Nuffnang Ads

Sunday, December 18, 2016

Oppo FS1 je.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa??Sihat tak???

hari ni is a very good day. ni nak citer sikit,  saya ni walaupun dah berumur dekat 30an, rasa respek dan takut kat my parents tu tetap ada. hahaha

like, yesterday, i bought a new smartphone sebab my samsung dah rosak. so, semalam takut ayah dengan mak sebab hahaha... sebab dorang cakap saya membazir.

hahaa..

Assalamualaikum wbt

p/s: oppo jew

Saturday, December 17, 2016

Sushi King Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa?

Maklum tahu yang di bandar Raub sekarang ni dah ada Sushi King berderetan dengan KFC.

I have been longing to eat sushi here without having to drive to Kuala Lumpur. Kat Bentong pun ada cuma malas nak cari je. haha..

now, as we all know kan, Sushi King ni adalah franchise kan...jadi semua adalah sama, cuma, yang beza kadang-kadang adalah rasanya. iya, kesegaran sesuatu masakan bila ia berkaitan dengan makanan.

so, apa pendapat saya tentang the newly opened Sushi King in Raub? Well, its good.

Assalamualaikum wbt

p/s: any other response, saya akan tulis lain.

Thursday, December 8, 2016

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Bapa Kekal Selamanya

Assalamualaikum wbt,

Salam Malam Jumaat... adakah malam anda akan menjadi satu malam yang indah atau ngeri? anda penentu segalanya... hahahaha

baik. kita semua maklum, menjadi seorang wanita adalah satu tugas yang mencabar. Dalam al-Quran ada satu surah dikhaskan untuk wanita, Surah An-Nisa'. Macam-macam diceritakan dalam surah tersebut.*rajinkan membaca Al-Quran.

Apatah lagi menjadi seorang Isteri. Sungguh besar tanggungjawab tersebut. memang selepas kahwin, si isteri wajib mengutamakan suami dalam segala hal.

sebagai contoh, jikalau si isteri mempunyai keluarga dan maybe salah seorang daripada parents tersebut sakit. apakah si suami tidak mempunyai belas sedangkan ibu si isteri sudah menjadi ibu mertua?

dalam Islam, ada banyak perkara yang dilembut dan dibelaskan bagi mengelakkan kita dari menjadi derhaka.

Ya Allah, derhaka pada ibu memang hidup tak ke mana dik. nauzubillah. janganlah kita sesekali menderhaka kepada ibu. mungkin sesetengah ibu mempunyai sifat yang berbeza tapi ibu tetap ibu.

mungkin salah kita kalau ibu kita marah. mungkin kelakuan kita membuatkan ibu kita sakit hati. mungkin.

tapi sejauh mana kita melangkah, langkah pertama di mata ibu. langkah pertama kita dengan ibu. jadi, hargai ibu sebab ibu adalah syurga dunia dan akhirat.

biarpun sudah berkahwin, kalau masih ada ibu, baliklah, jenguklah ibu dan bapa anda. kalau payah sangat, telefon! cakap dengan ibu bapa anda. apalah nilai kredit jika hendak dibandingkan dengan nilai kasih sayang ibu yang pernah dicurahkan tanpa gagal. hubungi ibu bapa anda. masih belum terlewat.

Assalamualaikum wbf

p/s: insyaaAllah.

Tuesday, December 6, 2016

Carutan dan Karutan Hari Ini.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Mintaknya semuanya sihat lah yea?

haaaaaaaa... semalam sempat membebel serta mengarut kan? haaaaa.. tu la saya. Mengarut jee... hahaha...

tapi kadang-kadang mengarut saya ada maknanya wehhh... hahahaha...saya ni kadang-kadang straight forward tapi ada masanya berlapik amat cakapnya.

sopan... bak wanita melayu terakhir, kalau straight forward tu... haaaaa... pelangkar sangattt... hahahaha

tengok? banyak ketawa kan? hahaha.

dah laaaaa... mengarut sangat... nanti saya tulis fasal DCT di GV.. nyanyi 5 minit je... tapi impakkk... seluruh konsert. kau rasakannn!!!

Assalamualaikum wbt

p/s: selesema ni tah bila nak baiknyaaaaaa

Hati Gatal.

Assalamualaikum wbt,

ni entry tengah malam. selalunya, kalau entry tengah malam ni, entry mengarut, haaaaa.. ni memang mengarut jugak la.

Ia soal hati.

well, semua ada hati kan? semua tahu yang hati ni adalah rasa yang paling pelik dalam dunia. bila minda kata tidak, hati kata iya, makanya begitula seterusnya.

apa yang saya nak celotehkan adalah fasal hati yang gatal. apa itu hati yang gatal? hati gatal atau hafi gedik adalah sejenis hati yang mengada-ngada dalam membuat keputusan. sekali iya, sekali tidak.

jadi gatal apabila ia berkaitan dengan crush. iya, crush. apa itu crush? crush adalah kegatalan hati yang merasakan bahawa kesukaan kita adalah boleh kita terima sedangkan kadang-kadang ia hanyalah mainan hati.

saya pun selalu ada crushes. yes, its plural. kenapa ada crushes? berbalik kepada hati gatal dan gedik. maklumlah, hati ni gedik, maka bila terlihat mata akan mereka yang menepati citarasa di mata, tanpa memperlihat keadaan diri, di sinilah kegatalan hati bermaharajalela.

carutan demi carutan ditabahkan untuk menghilangkan rasa suka, kadang-kadang, kita sendiri yang tersuka. konon rasa diri bernyawa tatkala melihat crushes. perasan kau wahai hati. ada ke yang suka kau?

apa-apa pun, mainan hati adalah mainan biasa bagi kita si manusia biasa. biasa biasa dengan keadaan tatkala ada yang benar mengetuk pintu hati, mungkin diterima sejarah lama dan dilupakan hitam berwarna. diwarnakan semula dengan si putih bernyala, diwarna mengikut citarasa.

mungkin, atau hanya dibuang ketepi kerana hati sudah patah. hanya berfikit untuk meneruskan hidup dengan apa yang dimiliki.

haha...

Assalamualaikum wbt

p/s: sudah ku bilang, mengarut di malam hari tentang hati.

p/p/s: i like u... but i 'll let it to myself only. or maybe one day, i'll tell u.

Monday, December 5, 2016

Selamat Pengantin Baru!!!

Assalamualaikum wbt,

apa khabar???

musin cecuti ni, ramai memilih untuk mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah...

apa-apa pun i have a lot to tell you. hahaha... walaupun begitu, post ini adalah singkat sebab saya masih dalam menulis entry panjang2 bagi post-post yg mendatang. haaaa...rasa.

saya memang kagum melihat blogger2 yang menulis sepenuh masa. saya kagum.

entry mendatang :

1. dct di GV3.
2. adab di online
3. adab menjadi manusia.

haaaaa.. tengok. hebat tak tajuk-tajuk tu. hahaha

nanti eh.

Assalamualaikum wbt

p/s: beradab ke kita?

Thursday, November 17, 2016

Bengkel Intensif Diagnostik Perniagaan "Persediaan Menangani Halatuju Perniagaan" 2017

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, hari ini saya berada dalam satu majlis ilmu iaitu, Bengkel Intensif Diagnostik Perniagaan.

Bengkel anjuran MARA Pahang dengan kerjasama MARA Daerah Raub ini adalah bertujuan untuk mendiagnostik hala tuju perniagaan dan membuat persediaan bagi menghadapi tahun mendatang yang dikatakan mencabar.

InsyaaAllah, bengkel ini akan menjadi penambah kekuatan kepada perniagaan saya. InsyaaAllah.

Masih mencari halatuju, dan insyaaAllah, once I can see it clearly, I will be able to drive it to the fullest.
Amin.

Semoga bengkel ini menjadi titik tolak kepada mereka yang menyertainya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: Majlis dirasmikan oleh YB Dato Sri Hj. Shahiruddin bin Ab. Moin. Tahniah atas anjuran.

Monday, November 7, 2016

Flaunt it with confidence.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? sihat ke?

Orang selalu tanya,

'cantiknya awak pakai ni, beli kt mana,'

'uish, bag ni mesti mahal kan?'

'waaahhhh...cantiknyaaaa...mesti barang berjenama kan?'

hahaha... apa yg saya selalu pakai, its either from bundle or kedai memurah je dek. takde berjenama, kita tak mampu.

my mantra is alway,

'flaunt yourself with confidence when you have nothing expensive about; your confidence is'.

hahahaha....

ni bag ni beli kt kedai eco rm2.12. haaaaa...bayangkan, itu pun orang cakap mahal. hahaha... faint.

Assalamualaikum wbt

p/s: makan!!! laparrrr

Sunday, November 6, 2016

Jom Western!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? sihat tak? Alhamdulillah, kalau sihat.

Now, saya berada di Jom Western AEON Big, Wangsa Maju.

Buat apa? Haaaaaa.. pergi beli kain la apa lagi....kan? Saya pergi dengan cikgu saya dari GIATMARA RAUB, dedikasi nau, kan?

tadi makan kat Jom Western, sedap!!! harga standard mall lah kan... hahaha...

apa-apa pun, ni masih mencari kain. wish me good luck!

Assalamualakum wbt

p/s: erkkk..kenyang

Wednesday, November 2, 2016

Masa Depan Anak-anak Kita?

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar? sihat ke tidak? selamat pagiii....jarang benar saya menulis dan mengepost apa-apa tulisan pada waktu pagi, tapi kalau untuk buat perubahan, apa salahnya, kan?

Now, saya semalam ada dengar Suria FM, segmen Gebang Petang, kelolaan Tyzo dan apa lagi sorang tu, lupa, Linda ke apa ...tak ingat sungguh.

Dorang bergebang fasal umur anak yang paling sesuai untuk dimasukkan ke sekolah. Now, ini bergantung sepenuhnya kepada kewangan ibubapa, kalau mereka mempunyai kewangan yang kukuh, why not anta anak ke tempat yang lebih dikenali seperti Brainy Bunch and whatnot.

Tahukah anda, kita mampu mempengaruhi minda anak-anak seawal dalam perut lagi dan untuk anak-anak seawal 2 tahun kita sudah mampu untuk menerapkan pengajaran bahasa asing?

Yes, minda anak-anak adalah seperti span. Mereka akan menyerap semua ilmu yang diberikan, samada sengaja ataupun tidak oleh sesiapa sahaja. Jadi, bagi ibu bapa yang inginkan minda anak mereka berkembang secara kreatif, maka, jinakkanlah anak-anak anda dengan perkara yang kreatif seperti bermain piano, alatan muzik.

Tetapi, jika anda mahu anak-anak anda hebat dalam bahasa, maka jinakkanlah anak-anak anda dengan phonetics, phonology of words.

Jikalau ibubapa mampu untuk memberikan pelajaran sendiri untuk anak-anak, maka, sediakanlah. Tetapi, jikalau inginkan seperti orang lain, maka, berkorbanlah. Hehe...

Apa-apa pun, pilihan untuk anak ditangan ibubapa, bukan dimulut mereka yang berfikir. Luangkan masa untuk tengok potensi anak-anak, kita sekarang berada di zaman IT dan serba canggih, tetapi otak kita adalah elemen yang tercanggih pernah dicipta. No one could deny that.

Good luck and think the best to develop the potential.

Assalamualaikum wbt

p/s: The future of your kids depends on you (parents).

Wednesday, October 26, 2016

Jom Sarapan!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak? kalau sihat, alhamdulillah, bagus.

lately, saya agak sibuk with life. banyak buat, banyak letih dan banyak masa untuk merungut. hahahha... takde la...tipu je.

takde la banyak sangat kerja,biasa je cuma bila all comes at once, saya rasa sedikit, stressed. Tu je.

dah laaaaa...

tu je nak cakap.

Assalamualaikum wbt

p/s: sarapan jom!!!

Friday, October 21, 2016

ARA goes bloging.

Assalamualaikum wbt,

Tadi kebetulan saya ke GIATMARA Raub dan saya tengok ada kursus e-Usahawan. dari mana saya tak tau, maybe dari GM jugak kot.

then saya tengok, dorang ajar untuk berniaga melalui blog. well, good for them actually. hehehe...

I am too a blogger tapi takde la berniaga dalam blog ni, or maybe i should consider it kan? hehehe...

bukan nak caras, tapi tu la... hahaha...

maybe i should start one... micro blogging tu still ada cuma this blog is boleh jugak as sides. hehe..

so... nantikannnn

Assalamualaikum wbt

p/s: Akmall Razlan Atelier goes blogging?

Saturday, October 15, 2016

OldTown White Coffee Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua?

Sihat ke? After a year kot, baru la saya pergi ke OldTown White Coffee Raub. Saya tak tau dia panggil apa, sebab saya pernah pergi yang dekat Ipoh tu... cantik gilaaaa.. boutique kalau tak silap.. yang kat Raub ni, tak tau la panggil apa...but hey, i think the food is good too.

So, saya order, HF1 dan TF7.

Apa kah mereka? Apa kata saya cadangkan anda pergi ke OldTown White Coffee untuk discover.

Selamat Menjamu selera.

muah!

Assalamualaikum wbt

p/s: laparrrr

Friday, October 7, 2016

Blogger Malas????

Assalamualaikum wbt,

Apa punya penulis blog la lama tak update blog. Kata penulis tegar, nak berubah untuk kesenangan pembaca...

hahahaha... ini isi hati saya eh. penulis blog NIM ni ha....macam-macam weh kejadian hadir dalam diri. nak buat macamne.

tapi apa pun, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membaca blog saya yang biasa-biasa ni. maklumlah, mana ada job, tak pernah ada job pun. blogger kampung je dek, menulis sekadar berkongsi. hahaha..

ni dah ada semangat balik, saya nak tepati janji yang dicapati tuh. semoga istiqomah.

hahawau.

Assalamualaikum wbt

p/s: hidup tanpa cabaran adalah seperti seketul kentang. hahaha...

Thursday, September 8, 2016

Stressing Out

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa... sihat ke?

Saya ni jenis orang yang jarang sangat stress. Hahaha, tapi last two days memang stressing betul.

Tak tau kenapa, tapi memang stress.

Tapi biasalah...hahahaha..

Assalamualaikum wbt

p/s: kenyang dahhhh...erk! baru lepas sarapan.

hahaha...

Tuesday, September 6, 2016

Kisah Selera Makan.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? sihat ke?

Tahu tak bahawa nak mengawal selera makan itu adalah suatu perkara yang amat susah, Ya Allaahhh... susah sungguh.

Saya ni haaaa.. makan macam hape dah. Cuba kawal makan, tapi macam pagi tadi, short depression haa bagai. Pening, rasa gelisah dan nak muntah, bagai-bagai ada. Ya Ampon... memang, sampai rasa nak marah, tau dak. Memang nak marah, ohoiii!!!

Lepastu, makan la nasi goreng soon after my mum keluar dari klinik. Itu pun tak banyak, hahaha... selalunya makan banyak, kalau tak sepenuhnya pinggan memang tak sah oi. Lepastu, mengikut kata-kata ramai fitness guru, seeloknya makan banyak dipagi hari sebab kita akan menggunakan banyak tenaga. Makan banyak itu penting. hahaha...

Jadi, makanlah untuk kehidupan yang sihat...hahahaha..

Assalamualaikum wbt

p/s: ni tengah makan roti canaiii...

Islam agamaku.

Assalamualaikum wbt,

Sungguh dunia tanpa sempadan memberikan isi yang buruk jikalau kita tidak pandai dalam menggunakannya.

Namun, kadang-kala, yang buruk mampu dijadikan kelebihan dalam berbicara dan yang kelebihan mampu menjadi keburukan dapat berkata-kata.

Saya terkejut dengan beberapa insiden yang berlaku akhir-akhir ini, jutawan kosmetik kembali berubah menjadi pondan, artis berhijab kembali membuka hijab dan orang Islam mengaku dirinya Islam mempersoalkan hukum agama Islam. Nauzubillah.

Ingin saya jelaskan, perubahan adalah satu perkara yang amat sukar, amat sukar. Ini kerana, perubahan dari perkara yang kita sering dan selalu buat kepada perkara yang tidak seharusnya kita buat adalah sukar. Subhanalllah, sukar.

Ramai yang menyalahkan Allah, kononnya memberikan Hidayah kepada mereka dalam perjalanan kearah penghijrahan. Allah tidak pernah salah tetapi, kita sebagai hambaNya ini yang selalu berbuat kesilapan.

Teringat kata-kata seorang kawan, Islam itu senang tetapi terpaksa. Iya! memang Islam itu senang dan ia juga adalah memaksa. Kenapa senang? kenapa memaksa? Senang bila kita ikut ajarannya, terpaksa bila kita sambil lewa. Paksa lah diri tutup aurat, paksalah diri jauhkand dari maksiat, paksalah diri baca Al-Quran..paksalah.

Saya sendiri tidak seorang alim yan mampu mengekalkan nilai itu dalam diri namun, tidaklah saya ingin diri dimatikan dalam tidak Islam. Allah!!

Tidaklah saya ingin mengatakan saya baik, tetapi, masing-masing ada ajaran Islam dan masing-masing ada diberikan ilmu tentang agama untuk hidup dalam Islam.

Apakah kita lupa yang kita pernah berjanji di Luhmahfuz?

Assalamualaikum wbt

p/s: mencari agama perlukan kepekakkan, biar diri pekak dari luar jangan pekakkan hati mencari mati Islam.

Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-59 tahun.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? sihat tak? kalau sihat alhamdulillah,

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Tahniah dan semoga apa yang kita kecapi sekarang dapat dikekalkan dan dapat ditingkatkan untuk menjadikan kita sebuah negara yang harmoni, zero bully zone, zero racist zone and negara Malaysia yang bebas dari Pendatang Asing, amin.

Pada pagi tadi, saya menyertai perarakan hari kebangsaan peringkat negeri Pahang di Padang Kemunting, Kuantan. Perarakan yang disertai oleh kontinjen dari pelbagai agensi itu adalah satu tanda aras kebersatuan kita Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Pahang dalam mencapai negara maju.

terdapat pelbagai agensi yang menyertai perbarisan tersebut. Seramai hampir 8000 orang menyertai acara itu. seronok dan amat menggembirakan.

tahniah saya ucapkan kepada yang menang dan kepada kontinjen yang tidak menang, persiapan awal seharusnya diberikan perhatian dan beberapa perubahan perlu jikalau inginkan kemenangan. insyaaAllah.

Jumpa tahun hadapan.

Assalamualaikum wbt

p/s: Sehati Sejiwa mampu dicapai dengan kefahaman antara kita.

Tuesday, August 30, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang ke 59.

Assalamualaikum wbt,

Siapa kata seseorang yang mempunyai pangkat tidak boleh duduk semeja dan bertanya khabar akan anak-anak buahnya???
Itu tidak menjadi sebarang masalah kepada Dato' Seri Shahiruddin bin Hj Abdul Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong juga merangkap Exco Keusahawanan, Koperasj dan Kepenggunaan Kerajaan Negeri Pahang. Dato' Seri adalah seorang yang amat disenangi oleh penduduk Raub.

Dan kami (Kontigen JKKK Raub) berada di Kuantan untuk Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat negeri Pahang yang ke-59 tahun. InsyaAllah, esok awal pagi, kami akan ber-arak di Padang Kemunting, Kuantan. hihuuu..
Assalamualaikum wbt

p/s: Disenangi dan menyenangi.

Saturday, August 27, 2016

Sesi Mengemas Bengkel Jahit Akmall Razlan Atelier

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaa?

alhamdulillah, tadi baru je kemas kedai jahit. letih oiii... berhabuk bagai... rasa nak lelah...

lepas kemas-kemas semua, pindah mesin bagai ke sana, ke sini. Letih gak la... tapi sebab nak nampak bersih dan cantik, kena la bersihkan...

ni ada di Hospital Bentong sebab mak sedara masuk hospital sebab komplikasi pernafasan.

Alhamdulillah, dah sedar dah tapi sekarang masih dalam bilik kecemasan.

Doakan yea.

Assalamualaikum wbt

p/s: mintak yang baik2 sahaja

Happy Birthday Akmall 22081988

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? Sihat ke? Kalau sihat alhamdulillah,

Alhamdulillah, saya baru sahaja menyambut ulangtahun saya dan kembar yang ke 28 tahun. huwaaaaa... dah 28 tahun...awek takde lagikkk...eh? haha.

apa-apa, masih banyak perkara yang saya cuba capai dalam hidup ni. memintaklah saya dapat capainya dengan cara yang terbaik dan berhemah. amin.

dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun, ini, perkara-perkara remeh kadang-kadangnya menjadi penting dan perkara penting menjadi lebih penting. iya la... when we are getting older, things that we need to know are just things that we have to know,,which are everything. apabenda saya cakapkan nihh..

baiklah...sempena besday saya yang ke 28 ni...saya nak ucapkan kepada Akmal Bin Razlan, be brave dan insyaaAllah, banyakkan berdoa kepada Allah SWT  supaya dijinakkan hati dan dimurahkan rezeki dan jangan sekali-kali cuba untuk menyirikkan Allah. Amin

Assalamualaikum wbt

p/s: hidup ke tenang, tapi air tenang jangan sangka tiada kepala air.

haha

Sunday, August 21, 2016

JALAN-JALAN : GUA MUSANG, KELANTAN.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaaaa?

Lama nau tak ke udara ni haaaaaa... sorry yea...maaf, bila komitmen banyak, maka, macamni la... ke sana ke sini... huuuuuu...

sekarang saya berada di Gua Musang sebab ada hal keluarga. Hal keluarga tu lantak la...cuma saya nak tengok Bandar Gua Musang ni, tempat Ku Li ni...haaaa..jangan main-main, veteren UMNO...

Tadi lalu, ikut jalan baru tapi jalan tu berhenti dekat Kubang Rusa... ke apa tah... saya pun tak tau... hahaha... sumpah tak tau... huhuhu... now berada di Bandar Gua Musang ni, memang tak pernah pergi, last masa saya umur 9 tahun rasanyaaaa.. now? hahahahha...dah berapa puluh tahun dah...

Lepastu, ada banyak jugak pembangunan yang ada dibuat di sini..cuma, saya pergi hari Ahad kan, so, maybe laa sebab tu tak banyak kedai buka. maybe la... saya tak tau. huhuhu...

jadi, kang nak balik kang, nak berhenti jugak kat somewhere2, makan or what, tak kisah lah.. janji kenyang. hahahaha...

so, tu je buat masa ni, nanti nak cerita fasal pergi Janda Baik plakkk... hahaha.. saya pergi kebun my friend.

daaaaaaa...

p/s: love can be deceived. trust me.

Saturday, August 6, 2016

Banana Cinnamon Butter Cake with Choc Chips.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? Lewat betul baru dapat update blog, maklumlah sibuk sikit, ke sana, ke sini. Hahaha..

Tadi malam sempat jugak membakar kek. Resepi sendiri... hahaha...

Banana Cinnamon Butter Cake with Choc Chips.

Resepi :

250g butter
200g self rising flour
20g flour
180g brown sugar
5 eggs
Banana flavour essence
Cinnamon powder
choc chips
cocoa powder
baking powder

cara membuat:

panaskan oven 180'c.

pukul butter, gula perang sehingga kembang. masukkan telur, pukul dan masukkan tepung naik sendiri, tepung gandum, baking powder, cocoa powder, cinnamon powder dan banana essence. pukul lagi.

masukkan choc chips dan kacau guna senduk. grease baking tray dengan lebihan butter dan sedikit tepung.

masak sehingga masak. dan agak-agak masak, cucuk guna pencucuk ditengah untuk check masak atau tidak. keluarkan dan kalau suka makan panas-panas, boleh lah.

Jadi, sapa nak cuba, boleh lah. the reason saya guna all brown sugar sebab bila kita bake cake tu, kat tepi-tepi dan bawah tu akan garing dan cam crunchy sikit. dan gabungan choc dan banana and cinnamon, memang sedap! kalau ada chocolate cinnamon ganache lagi sedap agaknya...hahaha..

try la.. mana tau kan..

luv...

Assalamualaikum wbt

p/s: try la weh...sedappp...hahaha..

Tuesday, August 2, 2016

New Bridal Dress by akmallrazlanatelier

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa?

Sihat ke?

Hari ni saya baru je siap satu dress with full corset. Susah jugak buat corset kalau tak betul buatnya.. salah jugak..hahaha..

Saya buat ada jugak la a few mistakes tapi, hehehe...

so...enjoy.

Jangan lupa follow saya di Instagram dan FB Page di akmallrazlanatelier dan dapatkan maklumat lanjut mengenai design terbaru, mostly pakaian wanita yang custome made. Hehe.

Assalamualaikum wbt

p/s: cari rezeki uolss...hee

Sunday, July 31, 2016

Rosmeh : Si Wanita Rajin.

Assalamualaikum wbt,

Selamat Pagi Ahad semuaaa... alhamdulillah, masih bernafas.

Saya ada satu cerita yang hendak di ceritakan.

Rosmeh (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang biasa sahaja, tiada yang istimewa cuma dia adalah seorang wanita yang cukup sifat. Rosmeh adalah seorang yang sangat rajin, dia juga seorang anak yang taat kepada ibu dan bapanya.

Namun, apabila dia meningkat dewasa, mula bercampur gaul dengan orang ramai, perangainya mula berubah. Kerajinannya semakin menjadi-jadi, bukan kerana ikhlas, tetapi kerana nama.

Nama Rosmeh semakin dikenali dek sifatnya yang teramat rajin.

Dek kerana sayang, ibu Rosmeh, Mawar menegur sikapnya itu, 'Meh, janganlah begitu, kamu rajin kerana nama....berubah lah Meh'.

'Mak, Meh rajin salah, kalau Meh malas lagi terok mak, mak, dulu Meh takde kawan pun, sekarang kerana Meh rajin, ramai yang suka dengan Meh, Meh pandai masak, semua suka Meh', bentak Rosmeh.

Mawar terus senyap dan tidak mampu berkata apa-apa.

Semakin hari Rosmeh semakin rajin dan semakin terkenal. Apakah dugaan Rosmeh mendatang? Nantikan sambungannya.

Assalamualaikum wbt

p/s: Rajin membawa padah?

Sunday, July 24, 2016

Membuat Cream Puff/ Choux Pastry di GM Raub.

Assalamualaikum wbt,

Hari ini kursus diteruskan lagi dengan belajar membuat cream puff ataupun, Choux Pastry.

Takde susah sangat nak buat pastry tu, cuma yang susah adalah untuk mendapatkan custard filling yang sedap sebab kadang-kadang custard boleh jadi tak menjadi. Faham tak di situ???

Best betul berkursus dengan Cikgu Julita binti Munab dari GIATMARA RAUB. Mempunyai potensi yang tinggi dan pengalaman yang pelbagai dalam bidang pastry and bakery. Jadi, amat beruntung pelatih-pelatih GIATMARA Raub sekarang ni mempunyai cikgu yang berdedikasi seperti ini. tahniah GM Raub.

Jadi, saya dah belajar buat Pizza dan Cream Puff, insyaaAllah, nanti saya akan cuba buat di rumah... yeay!!!!

Assalamualaikum wbt,

p/s: sementara tu, tengok gambar kkk?

Saturday, July 23, 2016

Miss J menggegar dunia.

Assalamualaikum wbt,

Haaaa... extension dari FB status saya fasal JANDA. Now, bak kata pepatah Zimbabwe,

Jangan dijolok sarang tebuan,
Kelak merana satu badan.

Haaaaa... begini, ye, memang ramai wanita mendapat status J sebab ramai lelaki yang mempunyai nafsu lebih dan wanita tidak ingin bermadu. Ada juga yang kehilangan suami disebabkan kematian. Pada pendapat saya, mereka dipanggil BALU.

