Nuffnang Ads

Saturday, October 31, 2015

Nasihat Mendengar Nasihat.

Assalamualaikum WBT,

Mari kita cakap fasal DEGIL.

Yes, DEGIL. Apa itu degil dari segi pemahaman kita sendiri? Kalau daripada pemahaman saya, DEGIL adalah memilih untuk tidak mendengar kata nasihat.

Baik, setiap daripada manusia ni memang ada sifat degil, sikit atau banyak, itu bergantung kepada seseorang individu. 

Tetapi, DEGIL SEORANG BUDAK dan DEGIL SEORANG DEWASA adalah dua perkara yang amat berbeza. DEGIL SEORANG BUDAK boleh lagi diterima sebab itu adalah nature dalam pembelajaran mereka, NAMUN, DEGIL SEORANG DEWASA adalah boleh dikatakan kepada penyebab sakitnya hati serta menyampahnya diri kita terhadap sesuatu.

Saya sendiri adalah seorang yang DEGIL tetapi alhamdulillah, ada perkara-perkara yang dinasihatkan oleh orang ramai, saya dengari. Alhamdulillah, tetapi, kita sekarang bercakap fasal manusia yang langsung tidak mahu mendengari nasihat orang lain selain diri dia sendiri. Bayangkan, dia menasihati diri dia sendiri hanya kerana nasihat orang lain tidak boleh digunapakai. *pening kejap.

Saya tidak lah hendak berkata lebih tetapi, kadang-kadang kita ni perlu jugak dengar kata-kata orang lain, tapi, kita tidak boleh juga mendengar bulat-bulat, apa yang selalu saya buat,

DENGAR, AMATI, SESUAIKAN dengan situasi kita sendiri.

Sesuatu nasihat mungkin boleh digunapakai tetapi tidak dengan situasi yang sama, mungkin situasi pemberi nasihat adalah berbeza serta berbeza dengan situasi penerima nasihat. Nasihat saya? Berfikirlah untuk masa hadapan.

Bukan apa, kadang-kadang nasihat mendengar nasihat ni mampu mengubah cara hidup serta kehidupan seseorang. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tercetusnya entry ini dek kerana ayah saya yang agak sukar mendengar nasihat mak. hahaha...

No comments:

Post a Comment