Nuffnang Ads

Wednesday, September 30, 2015

Takpe lah, dia kan sakit.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Kalau tak silap saya, minggu lepas kecoh satu Malaysia, khususnya yang beragama Islam serta Melayu. Kenapa? Ia mengenai komen/pernyataan personality/blogger/usahawan/pemikir logik terkenal, Saiful Nang.

Sebenarnya Saiful Nang ni nak ikutkan seorang yang bijak, tapi tu lah, maybe sebab dia dyslexia tu, pemikiran dia lebih kepada logik akal. Tapi siapalah saya kan? Tak kenal langsung pun dia siapa melaikan Warga Prihatin tu, saya selalu dok nampak dalam FB yang dia komen fasal almost everything, then dia kaitkan dengan pendapat logik dia. Okay lah, logik akal campur teras agama Islam, insyaaAllah, menjadi.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dia sekarang adalah seorang yang dikagumi, sebab? Banyak sebab yang boleh membuatkan dia dikagumi oleh ramai orang. Now, apa komen dia minggu lepas yang menyebabkan pemahaman logik akal dia, pada saya, sedikit, tercalar?

Tapi apa-apa pun, pemuda ini ada menjawab pernyataan SN, Click Sini. Dia ada menjawab dengan panjang lebar, namun, pada pendapat saya yang ikhlas, tidaklah saya sefamous Encik Saiful Nang yang juga seorang manusia biasa, malah dia boleh dikira sebagai istimewa, sebab dia da dislexia. Saya pernah melakukan pemerhatian keatas orang dislexia ni, mereka memang istimewa. Ibarat seperti syndrome down juga lah, susah sikit nak terima pendapat orang lain. Dia ingat dia sahaja yang betul.

Oleh itu, bagi kita yang dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran yang sedikit lebih dari mereka ini, maka cubalah kita fikir dengan sewarasnya. Janganlah cepat melatah, we can do better than that. Ok? 

Banyakkan membaca, teruskan menuntutu ilmu dan luaskan fikiran dengan agama Islam. Allah pasti akan membantu kita sebagai hamba-Nya. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Kat Malaysia pun banyak tempat pelacuran, cuma Malaysia bukan tempat Istimewa maka, teruskanlah. 

No comments:

Post a Comment