Now, ada kawan saya tanya, kenapa ko cakap Ramai Balu Jadi Janda? Iyaaa.... berdasarkan kepada pengalaman sekeliling, ramai Balu jadi Janda dan saya lupa nak tambah, ramai juga Janda jadi Balu. Tetapi, disebabkan segelintir mereka ini yang berbuat perkara-perkara seperti menggedik dengan laki orang, minta duit dengan laki orang, dan ada juga yang cuba menduga dengan ingin berkahwin dengan laki orang. Sapa akan dapat payung Emas tu??? Kan?

Seperti yang saya cakap, tak semua mempunyai perangai macamtu, tak semua, ok, Tak Semua.

Dan ada jugak suami-suami yang gatal. Kadang-kadang si isteri dah buat macam-macam untuk memuaskan hati suami, malangnya, kegatalan dan kemiangan si suami dalam untuk test market adalah tinggi. setinggi gunung everest. nampak?

tapi pokok pangkal, jikalau kita mempunyai Iman yang cukup dan amal yang hebat, insyaaAllah, masalah merebut laki orang ni takkan ada, menggatal dengan janda ni takkan ada, kan?

so, itu je laaaa... perut saya rasa tak berapa selesa lah...

Assalamualaikum wbt

p/s: esok bangun pagi laggiiii

Homemade Hawaiian Pizza. Sedapp!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa? Hari ni baru dapat update blog selepas berminggu lamanyaaaa..

hari ni saya sedang belajar membuat roti. haaaa.. lebih tepat lagi, membuat pizza. Pizza apa? Alaaaa... macam Hawaiian Pizza yang maha gebu dan maha sedap tu.

camne nak buat? ha? awak tanya kita? Alaaaaa... kita baru je belajar, nanti, bila kita dah cuba buat, kita tunjuk kat awak eh... eh? tetiba cakap camtu plak...

anyway, resepi senang je, yang penting nak buat, kalau main-main payah lahhhh... gituuu kannn...

So, ini ada contoh pizza yang telah saya buat. alhamdulillah, balik nanti saya nak panaskan dan baru makannnnn...

Assalamualaikum wbt,

p/s: kenyang wehhh makan roti niii...

Friday, July 15, 2016

Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Ketua Kampung Daerah Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak?

haaaaaa... memandangkan saya ni pemandu kepada ayah saya, haha... Ketua Kampung Jenud, En. Razlan bin Rahmat.

Ini ada majlis mengambil surat lantikan ketua kampung, gituh. Apa-apa pun, saya mengikut je. Hehe.

Bak kata Dato' Shahiruddin, 'Pokoknya jangan ada dendam, berkerja dengan ikhlas'.

haaaaa..nampak tak??? nampak???

so...camtu lah...hehe

p/s: keep hungry, yes?

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Rayau.

Assalamualaikum wbt,

hari ni takde isu yang hendak diperkatakan sebab rata-rata sudah tau apa yang diberitakan oleh stesen tv dan blogger lain.

1.pemanduan gila
2.kekeringan paip air
3.kebodohan manusia

yang last tu, memang selalu ada, kan?

apa-apa pun, hari ni saya nak letak gambar raya je. haha..

Assalamualaikum wbt

p/s: masih rayaaaa..
p/p/s: memang rayau...takde typo.

Sunday, July 10, 2016

Be wise bila memandu.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaa?

Hari ni dah raya ke 5 dan orang ramai sedang bergerak balik dari kampung masing-masing. Ramaii oiiii...ramai betul.

Saya tinggal di sebuah kampung di daerah Raub. Kampung Jenud, dekat dengan Benta. ya Allah, jammednya mengalahkan duduk di Bandar besar hari Jumaat. bayangkan...haha...kan.

lepastu, memang kereta banyak lahaiii...kesian dorang tapi tu la... nak buat camne kan??? terima je la...saya doakan anda penempuh jam semua, jangan ada yang cuba-cuba menggunakan emergency lane, sebab ia lebih bongok dari seekor lembu. got it?

now, saya sekarang berada di bandar raub, menghantar mak sedara saya dan saya pintas ikut jalan cheroh, alhamdulillah, lancar perjalanan. bagi yang tau jalan lembah klau, sila juga ikut sebab itu better dari menempuh bandar raub sebab sekarang ni memang sesak hamat. please, be wise.

itu je la untuk update raya ke 5...maaf la sebab tak dapat nak updata ootd raya..hahaha.. tak banyak bajuu... konsep tahun ni, bersederhana.

Assalamualaikum wbt

p/s: tak sabar nak keluar mini collectionnn...hehe #akmallrazlanatelier

Tuesday, July 5, 2016

KEBAHAGIAN RAUB TERCEMAR DEK PAIP???

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaaaa?

Sihat ke? kalau sihat alhamdulillah... baiklah... hari ni adalah hari terakhir untuk bulan Ramadhan.. maknanyaaaaaaaa... esok adalah hari Rayaaaaaaa...

Esok adalah hari raya pertama...tapi belum lagi...berbuka malam kang baru boleh fikir untuk raya. gituhhh..

bergembira-bergembira juga tapi jngan lupa bagi yang tiada. hmmmm... cakap mengenai bagi yang tiada ni... saya nak cakap fasal bekalan air. Umum tahu bahawa air adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan.

Tetapi, disebabkan beberapa masalah, sumber air bersih ini tidak dapat disalurkan kepada rakyat dengan sebaiknya.

Jadi, terlanjur menulis, saya hendak menulis tentang permasalahan bekalan air yang melanda antara Daerah 'Paling Bahagia' di Malaysia.
Masih bahagia ke?

Baik, jikalau hendak disebut satu persatu masalah yang melanda daerah Raub memang banyak tapii!!  masalah paling Bahagia yang melanda Daerah Raub adalah KETIADAAN BEKALAN AIR BERSIH.

Iyaaaa... kenapa? Entah, saya pun tak tau. Dikatakan Empangan Klau telah siap, loji Kuala Keloi juga susah hampir siap, NAMUN, mungkin itu hanyalah janji-janji mereka yang mempunyai kepentingan dalam bidang-bidang tertentu, kan.

siapa yang jadi mangsa? jika kita ajukan soalan seperti ini, mereka ada jawapan. sentiasa ada jawapan. apa jawapannya? 'Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan anda masa hadapan'.

masalahnyaaaaaa... jikalau masa hadapan samar-samar dalam pemerintahan umat tertentu, apakah cerah mentari untuk anak cucu?

berbalik kepada bekalan air dari PAIP tadi, memang ada mereka yang menghantar bekalan air tapi sudah dua hari person in charge ni tak hantar air. saya malas sebut nama sebab everybody here knows. Dan, my sister dah call this person tapi alasan dia, dia cakap dia cuti semalam, tapi hakikatnya, ada je saya tengok dia bawak lori. ke hantu yang bawak lori tu? hari ni akak saya call lagi, untuk mintak air tapi dia masukkan dalam aduan.

Tadi, saya called pejabat PAIP, saya tanya kenapa takde orang anta air, person in charge cakap, orang yang anta air tu anta air untuk orang yang memerlukan. jadi, kiranya di sini, akak saya tidak memerlukan air la, itu pemikiran mereka. huhuhu...

jadi, saya dah letih dengan PAIP, nak kata tak bayar bill, bayar sangat. Entah la... pelik. PAIP, PAIP,...

dulu masa zaman dedulu, takde masalah pun dengan bekalan air. masa tu zaman JBA, kalau ada masalah pun, cepat je selesai. ini sekarang, lambat bukan main. entah laaaa... pening... hawau..

dah laaaa...kurus pahala puasa.

ni, dah dua tiga kali lori bekalan air lalu. entah apa dorang buat. halal ke tidak gaji dorang... kan?

Assalamualaikum wb

p/s: salam lebaran.

Sunday, July 3, 2016

Semoga Berjumpa Lagi Ya Ramadhan.

Assalamualaikum wbt,

Meniti akhir Ramadhan 2016 ni terasa cepat sangat masa berlalu. Saya tahun ni menjadi tukang jahit sepenuh masa, alhamdulillah, seronok sangat.

Ni masih ada beberapa helai tinggal untuk disudahkan. Hewhewhew...

InsyaaAllah, dalam dua hari lagi siaplah semuanya. Amin.

Tahun ni adalah tahun kedua tetapi ia seperti tahun pertama sebab saya masih lagi mencari rentak dalam membuat pakaian.

Alhamdulillah, tempahan untuk selepas raya sudah ada. Amin, rezeki Allah bagi bila kita redha dengan takdirnya. Amin, Ya Allah.

Jadi, kepada yang nak tempah baju selepas raya, jangan memalu untuk mencuba hasil tangan saya k?

insyaaAllah,,saya selalu mencuba sebaiknya dalam merealisasikan idea pelanggan. hehe...

Assalamualaikum wbt

p/s: Akmall Razlan Atelier

Monday, June 20, 2016

Kutipan Ramadhan itu.

Assalamualaikum wbt,

15 Ramadhan sudah,,tinggal lagi separuh Ramadhan.

hmmmm...

sayu mengenangkan dia akan pergi. moga berjumpa lagi tahun hadapan.

Assalamualaikum wbt

p/s::mengutip cebisan pahala untuk bekalan.

