Nuffnang Ads

Tuesday, October 6, 2015

Bahayanya Beruk.

Assalamualaikum WBT,

Bagi sesetengah mereka yang tidak pernah duduk di kampung, maybe tidak tahu yang keluarga Beruk adalah boleh dikatakan sebagai omnivor. Kenapa?

Dalam DailyMail UK terjumpa seekor orangutan matang yang memakan bangkai tupai diatas pokok. Now, memandangkan ia adalah dalam keluarga Ape yang sama, rasanya, tidak hairanlah ini terjadi.

Saya seringkali ternampak beruk dan kera (ramai sering tertukar dengan monyet), now, these two adalah mempunyai sifat yang berbeza. Kera lebih kecil dan kurang agresif, tetapi tidak dengan beruk. Beruk mempunyai badan yang besar, jikalau ia matang, ia boleh mencapai tumbesaran sehingga kanak-kanak 5-6 tahun, dan kekuatan yang agak kuat. Beruk juga lebih agresif berbanding kera. 

Kenapa saya mencerita perihal sebegini, kerana? ramai yang beranggapan kera dan beruk hanya makan buah-buahan dan daun-daun kayu. Anda silap, mereka juga makan ternakan seperti ayam, itik, telur ayam. Ini cerita benar.

Kalau tidak, masakan ada kes, kanak-kanak cedera dibaham beruk? Berbahaya bukan? Jadi, kepada yang tinggal di kampung-kampung dan terdedah kepada situasi sebegini, tolonglah berjaga-jaga, kadang-kadang kita leka buat kerja rumah seperti membasuh, menjemur kain baju, menyapu, kita tidak sedar yang haiwan-haiwan liar ini ada berdekatan dengan rumah kita.

Seperti keadaan rumah mak cik saya yang diceroboh haiwan kera ini dan mereka mengeledah dapurnya sehingga kotor. Mereka mencari makanan. Habis rumah kotor dek haiwan ini. 

Jadi, jangan pandang rendah kepada haiwan liar ini. Ada satu kisah aritu saya tengok, kononnya ramai yang bersimpati dengan kemain seekor kera yang pecah tangannya sebab mercun. Ketahuilah, sekali korang tau betapa bahayanya kera atau beruk, time tu jugaklah korang wish korang ada senapang or apa-apa senjata untuk membunuh haiwan liar ini. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Pernah nampak beruk bergaduh sesama sendiri, serammmm...
Sumber perbincangan : Daily Mail UK

No comments:

Post a Comment