Nuffnang Ads

Saturday, June 13, 2015

Kempen Jom Makan Ikan 1 Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Haaaa.. hari ni saya makan sedap. *eh sedap ke? Hehe.. sedap woiii.. Lauk apa?

Gulai Asam Tempoyak Ikan Tenggiri dengan rebung Betung jeruk.
Ikan dory masak cara butter fried.
Sambal Ikan bilik (guna lada kering tumbuk)
Nasi.

Makan? makan camne? Makan tak hengat dunia uolss!!! tahu-tahu nasi habis. hahaha.. mampus lah, camne nak diet. Ni panas-panas ni, lagi lah... makan jeee.. sebab jadi cam lapar then minum air banyak then makan lagi, then minum air... macamtu je lah...

Agaknya minda kita ni tak terfikir yang kita nak berpuasa bagai tak lama lagi.. adoi lah... 

https://en.wikipedia.org/wiki/Rastrelliger


Tapi takpe lah, hari ni dapat ilmu baru, lepas makan baru cari resepi. Nanti nak cuba satu resepi yang nampak sedap tu. hahaha, ikan dory masak rangup. Tadi cari resepi, jumpa kat satu blog ni, alamak! lupa pulak nak copy link, kalau tak silap saya, Aimee's Kitchen ke hape... lupa lak.. cari je, korang taip Ikan Dory Masak Rangup, ada keluar, berlambakan... 

Saya ni, baru tahu yang ikan dory ni ada jual cam fillet camtu, baru tahu MINGGU LEPAS. hahah, bongok kan? So, insyaaAllah, time Ramadhan ni, makan ikan tu je lah. Orang kata, ayam dah tak boleh makan, ada virus apatah lah, tapi tu lah, memang kalau boleh nak elakkan makan ayam. Sebab kita semua tahu kan yang ayam disuntik dengan cecair kimia untuk menggalakkan tumbesaran ayam tu sendiri kan? Now you know kenapa kita gemok ! hahahaha... 

So, adalah digalakakan makan ikan sebab dalam ikan ada banyak nutrients dan vitamin yang kita perlukan. Bukan tak boleh makan daging or ayam, tapi sekali sekala je lah. Kalau dalam seminggu tu, makan sekali je, maybe hari Sabtu or Ahad sebab ada pasar malam, beli ayam goreng ke apa ke kan?

Lagipun, harga ikan bukannya mahal sangat. kalau kembung tu, baru RM10-RM13 sekilo, jangan lah asyik makan salmon je, sebab mengikut kajian, vitamin yang ada dalam ikan kembung lebih banyak dan lebih hebat daripada ikan salmon. Kandungan omeganya lebih tinggi, sama juga dalam ikan selayang or sardin yang kita dok cakap-cakap tu. Memang ikan tu murah, sebab tu dia tinggi Omeganya, senang orang-orang sederhana macam kita boleh beli dan makan. 

Jangan ingat Salmon je tinggi dengan Omega 3 eh... hehe..

Tu je lah, tetiba citer fasal ikan.

Assalamualaikum WBT
 
p/s: Tahu yang Kembung dan Selayang tinggi Omega sebab aritu ada sertai Menu Sihat anjuran Klinik Jeruas, Raub. hehe...
p/p/s: Tajuk saya tak mudah!!! hahaha

No comments:

Post a Comment