Saturday, June 18, 2016

Salaam Ramadhan 2016.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? eh! tu kenapa tu? macam letih sangat je, baru nak dekat pukul 10 pagi nihhh... janganlah macamtu...jangan letih-letih k?

berpuasa ni bukan izin untuk kita duduk melepak tanpa buat apa-apa, kehidupan seharian kita perlu kita teruskanndengan jayanya. insyaaAllah.

baiklah, seperti mana yang kita semua maklum, semestinya, dalam bulan Ramadhan ini pelbagai peluang boleh kita ambil untuk meneruskan kehidupan kita selepas Ramadhan.

sebagai contoh, kerajinan kita untuk berpuasa. iya, ia adalah perkara wajib bagi umat Islam yang mampu, tapi kita boleh cuba untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu kan? boleh cuba.

Ramadhan ini juga adalah satu platform untuk kita melatih diri supaya menjadi First Class Muslim. Apa itu First Class Muslim? First Class Muslim adalah Muslim yang betul-betul mendalami ajaran Islam tanpa meninggalkan kehidupan dunia. Bermaksud, hidupnya kita di dunia adalah untuk berbahagia di akhirat sana.

Sebagai contoh, kalau kita banyak duit, harta berlebihan, bersedeqah. bersedeqah lah sebab sedeqah menyucikan harta kita. banyak kisah-kisah tauladan dari zaman pada nabi serta sahabat yang mengabdikan diri kepada Islam dengan menyerahkan diri kepada Allah. Alhamdulillah.

Jadi, jikalau kita tidak mampu melakukan semua itu, sedeqah la apa yang patut kepada mereka yang memerlukan. InsyaaAllah, Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Allah Maha Melihat.

Salaam Ramadhan kepada semua pembaca blog saya, insyaaAllah, saya akan cuba update sebanyak mungkin sebab sekarang ni saya agak sibuk dengan tempahan baju raya. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt

p/s: Salaam Ramadhan.

Saturday, June 4, 2016

Happy Birthday Tuanku!

Assalamualaikum wbt,

Sebelum terlambat....

Happy Birthday Tuanku.

p/s: patik hadiahkan doa buat Tuanku supaya Tuanku dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang terbaik. Amin.

Monday, May 30, 2016

Majlis Graduasi GIATMARA Negeri Pahang 2016.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua di pagi Isnin ini..

Hari ini saya berada di Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka. Saya sedang menghadiri Majlis Graduasi Pelatih GIATMARA Pahang.

Acara akan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Krau merangkap Ketua Bahagian Umno Kuala Krau.

More to come untuk updates.

Assalamualaikum wbt

p/s: menantikan Jemputan Kehormat.

Saturday, May 28, 2016

Selamat Datang Ke Raub!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar?

Saya nak ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar UiTM Raub yang telah mendaftar di UiTM Raub.


Kepada adik-adik pelajar, belajar dengan bersungguh-sungguh, nak main boleh, tapi please, fokuskan lebih kepada pelajaran, I know, there will be students who trying to be 'university students' but please, do not be culture shock with the new environment. If you were coming from schools, the differences with university are system, clothes, and you have to wear matrix card all the way.

Now, bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Trust me, i know and some might know it as well.

Jadi, good luck and do not be culture shock with your new surroundings.

and!

Welcome to Raub!

Assalamualaikum WBT

p/s: kalau jejumpa, say Hi k?

Friday, May 27, 2016

Tolong Ikut Peraturan Jalanraya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua?

Haaaaaa.. ni baru haa rasa dapat update guna komputer. Rasa nyaman sekali... hahaha...

Baiklah, sekarang ini, ramai pemandu yang bermasalah berada di atas jalan raya. Yang memintas di double line, beruk-beruk menggunakan lorong kecemasan, bongok apa?

Now, sebagai seorang yang memang mengikut peraturan jalan raya, saya amat mengutuk keras perilaku mereka yang memandu secara bongok ni. Ibarat kata, mereka tidak tau apa itu peraturan jalan raya.

Nak kata, dorang nak cepat ke destinasi tetap sama, cuma hanya dapat melambatkan perjalanan orang lain. Bukanlah nak kata saya tidak pernah melanggar peraturan, cuma, takde lah pernah sampai menyebabkan kemalangan kan. Please lah...

DAN!!!

Lagi satu, bagi mereka yang susah sangat nak bagi SIGNAL bila masuk or keluar simpang, please lah. Ubahlah perangai tersebut, bukannya susah pun. DAN!! kalau dah nampak jelas terpampang orang nak masuk, tugas kita sebagai orang yang berada di belakang kereta yang memberi signal nak masuk ke kanan, KITA ni kena bagi signal ke KIRI untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Kita semua kan dah amik lesen, so, bertindaklah sebagai orang yang ada lesen dan pandai memandu kereta. SUSAH SANGAT KE?

tu je la bebelan di petang ini...

Assalamualaikum WBT

p/s: mengantukkkk...

Saturday, May 21, 2016

Malulah Weiii!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? Salam Sabtu...eh? semua orang muda mudi sekarang sibuk ke sana sini untuk enjoy kan...

Janganlah enjoy sangat adik-adik dan abang-abang, maklumlah, ekonomi sekarang ni bukanlah ditahap yang paling bagus, simpan sikit. Dont be too hasty, Ok?

Baik, tadi saya pergi ke Pasar Malam Benta dan amat terkejut apabila ada dua ekor mak cik dan seekor remaja wanita bergaduh, bercakaran dan berkelahi ibarat dapat drama. Ya Allahh, nak ikutkan hati nak je tolak kedua-duanya macam dalam ragbi tu... tapi tu la... nasib baik ada abang yang jual burger ke apa, entah, tapi dia lah yan meleraikan pergaduhan dua ekor mak cik tu... malunyaaaaa.. dua-dua dah tua... bergaduh pulak time ramai orang ke pasar... katanya bergaduh sebab hal keluarga. Siap bertarik rambut, ya Allahhh...

entah kenapa but not a good spot to bergaduh. Haha.. but it was their choice kan... kalau tak takde la nak bergaduh, bertikam mulut bagai. Btw, yang bergaduh tu kedua-duanya orang kelantan. Saje nak bagi tau... kot la sapa yang bertanya dalam hati kan?

but anyways, be good and be kind. kalau cannot be one, dont stop people from being one, okay?

Assalamualaikum wbt

p/s: nak tengok Anugerah Seri Angkasa 2016 jap lagiii...

Tuesday, May 17, 2016

Berkatalah yang elok.

Assalamualaikum wbt,

Okay... semua orang ada sosial media... tak kisah la FB ke, IG ke.. twitter ke.. atau semuanyaaaa...

baik, dalam bersosial media, memang orang kata,

'ala.. biarlah aku nak cakap apa pun, freedom of speech'.

hahaha... so called kan.. pada saya in terms of the way u comment well, it really depends on you... tapi takde la macam mengeji dan mengutuk adalah 'halal', u know.

NO. Pada saya, kita semua dibesarkan dalam keadaan yang baik, insyaaAllah. Kalau jahat macamne pun, kita tetap akan ada sedikit kebaikan.

Dan, kita kena tahu diri kita sendiri. Yes, kita boleh komen dengan menggunakan sarcasm, tetapi not everyone can understand sarcasm kan... so better comment yg baik2 je...but kalau nak komen menegur, better guna perkataan yang neutral. dan takde la nampak cam too negative.

jadi, be kind to others. Please. Kalau kita nak komen yang jahat, ingat! kalau kita yang dapat komen tu.. huuuu...  taknak kan?

sooo... ingat k?

Assalamualaikum wbt

p/s: Everybody say Love!

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru!!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? Sihat tak?

Baik, hari ini adalah hari guru. Siapa guru anda? Ucapkanlah selamat hari guru kepada mereka dan let them know that we love them.

Guru adalah mereka yang mengajar kita. mereka tidak semestinya berada di sekolah tetapi mereka adalah individu yang bertanggungjawab membentuk kita untuk menjadi lebih baik.

Yes, ibu bapa ada guru, guru sekolah adalah guru, rakan adalah guru, mak cik kantin adalah guru, tukang sapu adalah guru, supervisor, boss, tukang kebun, adik-beradik dan ramai lagi, selagi mana kita belajar sesuatu mereka. Yes, do not discriminate, ok?

Now, being a teacher is not easy. It is not. I have been once, well, not once, its like quite a number of times actually. Haha, once a teacher, always a teacher. The panggilan sticks to you forever. Yes, trust.

tapi apa-apa pun, guru adalah mereka yang berkorban untuk gaji dan pelajar-pelajarnya. Susah oiii...ingat senang. korang ingat gaji dorang cukup ke? hehe..JK...tapi, takpe, insyaaAllah, segala kebaikan akan dibalas Allah, amin.

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum wbt.

p/s: laparrrrr

Saturday, May 7, 2016

Cerita Ayah dan Mak.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? hari ni hari Ahad yang sungguh indah dan syukur kepada Allah, sudah dua hari kawasan kami ni hujan lebat. Alhamdulillah.

Empangan pun sudah mula menunjukkan peningkatan dalam paras air. Di tempat saya ni ada empangan yang orang dulu-dulu buat untuk mengairi kawasan paya yang ada semasa musim padi, tapi sekarang sudah takde. Takde orang yang hendak mengusahakannya. Kalau tidak boleh makan padi huma. Sedap berasnya.

Baiklah, aritu saya ada duduk-duduk dengan mak dan ayah saya dan dorang menceritakan fasal kali pertama mereka makan ikan laut (bawal). Their faces memang priceless sebab it showed their sincerity in telling me their stories.

Ikan bawal tersebut dibawa oleh seorang bapa saudara ayah saya yang bekerja di Kuantan sebagai askar. saya tak pasti berapa ekor tapi mak dan ayah saya cakap, ikan tu memang sedap. Iya la... first time makan ikan laut kan... no kidding la.

so, nak cakapnya, we are all have out first time, its either good or bad. That's all.

