Nuffnang Ads

Tuesday, June 2, 2015

Innalihi wa innailairojiuun. Semoga Tabah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda sekalian? Mesti anda semua sihat kan? Kalau sihat bagus lah, saya ni ada macam sedikit demam lah, bukan jetlagged ke hape, *eh? cuma, pertukaran monsoon kot. Lain anginnya bila dah balik ke Malaysia ni... *eh lagi? apakah mainnya semua ini kan?

Apa-apa pun, pada pagi ini tadi, kami, orang kampung Jenud tercinta ini, dikejutkan dengan 1 kemalangan maut yang melibatkan beberapa buat kenderaan di Batu 3, Jalan Perindustrian Raub, Bandar Raub. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kemalangan tersebut melibatkan dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Kancil. Perodua Kancil tersebut remuk teruk. Seorang dari tiga mangsa meninggal manakala dua lagi dibawa ke Wad Kecemasan Hospital Daerah Raub.

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-fatihah kepada mangsa yang terlibat.

Al-Fatihah.

Mangsa yang maut adalah seorang yang baik dan saya juga pernah bekerjasama dengan beliau atas urusan JKKK Kampung Jenud. Saya sempat beberapa minggu lepas menolong beliau dalam menjalankan tugasan JKKK sebab beliau sudah tidak berapa sihat. Beliau juga baru pencen pada lebih kurang dua minggu lepas. 

Dua lagi mangsa masih dalam ICU.

Semoga keluarga yang terlibat tabah dalam menerima ketentuan Ilahi.

Tiada siapa bersedia untuk ini tetapi kita sebagai hamba. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. Ya Allah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment