Nuffnang Ads

Friday, December 11, 2015

Program Warga Emas 2015,KK Jeruas dan Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa?  Salaam jumaat dan salam sehati sejiwa, salam 1 Malaysia..

haaaa..nampak? banyak tak salam kita? hahahaha..

baik, saya berasa gembira sebab di Kampung Jenud sekarang ni ada event. Event apa? Program Klinik Kesihatan Jeruas dari Kelab Warga Emas KK Jeruas.

Alhamdulillah, program mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.

Kami adakan beberapa acara seperti 10,000 langkah, ceramah kesihatan, ceramah pergigian, ceramah wargaemas dan lain-lain. Alhamdulillah, kehadiran amat memberangsangkan. Kami amat bersyukur.

Pada saya, program seperti ini amat diperlukan dan insyaaAllah, sebagai SU JKKK saya akan cuba memperbaiki pentadbiran kampung serta memperindahkan lagi kampung dan, memperbanyakkan aktiviti-aktiviti di dalam kampung.

Semoga mendapat perhatian lah... takde la nak cam over sangat kan...tapi sekadar menaikkan kembali nama kampung Jenud yang suatu ketika dahulu menjadi nama yang hebat.

Nampak tak visi dan misi saya tu?

Menjadi seseorang dalam pentadbiran kampung ni, seseorang perlu AMAT proaktif dan sedia untuk berkorban bagi pembangunan kampung. Seriously, jadi AJK selain Pengerusi, takde gaji dan elaun dan ia hanyalah rela hati semata. I tell u.

insyaaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin.

Assalamualaikum wbt

p/s: seronok event2 ni.

1 comment:

  1. ang jadi SU kampung ?? Terbaik lah...thumbs up

    ReplyDelete