Seronok dengar cerita my dad and mum. From others? no so much maybe sebab respect kot. I respect my dad and my mum more than anyone else. trust me. i am that kibd of person. haha...

Assalamualaikum wbt.

p/s: nanti saya cerita cerita lain pulak yea.

Saturday, April 23, 2016

Majlis Pelancaran Penyuburan Budaya Masyarakat Perniagaan dan Keusahawanan Pahang 2016.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuaaa? Sihat tak?

Haaa...hari ni saya berada di Majlis Pelancaran Penyuburan Budaya Masyarakat Perniagaan dan Keusahawanan Pahang 2016 dan ia akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inbillah.

Jadi, memandangkan saya seorang Usahawan GIATMARA Raub.. makanyaaaa.. saya diberikan kepercayaan untuk meletakkan barangan hasilan saya.

ha laaaa.. saya letak apa yang saya ada. Korang tengok gambar tu k?

Assalamualaikum wbt

p/s:  hehe..malu gak duduk kat booth tapi..biarlah..haha..

Wednesday, April 20, 2016

Nasi Arab Raub! Original Nasi Arab.

Assalamualaikum wbt,

Siapa pernah makan nasi Arab?

Well, saya pernah BUAT nasi arab sekali...and it tasted quite good tapi lepas tu malas dah sebab memang bukan makanan saya. saya selalu makan nasi putih je...hahaha...

Jadi, nak dijadikan cerita, saya makan nasi Arab di GM Raub sebab dorang ada meeting. So... memang sedap.

Jadi, saya tanyalah kedai mana yang menyediakan nasi Arab yang sedap ni. *well, yang buat bukan orang Arab...tapi Arab Kelantan.. hahaha.. takde la...orang Kelantan punya kedai ni...so...kepada orang Kelantan yang lalu di Bandar Raub, jangan malu-malu singgah di sebuah kedai baru di berhadapan dengan LHDN baru tu...ada simpang situ...masuk je sebab kedai dorang kat bangunan baru tu.

kalau tak silap Perfect Catering dan mereka menyediakan Nasi Arab Original. tapi apa-apa pun, memang sedap. Tak tau la sejauh mana original yang dikhabarkan...tapi pada tekak saya, boleh makan laaa...sebab kalau yang betul2 original tu...penuh dengan rempah ratus kan? so, yang ni dah di Melayu Kelantankan sikittt...haha...

Apa-apa pun, memang sedapp...

Datang k? Jangan tak datanggggggg...

Assalamualaikum wbt

p/s: kita bungkus jeeee.. makan kat rumah dengan le familia

Saturday, April 16, 2016

Yes! Saya adalah Tukang Jahit.

Assalamualaikum wbt,

Mungkin ramai yang tak tau lagi kot yang saya juga adalah tukang jahit. hahaha... yesss... saya menjahit...mostly pakaian wanita.

Saya menjahit even after menjadi pelatih GIATMARA Raub dan lepas tu saya menjahit untuk mencari rezeki. Alhamdulillah, seronok.

Sekarang saya cuba menjahit pelbagai jenis baju dan alhamdulillah, menjadi. hehe.. lastest saya ada jahit satu long gaun ni. Untuk mannequin.

tetiba la kan...korang semua nak mencuba jahitan saya, bolehlah menghantarkan Whatsapp di 013-9265385 atau email saya di akmallralzan@gmail.com atau search IG saya di akmallrazlanatelier dan follow saya for more information.

saya akan cuba penuhi permintaan anda.

Assalamualaikum

p/s: tengok gambar eh...hehe

Friday, April 15, 2016

Saya Sayang GIATMARA RAUB.

Assalamualaikum wbt,

Hieeeeee!! *my new trademark...thanks Alaska. hahahahaha....

Now, all know yang saya memang bergiat rapat dengan GIATMARA RAUB dan saya amat menyayangi GIATMARA RAUB sebab ia telah memberi saya banyak ilmu, bantuan serta pengalaman yang memang amat membantu saya dalam perniagaaan.

Sejak 2013, saya mendaftar sebagai seorang pelatih di GIATMARA Raub yang lama dan sehingga sekarang, saya masih lagi kerap ke GIATMARA Raub dan sudah di tempat yang baru, suasana yang baru dan ada cikgu-cikgu baru. Seronok. I really wish I could be a part of the family, quite broken but manageable. hahahaha... Family, biasalah kan...

Saya juga adalah bekas Setiausaha BPP Sesi 1/2013. It was fun and we manage to do a lot of events. Yes, amazing 6 months indeed.

Memandangkan saya sering berada di GIATMARA RAUB yang baru ni, saya juga adalah seorang guru Bahasa Inggeris untuk program PKPV, satu program yang amat bagus untuk mereka yang sertainya.

Para pelatih BPP sekarang Sesi 1/2016 juga selalu bertanyakan perkara yang boleh dijadikan petunjuk untuk mereka dalam memacu BPP *Badan Perwakilan Pelatih. Terutamanya, Pengerusi BPP, Hisham. Dia sering juga bertanyakan pengalaman saya dan cikgu Mail dan a few others said that my sesi was the best sesi ever. Takde lagi sesi yang mampu challenge my sesi. Katanya...hahaha...

Then, I accidently heard that ada Biro-biro dalam BPP meletakan jawatan dan the other dalam satu course ni tak nak join sebab sibuk. Well, situ saya dah rasa macam... What the heck? ... kenapa? when i was a pelatih, we have nothing. kami takde tempat yang menarik, atap kami belajar selalu bocor, kami takde tempat yang berkumpul kalau hari panas, kami takde tandas yang menarik but what we have is kerjasama. Kenapa? Kerjasama adalah perkara yang paling seronok, be kind to other people, others work hard too. Orang lain pun kerja keras for that kerjasama.

Now, itu pelatih, masa saya dulu, i had this one teacher yang selalu keluar sebab selalu ada hal. It was quite... intense. Kenapa? we really want to learn and she wasn't there for us. Too bad kan? Now she is a successful businesswoman. Congratulations.

Orang kata, cikgu-cikgu adalah penggerak dan pada saya tugas hakiki sebagai seorang cikgu adalah menjadi pengajar. Itu tugas hakiki, dan tugasan pelajar adalah belajar. Its a give and take session. But, in GIATMARA is quite different, why? Because its an everyday rotation, I mean, ia adalah satu process yang setiap hari. Maksudnya, dari pagi sampai petang. Ia agak memenatkan tapi its a good process. Ia process yang menyeronokkan dan to me, sebagai seorang pelatih dan seorang S/U, workload is different. Its more like extra workload but I managed to get it done. At first, it was hard but heyy.. I can do it. I did it.

Janganlah jadikan memegang sesuatu jawatan dalam sesuatu badan or persatuan membuatkan kerja tertangguh. Bukan apa, it will be veru useful untuk masa yang akan datang.

Berapa ramai pelatih yang BUKAN dalam BPP yang menjadi perhatian dan diingati? Not many dear..not many. Susah sekarang, tapi ingat, masa depan yang kita hendakkan bantuan dari GIATMARA. Itu je, it is also a give and take process. U give ur all now, a few months after that, u will get it back. Trust me.

terpanjang pulak. bukan apa, GIATMARA RAUB is very near to my heart and to not see these pelatih, to give their all like we did before, menyakitka hati saya..its more like too sad to see that. Kesian.

Give cooperation.

Assalamualaikum wbt

p/s: feel free to ask me anything. haha

Tuesday, April 5, 2016

New Channel GO ASEAN!

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar? Sihat?

Baiklah...sapa pernah tengok new channel kt Astro... Go ASEAN. Best betul channel tu...

ni memang pure travel...memang pure. takde iklan cam TLC ke apa.. memang best...

so...kepada yang nak berjalan ke negara ASEAN, boleh lahhh tengok GO ASEAN... ok?

Assalamualaikum wbt

p/s: lunch jommm

Monday, April 4, 2016

Jom Undi Ben Ashaari for APO 2016.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak? maaflah lama tak mengupdate tulisan di sini..

adoi..entah...rasa macam ketandusan idea jeee... tak tau kenapa... kekadang ada idea... banyak la benda lain terjadi...macam-macam tau dak...

ni saya nak ucapkan tahniah kepada Abang Ben dari Ben Ashaari dot com yang berjaya meloloskan diri dalam top 5 APO. Jadi, jom kita undi Mr Mama yang Sado ni. ok?

Kita buktikan yang menjadi fulltime blogger and self employed is also a job. a meaningful job that pays the bills. InsyaAllah, ada rezeki abang Ben akan menang. Amin.

jadi, kepada blogger yang ingin melihat abang Ben menang, jangan lupa undi k?

Assalamualaikum wbt.

p/s: undi...

Thursday, March 17, 2016

Pusat Terapi Bekam HaNa, Raub.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar warga blogger sekalian serta pembaca blog saya yang ala-ala kosong bersawangan ni haaaa....? sihat ke?

Alhamdulillah, semalam saya buat bekam di kedua-dua belah kaki dan disebabkan kali pertama dahulu, pada awal bulan 1 or 2 aritu, saya telah berbekam dan kesannya amat memberangsangkan, jadi, saya memutuskan untuk berbekam buat kali ke dua. yeah!!

memula saya mencari-cari juga, sapa yang buat perkhidmatan berbekam ni, cari punya cari, terjumpalah satu perkhidmatan bekam yang dibuat oleh seorang anak muda dari daerah Raub juga.

