Nuffnang Ads

Wednesday, September 9, 2015

Mossip-mossip Mak Jemah sudah ditamatkan.

Assalamulaikum WBT,
Apa khabar semua? Ingat lagi tak Mak Jemah yang saya upah untuk tulis segmen hiburan dalam blog saya ni. Maaflah weh, malangnya, setelah gagal dihubungi, Mak Jemah menghantar satu mesej. Of course lah kan, mungkin dia dah tahu yang diri dia tu ala-ala bersalah kan? So, dia hantar satu mesej yang berbunyi..

"holaaaaaa... hai Qemall, kehadap Qemall yang disayangi, Jemah nak mintak maaf sangat sebab Jemah tak dapat nak update blog Qemall untuk segmen hiburan. Makanya, Jemah mengundur diri dari menjadi informer Qemall. Malangnya, Jemah telah berkahwin dengan seorang jejaka Mat Saleh yang berstatus Doktor di New York. Kenal tak Doctor Mike yang bukan main famous di mana-mana. U jangan risau lah, nanti Jemah carikan pengganti untuk segmen hiburan tu, okay?

yang benar,
Jemah Mike *jemah guna nama suami jemah uolss!!!"
 Haaaaaaaa.. tengok mesej dihantarnya, ini dihantar melalui khidmat burung hantu. Gilakan terbang dari New York ke Mesia. Takke patah sayap burung hantu tu? hahaha... Lantak kau la Jemah oi... janji kau bahagia.

Jadi, untuk tidak melengahkan masa, saya terus menjemput kawan saya lagi sorang dan dia juga amat mengenali Jemah. Nama dia apa? nanti saya bagitau lah, insyaaAllah, malam ni dia ada segmen hiburan. Saya sudah kawtim dengan dia untuk hiburan. Nantikan, apakah entry pertama daripada beliau? Adakah lebih hauk dan hebat dari Jemah? atau hanya melukut ditepi gantang? nantikaaannn zass!!

Itu sahaja lah, saya nak masak ni, lapar. 

Assalamualaikum WBT

p/s: jemah, aku harap kau tak dapat anak dengan Doc Mike tu then kau kena cerai. hahaha....

No comments:

Post a Comment