Nuffnang Ads

Sunday, September 27, 2015

"Artis pun berhutang lah"- Awal Ashaari.

Assalamualaikum WBT,


Amboi-amboi, artis Malaysia sekarang, kalah hartis Hollywood, ok? Kelasss... sekarang Semah sedang dengar satu program gossip paling lama di Malaysia, apakah? Me. Lo. Di! Gituhhh... haaaa... program yang dekat TV3 tu.... 

Semah suka nau tengok Amyra Rosli yang incoperate elemen lakonan dalam pengacaraan tuh, dan Awal, stick to your pengacaraan, ok? Hahaha.... Sebenarnya, Semah agak malas nak tulis fasal cerita artis Malaysia ni sebab Semah rasa, nothing is fresh about it, lagipun, siapa nak baca tulisan fasal artis Malaysia ni kan? Tapi tu lah, atas dasar kerja, Semah kumpul semangat dan cuba mencari isu-isu yang seronok dan boleh diketengahkan sebagai isu yang boleh dikupas secara waras. 

Tadi Semah tengok artikel dari Melodi yang bercerita fasal hutang. Hutang ni sebenarnya seronok time dapat duit, tapi! Time nak bayar, mula lah tak seronok. Yang mengulasnya tadi adalah Eja atau nama sebenarnya, Siti Shariza. Seorang artis senior yang memang lama dan memang mempunyai reputasi yang baik dalam bidang industri hiburan tanah air. Memang artis yang kurang kontroversi pun, cuma, pada pendapat Semah, ia bukanlah satu kontroversi, cuma satu peringatan/teguran dari Eja kepada mereka yang meminjam duit daripadanya serta daripada rakan artis yang lain.

Artis ni manusia biasa jugak, bak kata Awal tu, "Artis ni nampak je kaya dan artis pun ada banyak hutang jugak", gituhhh!!! nampak? Artis sendiri mengaku, korang ingat Artis ni, jejak je kaki ke set terus dapat 1 juta? Camtu? Tak lah, dorang pun kena kerja jugak, siapkan scenes bagai, datang set, petang sampai malam, pagi sampai malam, malam sampai pagi. Lagilah tak tau masa untuk berlakon ni, tapi itu kerja dorang, jadi, fikirlah sebelum berhutang dengan sesiapa, kan? hehe...

Semah bukan apa, Semah sakit hati dengan Oprah tu dok call Semah sebab dia kata nak pinjam duit, katanyahhh nak buat sekolah kat Zimbabwe. Kisah lah Semahhh... baik Semah buat kat kampung Semah sendiri, please...

Macam-macam la cerita Artis Malaysia ni, ada yang memotivasikan kita untuk maju macam Siti Sarah dengan Shamsul YUsof tu, bukan kedai as Vendor kepada pelbagai jenama. Tolonglah orang, then dia orang tolong dia dalam memasarkan barangan orang lain, lebih kurang camtu lah, populariti tu adalah sebagai marketing tools jugak, Khen? Elok la macamtu, at least boleh tolong orang lain, kan?

Then, Semah tengok Sis Sheila Rusly dalam Melodi gak tadi, kebetulan Semah dah tengok siri Ye ke? di TV3 aritu, dan di situ Sis dah selesaikan beberapa isu dalam pemilihan pelakon. Tau tak, biarpun pengarah dna penerbit mempunyai pelakon pilihan mereka sendiri, mereka tetap kena propose all things pada syarikat yang mereka hendak jual cerita mereka. Contoh, ni Semah dengar sendiri dalam Ye ke? eh... Sheila Rusly nak amik, let say, Noor Khiriah untuk berlakon dalam telefilem nya, tetapi TV ada nama lain, so, kalau pembuat cerita nak juga nama yang disebut dan tolak nama yang TV nak, maka, mungkin TV tak beli cerita dia, kan? Sebab apa? Sebab MAYBE! Noor Khiriah dah suam-suam Milo, Milo tetap sedap, tapi setengah orang suka minum Milo PANAS, macamtu lah etika dalam dunia penerbitan yang diceritakan dalam Ye Ke? di TV3. Noor Khiriah pun ada sekali, banyak yang di cuba utarakan dan banyak jugak idea yang bernas yang Semah boleh ekstrak. 

So, tu je lah Semah boleh bawakan kepada Anda. Semoga kita dapat pengajaran daripada apa yang ditulis pada kali ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terus cuba semarakkan industri hiburan tanah air dengan isi-isi serta cerita-cerita yang seronok dan mampu membuatkan orang berfikir. Ok?

No comments:

Post a Comment