Nuffnang Ads

Sunday, June 7, 2015

Mossip-mossip Mak Jemah : Tahniah Pasangan Berkahwin.

Assalamualaikum WBT,

Apa habaq naaaa semua.. ni Jemah ni...Jemah baru ja balik dari perkahwinan dua artis Malaysia, ka tiga? *awat cakap lagu ni ni... ni mesti termasuk isi-isi Che Ta dalam diri Jemah ni..

Apa-apa pun, Jemah takdak la letih sangat cuma, iya la, perkahwinan Hairul Azreen dengan Hanis Zalikha tu agak makan masa, Jemah pun apa lagi, makan dulu la dari makan hati tengok jemputan kalah pengantin kan? apa lagi, Jemah pun keluarkan roti yang Jemah bakar dari rumah. Hahaha... kenyang uols...

Jemah suka sangat tengok dorang, putih suci je, comel je dua-dua. Tahniah Keknis *blogger yang dah lama tak update blog dan Hairul Azreen, Jemah panggil dia Boy je, iya la masa jadi stuntman dulu, Jemah dah nampak dah potensi dia tu. Hahaha.. konon kan...


Lepas tu, Jemah nak ajak korang semua ke satu lagi perkahwinan yang katanya simple. Simple lah gamaknya kot. Haha, Raisyyah Rania Yeap dengan jejaka pilihan hatinya, *wah! fefeling pulak Jemah, Dr. Rezal Khairi Ahmad, seorang Pegawai Eksekutif. Jemah ada juga jenguk facebook lah, then group itu, group ini, ramai lelaki patah hati sebab tengok Keknis dan Esah kawin dah, *jemah panggil dia Esah je, senang. Nasihat Jemah la sebagai seorang yang sudah berumur, jangan risau dek. Jodoh korang insyaaAllah ada, kalau kita ada duit, jodoh tu ada. kalau ada duit tapi jodoh takde, cube tengok cermin. Jemah syorkan, ada duit lebih tu, buat pembedahan muka. Ganti kulit muka ke? kan? hahaha...

lagi satu, Jemah nak ketawa pun ada. Kenal tak pelantun lagu Knock knock, Elizabeth Tan? Kenal kan? Haaa... peminat KPOP kecam dia sebab nama kelab peminat sama dengan sebuah kumpulan di Korea, Super Junior, iaitu ELF. Jemah heran nau dengan kedua-dua belah pihak, pihak Elizabeth Tan tu camne bagi nama. Jemah rasa macam tak kena je, then lagi satu, peminat KPOP tu. Amboi korang, marah kemain lagi eh. Korang ingat artis KPOP tu, apa? pemberi nyawa korang? heloks sikit lah woi... hahaha...  

Ni, nenanti kalau Jemah nak buat Fan Club Jemah sendiri, jemah nak namakan, Jemah Agung Loyal Fan Club, haaa. rasakan! singkatan JALFC. Takde sama langsung dengan group KPOP kat Korea tu. Boom! hahaha... rasakan.

Dah la, Jemah esok nak keluar awal pulak, ada hal. Nak jumpa seseorang ni. Moga dipermudahkan. *felingggg

Assalamualaikum WBT

p/s: nak jumpa Tuan Tanah ni haaaa.. kita dok menumpang kan... haha...

No comments:

Post a Comment