Nuffnang Ads

Wednesday, June 17, 2015

Mossip-mossip Mak Jemah : Salam Puasa 1 Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar kawan-kawan pembaca semua? Waaahhhh... ni Jemah ni.. Jemah macam biasa lah, take over bila-bila je. Janji Jemah ada benda nak menulis, Jemah tulis, lagipun Jemah dah tak terikat sangat dengan Akmall, Jemah ala-ala freelance je gituh...

Btw, ni Jemah baru je balik dari Krabi, Thailand. Seronok tau berjalan tempat orang ni rupanya. Dapat tengok suasana bukan Malaysia, macamne Jemah nak explain eh, hmmm.. iya la, suasana bukan Malaysia lah, tapi disebabkan masa Jemah pergi aritu, ala-ala cuti sekolah kat Mesia ni kan, ramailah orang Mesia juga pergi Krabi.

Jemah bukan taknak tegur orang Malaysia, tapi, kadang-kadang bila Jemah tegur, dorang cakap English dengan Jemah. Jemah mula la macam menyampah pulak kan, dalam hati,

"Kau ingat kau hebat cakap English dengan aku? Kau ingat aku tak pandai cakap Melayu?"

Tapi itu semua dalam hati Jemah je lah, takde la Jemah nak sembur kan kat dorang kan, Jemah tetap vogue dan kadang-kadan Jemah jawab,

"Sawadeekap", sambil buat tangan tu cam orang Thailand selalu buat tu. hahaha...

Jemah kan macam fefeling Ku Putih, so! sekali cakap sawadeekap je, terus orang kagum. 

"Lahh...orang Thailand ke, ingatkan orang Mesia".

Eeeehhh!! Please, Jemah kat luar, Jemah fefeling lah. Aritu masa Jemah duduk Hawaii sekejap yang ikut Najib tu, Obama ingat Jemah sedara dia! Iya lah, masa tu Jemah tak makan Ku Putih lagi, now dah makan Ku Putih, Jemah dah putih lah! Sekali tengok macam awek Jepun, dua kali tengok macam awek Korea. Please, tolong tengok sampai dua kali je eh.. please... hahaha...

Ni semalam Jemah ada baca satu artikel hiburan dekat internet ni lah, yang fasal penyanyi Siti Nordiana yang anak dia tak bagi kahwin dah tu. Sebenarnya, itu semua jodoh, tapi disebabkan itu lah anaknya yang satu-satunya, ikut lah gamaknya, tapi nasihat Jemah, awak besarkan anak tu dulu, then, Kalau jodoh menjenguk awak dalam keadaan TERBAIK, maksudnya anak awak bersetuju dan calon juga adalah yang cukup sifatnya, apa salahnya kan? Untuk kebaikan awak juga Siti Nordiana. Jangan putus asa ok? Jangan kahwin kat Thailand sudah!!! No no no!!!

Ada yang cakap kat Jemah,

"Jemah, kenapa Jemah macam ala-ala insaf ni? Maksudnya penggunaan ayat yang mild je, takde kata-kata Nista?"

Iyaaa.. ada yang tanya Jemah camtu, Jemah jawab apa?

"Celaka kau! Ni kan tak lama nak puasa, kita kena la beradab. Lagipun, buat apa aku nak berkata-kata Nista dalam penulisan aku... tak baik! dosa".

Haaaaa... nak sangat kata Nista kan? Jemah bagi terus! Takde kona-kona dah!!! hahahaha... rasakan, then yang kawan Jemah yang gatal mulut menanya tu, terus ala-ala sentap mengkarung kau! lantak lah... Jemah pedulik apa, nenanti dia borak dengan Jemah jugak. Hahaha...

So uols, sempena bulan Puasa ni, Jemah nak susun 10 jari, mohon maaflah kepada artis-artis dan selebriti-selebriti yang maybe terkesan dengan kata-kata Jemah. Kita nak puasa, then nanti nak nengok Ketuk-ketuk Ramadhon dengan Sis Sheila Rusly. Tak jemput Jemah langsung Sis ni... haish lah... takpe, nanti Jemah jadi penyanyi cam Azlina Aziz, baru kena jemput gamaknya.. 

Okay lah... 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tazzabar nak tengok Ketuk-ketuk Ramadhonn!!!

 

No comments:

Post a Comment