Nuffnang Ads

Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan, semoga iman kita teguh.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Camne terawikh pertama malam ni tadi? Ke ada yang masih belum habis terawikh? Alhamdulillah, kalau camtu, bagus! sucikan diri, sucikan minda.

Kami tadi buat 8 terawikh, 3 witr. Cukup, insyaaAllah, moga diterima lah kan... amin.

Kalau nak ikutkan azam Ramadhan. Memang banyak, tapi malas lah nak cerita bagai-bagai, baru jap tadi saya terbaca FB Status fasal RIAK DI RAMADHAN. Setepek-setepek kena muka. huuuuuu...

Tapi tu lah, kadang-kadang kita niat ikhlas nak berkongsi perubahan baik, tapi tu lah, niat tidak menghalalkan cara orang memandang niat kita. Kan?

So, berhati-hati nak post kat FB, IG or Twitter, kadang-kadang ada yang berselfie dengan pak imam lah, jangan pergi tangkap gambar time pak imam tengah imam sudah. Kalau ada, tolong diharamkan daripada menggunakan telefon. Haha,

Ini tidak, tak mudah kan... haha, semoga kita terus dicurahi dengan Rahmat Allah yang tidak pernah memilih untuk hamba-Nya. Pada Nya, setiap Muslim adalah HAMBA, tidak kita pangkat atau darah keturunan. Tak kira anda Raja, PM, Menteri, Putera Mahkota, pada-Nya, kita bersujud kepada Qiblat yang satu. Tiada tahap Qiblat untuk pangkat manusia. No.

So, itu sahaja, nantikan Diari Ramadhan saya, insyaaAllah, kalau ada line, saya akan cuba update Diari Ramadhan Akmall Razlan ( DRAR ) tu, saya akan cuba.. ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: Salam Ramadhaaann.

No comments:

Post a Comment