahuan, Datin Laili memang suka menggunakan berus gigi sampai kembang. Cantik katanya, macam bunga.

Hendak dijadikan cerita, Ila terasa amat bersalah, dari hari ke sehari, Datin Laili ibarat mati anak, tengok tu nangis, tengok ni nangis mengenangkan berus giginya yang telah dibuang oleh Ila. Ila sendiri mengaku kepada Datin Laili. Tetapi sebenarnya, niat sebenar Ila adalah elok, dia tidak sanggup melihat Datin Laili diketawakan oleh rakan Datin Datin Laili.

Sering kali Ila mendengar berus gigi kembang semangkuk emaknya itu dijadikan bahan lawak oleh segmen Datin Lawak dalam kalangan rakan Datin Laili. Datin Laili hanya ketawa mendengar lawak tersebut. Bukan tak terasa hati, cuma lawak, untuk gembira-gembira, pujuk hatinya.

Akhirnya, Ila sudah tidak tahan lagi, lalu dia berpura-pura tidak sengaja membuang berus gigi kembangnya itu dan dia rela dipersalahkan dari melihat emaknya diketawakan.

Kebetulan, pada hari itu Ila sudah membelikan berus gigi yang baru. cantik! tetapi dia tidak pasti akan reaksi emaknya nanti, dan kebetulan number duanya adalah, hari ini adalah Datin Lawak, Ila merasakan ia adalah hari yang paling bermakna untuk memberikan hadiah tersebut.

Datin Lawak bermula dengan baik dan as usual, Datin Laili akan mengambil tempat untuk persembahannya. Modal berus gigi kembang semangkuk itu digunakan oleh rakannya, Datin Laili juga turut menggunakan berus giginya untuk dijadikan props lawak, tetapi semua itu sudah tiada lagi. Datin Laili terasa buntu untuk membuat persembahan.

Tetapi, Ila ada untuk menyelamatkan keadaaan. Sambil membawa sejambak bunga dan sebuah kotak yang berbalut hadiah, Ila mengucapkan,

"Emak, tiada apa yang dapat menggembirakan Ila selain dapat melihat mak tersenyum kembali. Mak terimalah hadiah dari Ila mak dan Ila harap sangat mak buka hadiah ni dihadapan kawan-kawan mak", jelas Ila.

"Apa benda pulak ni Ila? Hadiah apa ni?", tanya Datin Laili, sambil mengoyakkan pembalut hadiah dengan berhati-hati.

Sesudah membuka pembalut hadiah, Datin Laili membuka kotak tersebut, sambil itu ada bunyi..

"aaaaaaaaa...*macam orang vocal kalau ada event tu kan dan dari dalam kotak itu bersinar-sinar ibarat emas sinarnya.

"Apa ni Ila!!?? Kau bagi mak jongkong emas ke????", tanya Datin Laili.

"Tak lah, tengok betul-betul",

Apa agakanya hadiah yang diberikan oleh Ila? Nantikan entry seterusnyaaaa....

Assalamualaikum WBT

p/s: Hadiah can come in many forms. Yes....

1 comment:

  1. Uik....entry ni tanda tanya ni...apa erk hadiah dia tu...x kan berus gigi baru....

    ReplyDelete