Nuffnang Ads

Saturday, September 12, 2015

Berdarah Hidung Secara Tiba-tiba. PUNCANYA?

Assalamualaikum WBT,

Salam Sehati Sejiwa. *nampak?

Baiklah, untuk entry kali ini saya nak cakap fasal apa yang berlaku semalam, yup. Semalam saya berdarah hidung secara tiba-tiba. Yes, tiba-tiba. Saya sendiri pun tak tau kenapa, but rasanya ia berkaitan dengan mukus yang berada dalam rongga hidung saya kot sebab mukus ni, saya rasa sangat berat dan it almost membuatkan saya susah nak bernafas.

Jadinya, bagi mengeluarkan mukus tu, saya pun hembuslah, tapi mungkin dengan agak kuat dan itu sebabnya hidung saya berdarah. Mengikut apa yang saya baca, berdarah hidung adalah bukan tanda untuk penyakit yang berat tetapi jikalau ia selalu sangat berlaku, kita kena take cautions jugak. 

Then,dalam artikel tu cakap, berdarah hidung ni akibat daripada hentakan dan tekanan terhadap lapisan nipis tisu yang berada di dalam rongga hidung. *saya tak tau kat mana. Then, bila hentakan itu berlaku, jadi tisu itu koyak dan sebab itu darah keluar. Untuk menghentikan pendarahan, pesakit disarankan untuk tidak berbaring tetapi hanya duduk menghala sedikit ke hadapan dan picit hidung untuk beberapa lama. Pesakit dikehendaki bernafas menggunakan mulut. Lepas tu, pesakit disarankan meletakkan ais ke dahi dan mengemam ais untuk mengecutkan tisu tersebut.

Macamtu la lebih kurang, saya tak faham sangat, banyak sangat 'iklan' *jual produk dan medical terms yang membuatkan saya kurang faham. hahaha... yang biasa-biasa tu boleh la, but yang tak biasa tu payah sikit nak faham.

So, kepada yang selalu sangat berdarah hidung, disarankan pergi berjumpa doktor dan bertanyakan hal kenapa ia terjadi, ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga selamat di Mekah.

No comments:

Post a Comment