Nuffnang Ads

Sunday, June 14, 2015

Hujan Lebat, Air Takde. PAIP RAUB, TOLONGLAH RESPOND!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Sihat ke? Hari ni tempat saya di Raub ni hujan. Bumi sekali lagi dibasahi oleh hujan, alhamdulillah.

Baik, ini saya nak cakap sikit tentang perkhidmatan Jabatan Bekalan Air Pahang yang semakin hari semakin tenat. Kerapkali beberapa rumah di kawasan kampung saya ini meminta tong air besar yang hitam tu sebab ketiadaan air.

Iya, saya tahu, sebab air tu takde adalah tekanan rendah. Even sekarang ni pun takde air. Jadi, untuk mengelakkan daripada ketiadaan air, tong diminta. Even saya pergi ke JBA Raub untuk meminta tong, kalau bayar deposit, kitaorang nak bayar, tetapi dorang cakap, 

"Selalunya kalau tempat takde air ni, tong memang kita bagi percuma selagi mana air takde".

Now! Saya dah pergi 2 minggu lepas dan saya telah tinggalkan number telefon saya dan kakak saya *sebab rumah kakak saya yang ketiadaan air, untuk rujukan dorang, kalau-kalau dorang call, tetapi malangnya, takde. Langsung takde. Mungkin salah kami sebab tak call dorang balik, but nevermind, on Monday, I will go there and try again sebab ni tak lama dah nak Ramadhan. 

Menyambut Ramadhan dalam ketiadaan air? Bukanlah satu perkara yang boleh disyukurkan.

Ada orang cakap, bersyukurlah Malaysia masih aman. Katanya.

Kadang-kadang ini adalah antara sebab kenapa masyarakat pandang RENDAH kepada kakitangan kerajaan, kerana benda-benda macamni lah. Kalau pun, katakanlah, takde tong untuk dibekalkan kepada penduduk yang ketiadaan air, call, cakap, jangan buat kami ternanti-nanti.

Takkan nak panggil BersamaMu datang ke rumah or TV3 untuk buat liputan or Sinar Harian untuk mencari berita? Please lah, please. Jangan ingat benda-benda TV ni boleh meng-glamor-kan anda dan boleh membuatkan anda NAMPAK seperti buat kerja. Please, its useless.
Dapat sijil weh!!! hebat kan?

You have your job, kalau tak nak kerja, stop! jangan kerja, bagi orang lain. Senang kan? Jangan sampai orang cakap kamu makan gaji buta, please. 

Bila orang buat aduan dan cakap, disuruhnya masukkan segala aduan dalam peti aduan dan dorang akan ambil tindakan. Tindakan apa yang diambil? 

Masa saya pergi ke JBA Raub, saya masuk ke kaunter dan I asked one indian lady inside, I asked about if I want to get the black tong untuk letak air sebab rumah tak sampai air, SEBAB TEKANAN RENDAH.

Okay, she cakap, selalunya pengguna akan terus berurusan dengan mereka yang ada di bangunan pink (Bangunan penyelarasan ke hape tah namanya), fine, saya pergi kat situ, but no officers were there, yang ada hanya seorang pekerja biasa yang dia juga tak tau apa prosedurnya.

Now, dia cakap suruh tinggalkan number telefon, but NOTHING!

Now, saya nak buat aduan ke JBA Pahang je lah, entry ni pun kiranya dah kira satu aduan, satu lagi aduan yang email lah. Akan disertakanlah segala kata-kata hikmat. Gituh... buat aduan la katanya, ke nak buat report polis sekali ke camne? Haha...

Buatlah kerja weh, tak lama nak puasa, susah la kalau takde air.

Assalamualaikum WBT

p/s: Air bukan murah. Sigh.

No comments:

Post a Comment