Perkhidmatan tersebut diberi nama, Pusat Terapi Bekam HaNa. well, HaNa tu gabungan nama dia dengan isteri dia gamaknya...well, tapi kalau dalam bahasa Jepun, Hana tu maksudnya bunga.

Jadi, kepada yang berada di area Raub, Lipis, Bentong yang hendak mencuba khidmat bekam HaNa ni, like di FB dengan nama Pusat Terapi Bekam HaNa dan nama yang sama di akaun Instagram, ok?

Assalamualaikum wbt

p/s: nanti nak buat lagi...untuk rawat resdung pulak..

Wednesday, March 16, 2016

Sekolah Menengah Kebangsaan Sega, Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar anda semua? Baiklah... ni nak cerita sikit fasal infrastruktur baru yang sedang di bina di Tapak Rizab Haiwan Kampung Jenud dan sekarang ia telah digunakan bagi mendirikan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Sega.

Iya, tapak tersebut adalah dalam kawasan Kampung Jenud. well, bagi yang ingorant sangat kan..hehehe...

Tapi iya la...

Nak dijadikan cerita, ayah saya sebagai ketua Kampung Jenud ada memaklumkan kepada saya bahawa rancangan untuk membuat sekolab tersebut telah dimaklumkan oleh seorang yang berpangkat jugak la kepadanya.

tapi apa-apa pun, sebenarnya ayah saya ingin mencari pemaju untuk membuat tapak perumahan untuk kawasan tersebut. tapi tu la.. takde rezeki, dapat la sekolah menengah.

so.. kepada yang mungkin tidak tahu, sekali lagi ditegaskan bahawa, Sekolah Menengah Kebangsaan Sega adalah dibina di dalam kawasan Kampung Jenud. sekian, harap maklum.

Assalamualaikum wbt

p/s: seronok?

Sunday, March 13, 2016

Minumlah Air Masak Untuk Kekal Sihat.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Semua mesti rasa kurang sihat kan? iya la sebab sekarang ni kan musim El Nino...yang memang panas.

Petang semalam saya rasa adalah cuaca yang paling panas sekali. Saya rasa macam nak pengsan. Terlampau panas.

Kalau nak diingatkan semalam, saya minum air lebih daripada 2 liter rasanya. Memang panasss dan saya hingga rasa nak muntah sebab minum air.

Memang la minum air masak tapi bila kita minum sekali banyak terus memang rasa nak muntah. hahaha.. tapi lepasni tak dah la.. saya akan minum sikit-sikit supaya rasa nak muntah tu takde. hahaha... boleh camtu? boleh je kan?

Tapi apa-apa pun, air memang penting untuk mengekalkan hidrasi badan kita, kalau badan kita kurang air, maka, badan kita akan rasa lemah dan kurang bertenaga dan kita akan menjadi lesu. Oleh itu, minumlah air untuk memastikan badan kita dalam keadaan terbaik dan kekal hidrasi. Ok?

Assalamualaikum wbt

p/s: Minumlah air masak untuk kesihatan diri dan kuwusss... hehe

Thursday, March 10, 2016

Happy Sunday..

Assalamualaikum wbt,

Ada beberapa orang sering mengajukan soalan kepada saya,

'Eh...awak buat apa sekarang ni? Tak kerja ke? Kawan-kawan mesti ramai yang berkerja besar kan?'

Kalau dulu-dulu soalan ni diajukan kepada saya, saya ada juga rasa sedih, iya la...rezeki Allag atur adalah berbeza.

Tapi sekarang ni, maybe sebab they were tired of asking the same stupid question, maybe la..hahaha.. saya pun kadang-kadang senyum je. Nak buat camne kan? Saya tetap ada sumber saya, tapi tidaklah masuk tiap bulan macam orang lain. :)

Tapi apa-apa pun, pesanan saya untuk bakal lepasan ijazah dan sewaktu dengannya, carilah ilmu dan selepas cari ilmu, carilah jalan untuk praktikkan ilmu yang awak ada. Bukan apa, boleh awak nak mencari kerja tapi kalau rezeki Allah aturkan kepada awak cepat dan awak dapat kerja, pergi lah... seperti saya cakap tadi, rezeki Allah kepada hambaNya, berbeza-beza.

Jadi, apa-apa pun, jadikan setiap cerita dalam apa-apa media sosial sebagai cabaran dan pengajaran. Cerita saya ni pon boleh awak ambil iktibar, kan? hehehe...

So, best of luck everyone. We need it in these times.

Assalamualaikum wbt

p/s: kalau belajar, teruskan dan kalau nak kerja, teruskan. ok?

Educating People.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat ke tidak? Baru last entry fasal bekalan Air. Tadi ada dah berita di TV fasal kekurangan bekalan air mentah di empangan-empangan serta tempat tadahan air. Apakah ini?

Can't we not consider about the solution such as pembenihan awan? Tahun lepas dah nak ujung-ujung baru buat pembenihan awan. Hmmm...

Dengan pelbagai jenis permasalah yang ada sekarang ini, macam-macam masalah ditambah bagi menduga manusia. kenapa? sebab yang buat rosak pun manusia, so, manusialah juga yang akan selesaikan. Padan muka manusia, kesian manusia.

Now, untuk entry kali ini, saya taknak tulis much tapi apa-apa pun, semua tahu yang saya ada 1 lagi blog yang memang saya nak sangat sambung menulis tapi malangnya, saya memang kena ada internet connection yang cukup, dan ia kena ada perancangan khusus sebab ia berkaitan dengan pembelajaran.

the other blog tu saya tulis fasal English language as a whole dan saya fokuskan kepada pembelajaran bahasa inggeris sekolah menengah and also literature components. seronok menulis fasal tu, tapi really need proper writing, sebab tu payah sikit tu...huuu...

so, saya akan cuba cari masa untuk buatnya sebab the responses saya dapat from readers memang overwhelming.

Jadi, nantikannya k?

tu je la kottt...hehe..

Assalamualaikum wbt

p/s: makan jooommm

Jimatlah Air!

Assalamualaikum wbt,

Tatkala kita dilanda fenomena El Nino ini? setiap tahun kita diberikan cabaran seperti ini dan ada sesetengah daripada kita masih berasa selesa dengan apa yang sedang berlaku. Mungkin pada mereka ia adalah biasa.

Saya duduk di kawasan Raub tapi kampung saya berada di hujung sempadan Daerah Raub dan Daerah Lipis. Area kami agak pedalaman, agaklah. Dan ada sesetengah daripada kawasan kampung kami yang tidak mendapat bekalan air dari PAIP.

Ada sesetengah orang kata yang saya ni over sebab cakap hal ini di sana sini. Meh nak bagitau, tau tak yang kenapa keperluan asas dipanggil keperluan asas. Keperluan Asas dipanggil keperluan asas adalah kerana ia adalah satu keperluan. Perkara yang wajib ada dalam kehidupan seharian sekarang ini.

Ada yang menentang bila saya letak perkara-perkara seperti ini di dalam blog PERIBADI tulisan saya. Hmmm...saya bukan memburuk-burukkan sesiapa cuma saya menyatakan benda yang semua orang tahu. Kenapa? Banyak komplen yang saya dengar, rata-rata mengatakan bila JBA ditukarkan ke PAIP, perkhidmatan mereka semakin kurang effisien. Rata-rata melihat yang mereka memang melebihkan keuntungan daripada kebajikan. Well, kita semua tahu yang apabila sesebuah organisasi diswastakan, its either menjadi lebih baik atau lebih teruk.

In this matter, PAIP bukanlah terlampau teruk, tetapi penambahbaikan amatlah perlu bagi memperbaiki imej mereka sebagai sebuah institusi swasta yang membekalkan perkhidmatan air kepada rakyat. Kenapa? Sebab sekarang ini, kami adalah pelanggan dan adat membeli, kami sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri kami dan keluarga. Don't you think so?

Jadi, apa-apa pun jangan cuba memfitnah saya dengan apa yang awak dengar, bukan apa, kadang-kadang, takut backfire you je. haha..

Assalamualaikum wbt

p/s: gunakan kepentingan untuk kepentingan bersama. peace.

Tuesday, March 8, 2016

GOUT? Berbekamlah.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua pembaca blog sekalian? Semoga semuanya dalam keadaan sihat belaka.

Baiklah, saya amat ingin berkongsi satu keajaiban yang saya sendiri amat syukuri. Apakah ia?

Lebih kurang 1 tahun kebelakangan ini, saya mendapat satu ujian daripada Allag swt yang berat. Sampaikan saya tidak boleh nak melakukan kerja-kerja berat dan makan pun saya kena berpantang. Apakah ia? GOUT. Iya, gout. Saya dapat gout yang memang amat menyakitkan, sehinggakan saya nak berjalan pun susah.

Namun, dua bulan kebelakang ini, saya diberikan satu penyelesaian oleh Allah SWT. Baik, ceritanya begini, sejak bulan 11 2015 lepas, saya berpantang makan dan saya mula tidak mengambil beberapa jenis pantangan bagi mereka yang menghidap gout. Ikan bilis, budu, belacan, semua itu memang saya tidak makan, namun, selepas 1 bulan lepas, saya makan semula. Kenapa?

Ia kerana, seolah-olah gout saya sudah hilang. Apakah rawatan yan menyebabkan gout saya seolah-olah hilang? Ini adalah satu rawatan tradisional yang dimodenkan. Ia adalah Berbekam.

