Nuffnang Ads

Wednesday, September 16, 2015

Sepanjang Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Raub.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Hari ini tadi saya pergi ke Bandar Raub dalam sambutan Hari Malaysia dan Raub telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Pahang bawah pimpinan Datuk Seri Diraja Adnan bin Yaakob dan juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Bentong.

Saya sampai di tapak pada pukul 9.00 pagi dan terus saya menuju ke Booth GiatMARA Raub, kerana cikgu saya meminta beberapa produk hasilan saya sendiri untuk diletak di situ. Biarpun masa yang diperuntukkan adalah agak sedikit, tetapi saya mampu menghasilkan beberapa helai baju yang cantik. Ada beberapa orang minat dengan baju yang saya jahit tu, alhamdulillah. Biarpun tidak ada jualan tetapi saya bangga sebab dapat menunjukkan hasil jahitan saya, its a start dan apa yang saya buat adalah untuk memupuk rasa yakin dan kurang malu untuk berhadapan dengan bakal pelanggan. Itu lah..

Then tepat pukul 10.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian, ucapan dari YB Shahniza, YB Datuk Seri Shahiruddin dan akhirnya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan bin Yaakob. Dalam ucapan mereka, mereka menegaskan untuk memelihara keamanan yang dikecapi dan semoga kita tahu asal usul kita.

Selepas itu, mereka melawat booth seperti PDRM, BOMBA, LPPKN, AADK, UMNO, Tabung Haji, GiatMARA Raub, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi. Ada banyak lagi aktiviti yang dijalankan seperti derma darah oleh Pejabat Kesihatan Raub, dan permainan untuk kanak-kanak.

To me, it was a successful event but in term of people came to the event compared to like 10 years ago? 10 years ago was waaaayy better. Saya rasa maybe sebab political climate yang agak tenat. Ramai yang sesak nafas dengan political climate ni, plus, the haze ni, lagi lahhhh... sesak nafas woiii.. pening.

So, itu sahaja lah yang boleh saya bawakan dari apa yang saya dapat tadi.

Assalamualaikum WBT

p/s: Keep you heels high but keep your head even higher! Bam!

No comments:

Post a Comment