Nuffnang Ads

Wednesday, June 17, 2015

Malaysia Kalah 0-6 Kepada Palestine.

Assalamualaikum WBT,

Macam-macam dugaan dan cabaran mutakhir ni.

Now, tadi saya baru je tengok pasukan bola sepak Malaysia kena belasah dengan Palestine, 0 - 6.

Yes, 0 - 6! I am not kidding around, no. Nope.

Kita mengharapkan kemenangan sebenarnya sebab dalam hati kita, kita melawan Palestine yang kita sendiri tahu, negara mereka bergolak dan di mana-mana peperangan dengan Israel. Itu persepsi kita. Itu apa yang kita cuba yakinkan diri kita yang mereka adalah LEMAH.

Namun, apa yang ditonjolkan Palestine dengan membelasah Malaysia 6 - 0 bukanlah satu kelemahan. Ia adalah satu semangat ingin berjuang yang ditonjolkan pasukan mereka. Kerjasama mereka amatlah hebat.

Jadi, apakah pengajaran yang mampu kita ambil dari kekalahan ini?

Oh, lupa satu fakta lagi, aritu kemain peminat bola sepak berhebat-hebatan dengan kemenangan ke atas Timor Leste.

So, berbalik kepada soalan tadi, jawapannya ialah,

Carilah pemain-pemain muda dan ketengahkanlah mereka, berilah mereka peluang untuk beraksi di pentas antarabangsa. Kalah itu dugaan, namun, kemenangan itu yang dicari. Bila dah tua, siapa jadi pengganti? yang muda tidak ada pengalaman, mengharap yang tua? mereka dah tua. Tengok? Timbul permasalahan lain, kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Majulah sukan untuk negara.

No comments:

Post a Comment