Nuffnang Ads

Tuesday, March 8, 2016

GOUT? Berbekamlah.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua pembaca blog sekalian? Semoga semuanya dalam keadaan sihat belaka.

Baiklah, saya amat ingin berkongsi satu keajaiban yang saya sendiri amat syukuri. Apakah ia?

Lebih kurang 1 tahun kebelakangan ini, saya mendapat satu ujian daripada Allag swt yang berat. Sampaikan saya tidak boleh nak melakukan kerja-kerja berat dan makan pun saya kena berpantang. Apakah ia? GOUT. Iya, gout. Saya dapat gout yang memang amat menyakitkan, sehinggakan saya nak berjalan pun susah.

Namun, dua bulan kebelakang ini, saya diberikan satu penyelesaian oleh Allah SWT. Baik, ceritanya begini, sejak bulan 11 2015 lepas, saya berpantang makan dan saya mula tidak mengambil beberapa jenis pantangan bagi mereka yang menghidap gout. Ikan bilis, budu, belacan, semua itu memang saya tidak makan, namun, selepas 1 bulan lepas, saya makan semula. Kenapa?

Ia kerana, seolah-olah gout saya sudah hilang. Apakah rawatan yan menyebabkan gout saya seolah-olah hilang? Ini adalah satu rawatan tradisional yang dimodenkan. Ia adalah Berbekam.

Saya amat bersyukur kepada Allag SWT kerana diberanikan diri dan dicukupkan duit untuk berbekam. Ia amatlah perancangan Allah yang amat sempurna. Subhanallah. Jika diingatkan hari tersebut, saya ada RM100 cash dan orang yang datang tu memang agak mahal rawatannya. Tapi takpe lah yang tu kan...

Ketika itu saya berada di GM Raub sebab ia adalah hari yang saya mengajar tuition di situ. Selepas itu, sejurus sahaja saya berbekam, keesokkan harinya, saya rasa kaki saya, bengkaknya sudah surut. Selalunya, kaki saya sebelah kanan, memang tak hilang bengkaknya. Ia selalu sahaja membengkak. Tak sakit pun bengkak, kalau sakit apatah lagi.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari, saya dapat membengkokkan kaki saya untuk tahiyyat akhir. bayangkanlah, selepas lebih kurang 2 tahun saya tidak dapat membengkokkan kaki untuk tahiyyat. Subhanallah. Saya amat bersyukur pada Mu Ya Allah.

Oleh itu, inilah nasihat saya, kepada ahli keluarga, sahabat handai, orang tersayang atau sesiapa sahaja yang menghidap gout, tolonglah. tolonglah cuba rawatan berbekam. pergilah cari tempat berbekam. carilah, semoga ia mampu menyedut bisa yang ada terbentuk di dalam sendi-sendi kita. Gout ini selalunya menyerang golongan lelaki.

Tolonglah, carilah tempat berbekam supaya kita sama-sama boleh hidup dengan sejahtera. Cubalah.

Assalamualaikum wbt

p/s: saya sudah mencuba, dan berbekam bukan hanya untuk gout, ia mampu pelbagai jenis penyakit.

2 comments:

  1. ya la mmg lelaki..klu prempuan kna pun tak teruk sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang..kalau yg teruk kena tu memang lelaki..sebab wanita ni dorg istimewa...dorg ada hari 'istimewa' yang menyebabkan mereka tiada darah lebihan di bawh kulit...laki takde hari istimewa tu...

      Delete