Nuffnang Ads

Sunday, September 20, 2015

Soh Seh Si Semah : Semarakkan Industri Hiburan Tanahair.

Assalamualaikum WBT,

Haaaaa... Semah datang lagi dengan Berita-berita Hiburan Industri Tanahair yang disayangi, iaitu, Malaysia.

Semah dapatlah satu berita ni dari sumber Semah yang Semah percayai. Ada satu suami artis ni yang berpangkat Datuk ditahan polis. Atas sebab apakah dia ditahan? entah lah, tapi dia juga adalah BEKAS kepada ahli satu parti politik nih. Amboiii...habis madu sepah dibuang kan? Siap-siap dah berkhidmat dengan satu parti tu, habis khidmat, kena tangkap, lahhhh.. kenapa camtu? Tak boleh sentuh langsung ke parti tu wehhh? Parah camni...

Then, semalam Semah dapat berita lagi yang seorang artis muda remaja yang mempunyai lakonan yang agak umpphhh.. telah pulang dari perantauan mencari ilmu keagamaan. Alhamdulillah, Semah ucapkan tahniah, tak ramai manusia mampu berbuat demikian. Kadang-kadang ada yang buat sebab trend katanyaaa... lahhh.. kenapa camtu? hahaha... Then dia ada juga cakap kat satu blog terkemuka ni yang dia juga sudah berubah kepada tidak boleh ditegur dan ego kepada lebih menghormati dan boleh ditegur. Jadi, segala gosip-gosip sebelum ni tentang dirinya adalah betul la? hmmm.. takpe la dik, buang yang keruh, ambil yang jernih. Kan? Baru la indah peribadi... gituhhh.... jangan gosip-gosip liar lagi eh.... tak elok gitu...

Baiklah, sebenarnya, Semah ni takde la ramai sangat informers yang bekerja dengan Semah. Hahaha, sebab tu berita Semah ala-ala second sources dah, tak fresh sangat, tapi Semah tabahkan hati untuk menulis. Hahah, biarlah apa orang nak kata...

"katakan saja katakan lah...." bak kata Nabila. Hahaha...

Semah ni sebenarnya ada seorang yang amat menyokong industri tanahair, tau tak kedai kasut BATA? bukan Batu Bata, tapi BATA. Dorang kat lining kasut yang digunakan adalah diperbuat dari kulit BABI!! Ya ampon deknon, berat sungguh tuduhan tu... tersedak Semah sambil Semah tengok kasut Semah. Terus buka tengok kot-kot betul. Nasib baik tidak, kepada yang membuat fitnah dan kepada yang menyebarkan tu, agak-agak lah, kalau pun ko tak mampu nak beli kasut kulit lining kulit babi yang ada kat Zaara or Mark N Spencer, takyah lah nak fitnah BATA. Hahaha... Gituh, tak elok tau... tak elok. Semah pun suka pakai Bata ok, kasut yang sempurna dan selesa. Giiitttuhhhh!! Rasakan.

Jadi, apa pengajaran kita dapat pada entry kali ini?

1. Jangan buat fitnah
2. Tulisan Semah tak sehebat Jemah.
3. Adakah Semah dan Jemah adik beradik?

Assalamualaikum WBT

p/s: Semarakkan Industri Hiburan Tanahair.

No comments:

Post a Comment