Nuffnang Ads

Tuesday, October 27, 2015

Pos Laju TAK LAJU?

Assalamualaikum WBT,



Siapa disini suka beli barang Online dan penghantaran dibuat dari Pos Laju yang kononnya DIJAMIN SAMPAI ESOK?

Ada tak?

Now, ni pengalaman saya sendiri lah. Sebenarnya, tidak lah esok sangat sampainya. Ada jugak beberapa hari... kenapa? Entahlah, Pos Laju ni agaknya entah lah, nak cakap macamne. Tak konsisten.

Last week, saya hantar 1 parcel kepada kawan saya yang berada di Kuala Terengganu dan dalam tempoh 1 minggu ni, masih tidak sampai lagi parcel tersebut. I was like, what? Okay, kalau takde orang di alamat yang dihantar tu, sebenarnya, Pos Laju boleh menelefon nombor yang tertera pada slip penghantaran dan selalunya, Pos Laju akan meninggalkan satu lagi slip yang panjang untuk penebusanan barangan. Maksudnya, memandangkan kita takde di rumah, Pos Laju sepatutnya meninggalkan kad tersebut dan ia adalah sebagai 1 petunjuk bahawa, penerima seharusnya mengambil barangan di pejabat pos yang dialamatkan.

Namun, yang terjadi, dorang tak call pun and when I rang them pagi tadi, dorang cakap, MAYBE posmen dah hantar tapi MAYBE takde orang di pejabat. I was like, seriously! Apa maybe, maybe ni? Dalam hati je lah, I was in a good mood just now lah... hahaha...then, dorang cakap, hari ni dorang akan pergi hantar lagi and gladly the penerima adalah my friend and I asked her to call them and ask them about the parcel. 

Malas la nak guna perkhidmatan lain but, kalau masih jugak berterusan, saya malas la guna Pos Laju dah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Buat lah lagi macamni, I will write more on the suck services. 

No comments:

Post a Comment