Nuffnang Ads

Sunday, September 27, 2015

Resepi : Ikan Bakar Kunyit dengan Daun Kunyit.

Assalamualaikum WBT,

Hari ni saya nak kongsikan satu resepi kegemaran saya, well, salah satu daripada resepi kegemaran saya, antara yang banyak-banyak tu kan... kalau banyak kegemaran, makanya, banyak lah makan, kalau kurang kegemaran tu, sikitlah makannya. hahaha, so, macamni lah saya... hahaha....  



Ikan bakar kunyit dengan daun kunyit.

Haaaa... kecur ke tak? Haruzzz.. ni makanan yang sedap yang boleh dimakan hanya dengan nasi putih panas sahaja sebab apa? Sebab ia memang sedap. Untuk tadi, saya memilih ikan tilapia untuk dijadikan sebagai protein. Ikan dengan kunyit memang satu kombinasi yang amat menyeronokkan dan segar.

Jadi, saya bersihkan ikan, *ikan dipotong lebih kurang 3-4 inci untuk memudahkan memasaknya. Bersihkan kunyit dan ditumbuk dengan sedikit garam. Kuantiti kunyit lebih kurang 5-6 inci bergantung kepada anda sendiri, sebab setengah orang suka makan kunyit. Saya suka makan kunyit. hehehe.. takdela mentah, but kalau bakar camni, saya suka. Then, tumbuk kunyit dengan garam, jangan terlalu hancur sebab ia akan mengurangkan rasa manis kunyit. Setelah ditumbuk, lumurkan kepada ikan tadi, then ambil 4-5 helai daun kunyit yang agak tua, dan balutkan ikan tadi. Panggang di atas api sederhana. Kalau nak balut dengan aluminium foil pun boleh. Jangan risau, pun boleh.

Masak diatas api selamat 4-5 minit sebelah, masak kedua-dua belah, buka dan tengok ikan, kalau masak, boleh angkat. Makan dengan nasi putih panas, sedap gilaaa wehhh!!! Saya suka makan kunyit bertumbuk yang dibakar sama ikan tu, sedap. Isi ikan pun rasa lebih enhanced sebab ia dilumur dengan kunyit.

Sebenarnya, lauk ini adalah selalunya untuk ibu-ibu yang berpantang, tetapi mak saya tak boleh makan ayam,daging,telur sebagainya, sebab mak saya terkena kayap, kenalah makan benda-benda yang macamni sahaja. Nasib baik anak dia pandai masak *saya lettew. hehehe... so, okay lah, saya masak jugak sayur sawi berbunga dengan cili besar sebab mak nak sayur air tu tadi. So, saya masakkan jugak.

Jadi, kepada yang ingin mencuba resespi ikan bakar kunyit dengan daun kunyit tu, tak payah tunggu berpantang, korang boleh beli ikan dan masak sendiri. Kalau boleh cuba jangan guna periuk ajaib ke apa, kang rasa dia kurang, kalau ada dapur kayu, lagi bagus, guna dapur kayu, ok?

Kalau korang nak guna ikan seperti ikan tenggiri, bawal, or ikan selar ke, pon boleh! Saya pilih ikan tilapia ni sebab nak saya nak makan ikan tilapia, kalau tak saya pilih ikan bawal. Jangan guna ikan seperti ikan patin, keli sebab rasa dia akan jadi pelik sikit. entah, saya tak suka ikan tu, ikan-ikan seperti itu ada resepi lain yang lebih menaikkan rasa manis ikan tersebut.

So, jangan lupa mencuba!!! ok?

Assalamualaikum WBT

p/s: tak tau nak masak apa lagi... adoi... *dilemma abang mat. hehehe...

No comments:

Post a Comment