Nuffnang Ads

Monday, October 26, 2015

Be A Good Person.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua?


Saya ni masih lagi membaca Bajet 2016 dan surat khabar Utusan Malaysia ni masih lagi ada atas meja saya ni haaa... tak tau kenapa, but I really want to read it over and over again. *padahal tak habis lagi pun... hahaha...

Now,korang pernah tak macam bila keluar dari rumah, its like, you time to be the help of other people. Macam a few days ago, saya pergi ke Bandar Raub, it was wonderful morning. Then, saya pergi ke BSN Raub, then ada aunty ni dia macam bermasalah sebab dia baru je buat kad bank then dia kena masukkan dia dalam atm mesin kan, cam biasa. Unfortunately, no one help her. Hehe... guessed who was trying to help her, Me.

Yes, saya called that aunty yang dia kena ingat number pin sebab nanti nak masukkan kad dalam atm mesin and to be honest, aunty tu tak tau pun guna atm mesin. Pening jap, then after cakap, aunty tu cakap nanti dia datang balik bawak number pin senang dia ingat. Problem solved lah... kot.

Then saya pergi ke market TF di pinggir bandar Raub tu jugak lah, then, bila saya keluar, ada sorang aunty ni dia nak keluar kereta, pakai kancil je, but tu lah.. disebabkan kereta belakangnya dekat, so, dia teragak-agak nak keluar. Who helped her? ME jugak. hahaha, macam ambassador lah saya ni. Saya bagi isyarat tangan untuk bantu dia keluar dari petak parking. Senang je, tak payah sangat pun. Dia angkat tangan tanda terima kasih. Again, solved.

Then, beberapa hari lepas jugak, saya pergi ke pasaraya Tunas Manja Raub, sedang saya merayau-rayau mencari ikan laut nampak segar tu, saya nak amik plastik, then ada achi ni, dia nak amik plastik jugak. Tak dapat, tengok-tengok, tangan dia luka, siapa tolong? Hahaha... Saya jugak. Saya koyakkan 1 plastik untuk dia. Dia cakap terima kasih, senyum dan berlalu pergi mencari ikan air batu. hahaha...

Senang nak buat baik, tapi tu lah, kadang-kadang ujian Allah datang dalam pelbagai cara.

Kita saja nak buka mata ke tidak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Alhamdulillah, business kuih muih berjalan lancar. 

No comments:

Post a Comment