Nuffnang Ads

Sunday, September 13, 2015

Semangat Assabiyah Tertinggi.

Assalamualaikum WBT,


Kita rakyat Malaysia ni kan sebenarnya mempunyai semangat assabiyah yang sangat tinggi. Kenapa? Baik, apabila sesuatu insiden berlaku yang melibatkan rakyat Malaysia, kita terus ambil cakna, sebab? Sebab kita rasa dekat dengan mereka. Which is very good, alhamdulillah.

But, when we talk about Muslim, kita juga rasa dekat but as dekat as Malaysia. Tetapi, bila ada perkara yang dilarang Allah sebagai seorang Muslim dilakukan oleh orang Melayu, sesetengah daripada kita melenting. Mana semangat assabiyah tu?

Pernah tengok orang Kelantan tak? baik, orang kata, orang Kelantan mempunyai semangat assabiyah yang paling tinggi. Tidak dinafikan, dari segi sudut, ramai yang melihat semangat assabiyah itu adalah satu perkara yang agak buruk. Saya pun berpandangan begitu dahulu. Sebab saya pernah belajar di sebuah universiti di pantai timur dan saya melihat perkara itu. Mereka kalau dengan rakan Kelantan mereka, kenal atau tidak, mereka akan menjadi kawan, seolah-olah sudah kenal lama. Kenapa? Sebab mereka memang macam itu. Mudah mesra dengan kawan se-Kelantan. Bagusnya, bila ada masalah, mereka backup. Bila ada perlawanan bola, mereka ada. Ada ceramah-ceramah, mereka ada. Tetapi pandangan orang lain mengatakan mereka ini assabiyah. Hahaha, kelakar.

Baiklah, berbalik kepada perbincangan tadi. Kalaulah kita semua mempunyai semangat Assabiyah dalam kenegaraan dan Agama, mesti kita sendiri tidak dapat diusik oleh Barat atau mana-mana pihak. Ini tidak, perpecahan dalam negara serta agama adalah ibarat perkara biasa, dan pemimpin? Pemimpin seharusnya CUBA SEDAYA UPAYA untuk menjadikan negara kita ini sebuah negara yang dihormati dan disayangi oleh SEMUA Penduduknya, tidak kira pendatang atau permastautin. 

Ini kadang-kadang, yang permastautin dikenakan hukuman seolah-olah pendatang, sedangkan pendatang bermaharajalela di sana-sini. Cuba pergi ke Chow Kit serta beberapa area lain di Bandaraya Kuala Lumpur. Cuba check permit or Passport mereka? Ada? Tak pernah tengok dan dengar pun. Yang ada dibiarkan berjalan mendongak ke langit ibarat itu tempat mereka. 

Jadi, semangat Assabiyah ini adalah penting dari satu sudut dalam dunia sekarang ini. Semangat Assabiyah dari Agama dan Kenegaraan. Bersihkan rasuah dalam pemerintahan dan merahkan semangat kenegaraan dalam membentu sebuah negara yang dihormati dan disayangi oleh semua penduduk Malaysia.

Assalamualaikum WBT

p/s: kena ke tidak dengan contoh tu...hehe..
p/p/s: Ini bukan hasutan cuma buah fikiran untuk kita berfikir.

No comments:

Post a Comment