Nuffnang Ads

Thursday, October 1, 2015

SAKIT : GOUT.

Assalamualaikum WBT,



Apabila seseorang terkena GOUT, secara tidak langsung, kehidupannya berubah. Terus berubah. Then ada orang tanya,

"Apa yang berubah, maybe you tak kuat kot?"

Now, yang tak kena boleh cakap macam-macam, bulan bintang boleh janji kan? Tapi once kena, you akan menyesal. GOUT ni ibarat HIV la, sekali terkena, memang takde ubat. Hahaha *ke over sangat perumpamaan saya tuh? hahaha...

Sekali kena, macam-macam tak boleh makan , dan! Saya ada gout. Memang. Memang sangat menyakitkan hati. Sakit hati betul, macam-macam saya tak boleh makan. Ikut pengalaman, saya start kena gout masa tahun 2014. Perghhh!!! sengsara betul.. masa mula-mula kena tu, Ya Allah, my foot swelling gila. Nampak macam hape je, macam nak pecah je kaki saya tu... sampai menangis la dikerjakan oleh gout ni...

Then, sampai sekarang, dah dekat setahun lebih jugak lah. Selepas beberapa experiment, saya betul-betul tak boleh sentuh,

1. Kobis *any kobis
2. Pati Ikan Bilis esp. budu.
3. Hati ayam *tapi makan je sesikit
4. Bunga kobis *makan sikit-sikit


Okay, sebenarnya, Gout ni ikut jenis darah dan imunisasi badan. Now, benda-benda yang saya boleh makan tu, ada sesetenga penghidap penyakit gout, boleh makan. Ada orang tak boleh makan kacang, kacang panjang, kacang buncis dan segala jenis kacang. Saya? Boleh. Pelik kan?

Ada orang langsung tak boleh sentuh, makanan laut macam sotong, udang, kerang, tapi saya? Boleh, tapi takde la kau nak saya makan 1 kg sekali makan, hahaha, itu menempah. Macam semalam, saya menggatal makan budu, makanya, dua hari la menderita sakit kaki. Mungkin ada pembentukkan kristal di joint kaki. Sakit? Takyah cerita, semalam tu macam light-light je,*itu pun dah sakit, kalau heavy, fikirlah sendiri.



Gout ni sebenarnya macam ada orang cucuk-cucuk joint kita dengan sekecil alam jarum yang banyak. Bayangkan!! Sakit? huuawaaaa... sakit weh.

Jadi, apa saya punya penyelesaian semalam? Saya makan epal hijau dan diletakkan sedikit cuka. Mengikut apa yang saya baca, asid sitrik mampu mengurangkan uric acid dalam badan. Trust me. Saya cuba dan alhamdulillah, ia menjadi. Moga ia mampu menjadi petunjuk kepada penghidap Gout yang lain. Kena ada jemaah ni... hahaha.. jom buat Whatsapp group. hahaha...

baiklah, btw, gout juga dipanggil sebagai King's sickness *lebih kurang macamtu lah... maksudnya, sakit orang yang makan banyak dan banyak makan. Hahah, macam saya, but now, I cannot eat as much as I could. I can't. It painful. Very much. 

So, kepada yang ada gout, pembaca ke sesapa ke, kengkawan ke, ahli keluarga ke, kalau nak share pengalaman boleh la Whatsapp saya di 018-9807556, or message ke, tak kisah la mana-mana. Mana tahu pengalaman anda dapat membantu saya or rakan-rakan pembaca dalam memperbaiki diri kita dan menghindarkan diri dari GOUT.

Assalamualaikum WBT

p/s: sakit woi dan kena...

1 comment:

  1. saya ada penawar gout..insyallah boleh sembuh

    https://penawarpenyakitgout.blogspot.my

    ReplyDelete