Nuffnang Ads

Wednesday, September 9, 2015

Keep Working Guys!

Assalamualaikum WBT,


Selamat pagi semuaa... hari ni saya bangun awal sebab saya sakit perut. Awal daripada biasa lah... hahaha... kalau perut dah memulas, so, better bangun je dari mendamparkan diri di atas tilam yang tak berapa nak empuk tuh.

Okay, majoriti semua tahu yang saya ni sekarang sudah menjadi seorang tukang jahit. Yes, tukang jahit. Saya mostly jahit baju wanita, bukan tak nak jahit baju lelaki, cuma, its quite taking time lah. Cam, kalau baju wanita ni, seronok jahit. Well, kita kena jahit apa yang kita seronok jahit kan, kalau tak suka nanti tak jadi pulak. Hihu...

Lately, saya memang tak dapat nak fokus kepada bidang jahitan ni sebab saya agak sibuk menggantikan ayah saya kerja di ladang. Ayah saya kan pergi ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji. Makanya, saya menggantikan ayah saya kerja ladang. Kerja tak susah cuma, kena selalu masuk ladang, because of that, saya takde masa untuk menjahit. Kalau ada pun, sejam dua sebelum pukul 7 petang. Yes, memang takde masa, I tried to make up time, tapi, adoiyai... susah nau.

Ni ada beberapa baju yang kena jahit, nak menjahit malam, letih dah kerja siang tu, but apa pun, saya akan cuba jugak lah menjahit malam. Kot nak menjadi ke kan.... yes, it seems a lot tapi kita akan lebih berpuas hati sebab itu kerja kita. Kita yang usahakan kerja kita tu tanpa meminta-minta kepada orang lain, that's way better kan?

Tapi tu lah, kadang-kadang orang ingat kita ni over the top sebab konon boleh berjaya dengan hanya menjahit. Sebenarnya, boleh berjaya, jangan risau cuma kita kenalah berusaha lebih. Kalau tido sampai lewat malam pun takpe, janji kita siapkan tempahan. Saya ni tertangguh kerja sebab terpaksa, tapi sebelum ni, saya memang spent time di kedai sahaja, dari pagi sampai tengahari, then balik amik anak-anak sedara dari sekolah, then sambung balik ke kedai, sebab tu sempat buat baju, at least 1 baju 1 hari. Now? payah sikit. Kadang-kadang, sempat potong then esok lusa baru siap. huhu...

Itu je la sahaja untuk kali ni, haaaa... harap kita sama-sama bekerja keras untuk diri kita serta keluarga kita.

Assalamualaikum WBT

p/s: Keep working guys...

No comments:

Post a Comment