Nuffnang Ads

Wednesday, November 11, 2015

Jadualkan Hari Anda!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Bila kita rasa kita ada banyak kerja yang hendak dilakukan, kita akan rasa tak cukup masa dalam dunia ni dan 24 jam adalah 1 tempoh masa yang amat pendek. Now, apa kata, kita duduk sebentar dan cuba bahagikan perkerjaan yang hendak dilakukan setiap hari dengan masa yang secukupnya.

Lagipun, masa 24 jam itu adalah mencukupi untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Jangan kita bentuk masa untuk kerja kita, tapi bentuk kerja untuk masa yang diperuntukkan. Kalau kita perlukan 1 jam untuk membuat sesuatu, peruntukkan 1 jam dan jangan lebih daripada apa yang diperuntukkan, ok?

Jadi, jadual amat penting untuk memastikan segala ini berjalan dengan lancar. Saya pun sebenarnya mempunyai pelbagai jenis pekerjaan yang perlu dilakukan, talking about multi-tasking, memang banyak but I have to do it, memang kena buat. Tak boleh tidak, but buatlah dengan cepat, sebab bila kita used to work yang kita pandai buat, takde masalah lah. Kita dah tau kerja tu dan kerja yang kita lakukan tu, memang kerja kita. No hal lah.

Oleh itu, apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah, cuba jadikan jadual yang kita buat itu sebagai rakan karib kita. Ok? Mesti boleh punya lahhh.. mesti jadi! Bila kita ikut jadual, maka segala kerja kita akan jadi tersusun dan menjadi lebih efektif dan efisien.

Jom! Mulakan sekarang!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Berpesan-pesan.

No comments:

Post a Comment