Saya amat bersyukur kepada Allag SWT kerana diberanikan diri dan dicukupkan duit untuk berbekam. Ia amatlah perancangan Allah yang amat sempurna. Subhanallah. Jika diingatkan hari tersebut, saya ada RM100 cash dan orang yang datang tu memang agak mahal rawatannya. Tapi takpe lah yang tu kan...

Ketika itu saya berada di GM Raub sebab ia adalah hari yang saya mengajar tuition di situ. Selepas itu, sejurus sahaja saya berbekam, keesokkan harinya, saya rasa kaki saya, bengkaknya sudah surut. Selalunya, kaki saya sebelah kanan, memang tak hilang bengkaknya. Ia selalu sahaja membengkak. Tak sakit pun bengkak, kalau sakit apatah lagi.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari, saya dapat membengkokkan kaki saya untuk tahiyyat akhir. bayangkanlah, selepas lebih kurang 2 tahun saya tidak dapat membengkokkan kaki untuk tahiyyat. Subhanallah. Saya amat bersyukur pada Mu Ya Allah.

Oleh itu, inilah nasihat saya, kepada ahli keluarga, sahabat handai, orang tersayang atau sesiapa sahaja yang menghidap gout, tolonglah. tolonglah cuba rawatan berbekam. pergilah cari tempat berbekam. carilah, semoga ia mampu menyedut bisa yang ada terbentuk di dalam sendi-sendi kita. Gout ini selalunya menyerang golongan lelaki.

Tolonglah, carilah tempat berbekam supaya kita sama-sama boleh hidup dengan sejahtera. Cubalah.

Assalamualaikum wbt

p/s: saya sudah mencuba, dan berbekam bukan hanya untuk gout, ia mampu pelbagai jenis penyakit.

Sunday, March 6, 2016

Penghidupan yang Masih Belum Sempurna.

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh tak update tulisan pepanjang kan? Tu la..kadang ada idea, takde masa. Ada masa takde internet, ada internet, takde idea. macamtu la selalunya.

tapi untuk kali ini, saya nak tulis lepas tu save draft, biar, bila ada masa baru publishkan.

sapa pernah rasa down yang amat sangat sampaikan nak buat apa-apa pun, rasa macam tak boleh. langsung. hmmmm...saya pernah. kadang-kadang bila kita rasa kehidupan kita tidak mencukupi sebab diri kita sendiri yang compare-kan dengan kehidupan orang lain, itu menjadi satu masalah yang amat kompleks.

baiklah, kehidupan adalah satu perkara yang amat ajaib, kenapa? sebab ia dilalui oleh individu itu sendiri. setiap orang ada kehidupan mereka sendiri. biarpun sudah berkahwin, perjalanan itu tetap sendiri sebab walaupun berkongsi hidup, tidak semua perkara mampu diselesaikan bersama. tapi itu adalah pandangan saya.

kehidupan juga adalah satu yang kadang-kadang adil, kadang-kadang kejam, kadang-kadang ia menyesakkan. kenapa adil? kenapa kejam? dan kenapa menyesakkan? itu la kehidupan. simpulan bahasa Bahasa Melayu ada menyebut tentang kehidupan adalah Asam Garam Kehidupan, Pahit Manis Kehidupan. Nampak tak?

Kehidupan ni ibarat gulai, kari, masakan. Tanpa asam,  tanpa garam, masakan kita jadi tak sedap. ia juga seperti kopi, macam dalam ceria Ahmad Albab.

Kopi takde gula. Roti takde garam.

Sedap? tak kan?

jadi...apa-apa pun, kehidupan adalah tugas setiap manusia untuk dilalui dan dihayati. jangan risau jikalau kehidupan kita tidak sesempurna orang lain. teruskan usaha dan berdoa untuk memperbaiki kehidupan kita. insyaaAllah, Allah Maha Mendengar. Usaha, Doa dan Tawakal, jangan lupa berdoa kepada Allah. bagitau Dia yang kita perlukanNya dalam hidup kita. insyaaAllah, Dia selalu mendengar keluhan hambaNya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: carilah Dia dikala gembira,sedih, sunyi, dan sebagainya. Dia mampu mengubat kedukaan.

Wednesday, February 24, 2016

Jom Belajar di GIATMARA Raub!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Salam Rabu kepada semua pembaca.

Saya tengok update dari Abang Ben dan KBBA...wahhh!!!! bestnyaaaa.. dorang pergi National Forest yang kat Pahang tu...kita ni ada banyak taman negara..but yang paling famous kat Kuala Tahan tu la...

Ingat nak pergi jugak la nanti...hmmmm...

Baiklah, pagi ni saya nak update fasal GIATMARA Raub yang sudah meningkat maju. Semalam saya sempat menjenguk proses pembelajaran pembuatan Puff Pastry. Kelihatan senang, tapi susah gila. hahaha... jenuh mak nak.

tu tengok baru...bukan cuba buat..makan of course la... hahaha.. sedap...rasa macam makan di kedai pastry...

nanti saya kongsikan resepi eh...inshaaAllah.

Saturday, February 20, 2016

Raub Night Bazaar 2016.

Assalamualaikum wbt,

haaaa...apa khabar semua? sihat?
malam ni malam minggu, so...saya ni kononnya pergi la ke KL..then balik dari KL, saya menyinggah di Bazaar Raub...

saya beli buah tembikai je...tapi my nephews beli Coffee Bag Raub. Coffee bag ni special, dia cam minuman starbucks tapi affordable and banyak pilihan yang mengikut kesukaan memasing. *over sangat ke saya ni????

tapi apa pun, bagi yang tak sempat nak pergi kat Bazaar Raub ni, boleh lah ke depan bulatan Hospital Raub, kat situ pun dorang ada.

have fun.

Assalamualaikum wbt

p/s: letih ni uolsss..

Tuesday, February 16, 2016

Sibuk Amat Saya Niiii...

Assalamualaikum wbt...

orang kata, bila sibuk ni...masa nak lagha2 pun tak sempat. tapi tu la..biarpun tak official but apa yang saya buat tu memang berbaloi sebab pengalaman saya dapat dan saya dapat kawan dan yang paling penting... saya dibayar. hahaha..

nampak? nampak betapa sibuknya saya.

bila saya tengok balik, saya juga adalah unofficial media person for blog GM Raub which memang simple, sebab memang baru je buat then material agak terhad sebab saya pon ada kerja lain. as I mentioned, unofficial. hahaha... so kalau unofficial ni, macamtu lah... but I always give my very bestest *such word exists? in what ever I am doing.

seronok buat kerja ni. disamping saya dapat pengalaman saya juga dapat berkenalan dengan orang lain. memang best.

ni pun saya update blog GM Raub ni after kerja selesai. hehe... boleh je update waktu kerja tu...tapi tu la..tak sempat.

so, lawatilah blog GM Raub di http://giatmararauh.blogspot.com dan komenlah untuk memeriahkan lagi blog tersebut.

dan kepada bekas-bekas pelatih GM Raub yang mungkin ingin mengiklankan perniagaan mereka, email saya pun boleh di akmallralzan@gmail.com dan kita boleh bincang untuk kebaikan bersama. ok?

jangan lupa lawati blog GM Raub.

Assalamualaikum wbt

p/s: baru lepas balik. haha

Wednesday, January 27, 2016

Melawat Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat tak? Mesti semua sihat kan? Kalau sihat, alhamdulillah, bagus lah...

Now, hari ni saya sempat melawat kawasan kampung sebab ada beberapa projek orang kampung seperti Tanam Semula Berkelompok, ada yg nak cari batu tanda geran...

Macam ketua kampung da saya ni ha...ke situ...ke sini.. sampai hal sendiri pun tak sempat nak buat...huuuwaaaa... mampos laaaa...

So.. tu je la kot untuk kali ni... jap lagi nak berkuih pulak...nak goreng mee..nak jual. Nampak? Patutnya pagi ni tadi, saya potong kain untuk baju...tuptup..ada hal... pening betul.

Peningggg...

Assalamualaikum wbt

P/s: penat dan pening dan letih.

Friday, January 22, 2016

Pekan Cina Benta, Lipis.

Assalamualaikum wbt...

Saya berada di Pekan Cina Benta. Kenapa pekan cina? sebab ramai kaum cina yang berniaga... betul.

bukan racist...tapi memang macamtu...memang pekan Jumaat ni terkenal dengan nama camtu...

orang Melayu pon biasa je.. beli je.. apa salahnya...hahaha

enjoice.

salam.

p/s: tak lama cny dah..

Thursday, January 7, 2016

Barut Baby by Akmall Razlan Atelier

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? sihat tak?

baiklah... hari ni saya nak post fasal perniagaan yang dah lama saya jalankan.

iaitu kedai jahitan. orang selalu ingat menjahit ni satu perkara yang susah tapi hakikatnya, ia susah berpada. kadang-kadang susah berlampau sebab tak tau cara nak buat tapi bila da tau cara nak buat sesuatu, ia dah jadi senang.

jadi, selain menjahit baju saya juga baru menceburi bidang jahitan Barut Baby. saya jual ikut set, 1 set ada 5 keping = RM40 dan tambah postage fee RM10 dan baki saya akan letak dalam parcel sekali.

Kain yang saya gunakan adalah berkualiti.

jadi, kepada yang ingin menempah barut baby, bolehlah Whatsapp saya di 013-9265385. ok?

Assalamualaikum wbt