Nuffnang Ads

Friday, June 5, 2015

Mossip-mossip Mak Jemah : Artis Malaysia dan Kontroversi.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar uolsss??? Jemah is in the house!!! Sihat tak uolsss? Jemah bukan apa, Jemah berdiam sekejap sebab lambakan blogger hiburan membuatkan tulisan Jemah terasa common, gituh!!!

Baiklah, ni Jemah nak cerita sikit lah. Ha.. fasal artis dan selebriti Malaysia ni la... mula-mula Jemah cerita fasal artis dengan anjing. Nampak kasar kan? Padahal memang itu sepatutnya. Kalau Jemah nak cerita betul-betul dalam dunia artis ni, Jemah pernah masa shopping nak buat makan-makan dengan kawan-kawan aritu, terjumpa satu artis ni cakap fasal anjing dia. Kelas uolss...Jemah pun dalam hati, "agaknya dia bela anjing ni sebab nak jaga rumah dia kot..". Jemah tetap positip uols... hati kena positif, itu yang mak kepada Jemah ajar. So, Jemah tengok je la dia beli ikan untuk anjing dia. Ikan mahal uols!!! Siapakah artis tu? *Jemah ada polisi kay? Takkan publish nama artis, korang cari sendiri dan Jemah tak sekali-sekali akan dedahkan hints bagai.. tak koser... hahaha...


Then, ni fasal anjing jugak. Heboh satu Malaysia, mostly peminat-peminat dunia seni tanahair lah eh, heboh sebab Nur Fazura post selfie dengan anjing. Jemah telitikan jugak lah gambar tu, ikutkan faktor jarak, memang jatuh, sebab muka anjing tu lebih dengan dengan camera dan Jemah rasa, ada tangan orang lain yang mengambil gambar tu. Lagipun, maybe orang yang amik gambar tu Tuan kepada anjing tu. Jemah selalu berfikiran positip je. Lagipun, kalau Fazura bela anjing, better dari bela orang. At least anjing tu mampu jaga dia dari orang jahat, kalau dia bela orang? silap-silap kena tipu je dengan manusia tu. Mintak jauh la ye Fazura kan? U bela hewan je... lagipun, better what dari human... hahaha... good luck Faz! Muah! luv yea.

Next story, ni Jemah baru je baca dari satu blog hiburan terkenal tanah air, apa nama blog tu? Ni Jemah bagi hint, Breakfast di kedai cina. Haha.. kalau korang bijak, mungkin boleh dapat, bijak makan Jemah eh, kalau tak bijak ... so, tak dapat lah... Bukan apa, ada cakap Che Ta pakai skirt dengan tudung tatkala bercuti di luar negara. Ya Allah, ni Jemah bukan apa lah eh, kita ni orang Islam, melayu lagi gtuh haaa.. takkan la Che Ta nak buat perkara bodoh macam tu. Biarpun ada orang cakap Che Ta tu macam bimbo-bimbo... eh bongok! dia bimbo menyusahkan hidup kau ke? Dia terpaksa bagi duit perlindungan pada kau? Takde kan? So, jangan pulak menyusahkan hidup orang lain. Ni chek nak habaq mai na... Che Ta tu, tak pakai la baju takdak kain la, apa lah, dia pakai tudung, takkan nak pakai skirt, Gila ka? Che Ta tak gila... Jemah selalu tengok iklan Jakel Mall tu, vavavah!!! Cantik ang Che Ta! Chek sukaaaa!!!

Thennn... lahai! satu lagi cerita Jemah dok hadap ni. Korang tau kan cerita TV3 tu, apa nama dia, Isteri Luar Biasa. Haaa.. pelakon-pelakon cerita tu bengang sebab ada pihak ingin menjatuhkan mereka. Adoiyai lahai... Jemah suka nau pelakon-pelakon dalam drama tersebut, Shukri Yahaya *sukaaaa, handsome, Fathia Latiff *suka... cantik!!!, Ketih Foo *pondan tak jadi..., siapa lagi, ramai lagi lah... suka, cuma Jemah ada masalah dengan jalan cerita. Garapan. Entah kejadahnya, entah, ada sesetengah tu heloks, sedap di dengar lontaran dialog, cuma, ada certain-certain parts Jemah rasa, hmmm... entah, tak kena. I cuba tengok dengan penuh concentrate tapi memang tak boleh nak go. Entah.. memang tak boleh. So, untuk tidak menyakitkan hati Jemah, Jemah terus mengambil jalan untuk tidak tengok drama tersebut. Tapi, Jemah tetap minat cerita-cerita pelakon dalam tu berlakon. Shukri Yahya, Fathia Latiff, Keith Foo dan mereka yang lain. Cuba lagi untuk drama lain kay? Tapi watak Dr yang dibawa oleh Shukri Yahya tu tak tau la camne... kalau Jemah jumpa Dokttor handsome centu... hmmmm.. hahahaha..

Eh dah lah, Jemah pun nak tulis lagi beberapa artikel fasal kontroversi artis dan selebriti Malaysia ni.... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Jemah ingat nak pergi restoran makanan segera la kejap.. nak tangkap gambar dengan 'whales", go that joke right???? boom!

No comments:

Post a Comment