Nuffnang Ads

Thursday, March 10, 2016

Jimatlah Air!

Assalamualaikum wbt,

Tatkala kita dilanda fenomena El Nino ini? setiap tahun kita diberikan cabaran seperti ini dan ada sesetengah daripada kita masih berasa selesa dengan apa yang sedang berlaku. Mungkin pada mereka ia adalah biasa.

Saya duduk di kawasan Raub tapi kampung saya berada di hujung sempadan Daerah Raub dan Daerah Lipis. Area kami agak pedalaman, agaklah. Dan ada sesetengah daripada kawasan kampung kami yang tidak mendapat bekalan air dari PAIP.

Ada sesetengah orang kata yang saya ni over sebab cakap hal ini di sana sini. Meh nak bagitau, tau tak yang kenapa keperluan asas dipanggil keperluan asas. Keperluan Asas dipanggil keperluan asas adalah kerana ia adalah satu keperluan. Perkara yang wajib ada dalam kehidupan seharian sekarang ini.

Ada yang menentang bila saya letak perkara-perkara seperti ini di dalam blog PERIBADI tulisan saya. Hmmm...saya bukan memburuk-burukkan sesiapa cuma saya menyatakan benda yang semua orang tahu. Kenapa? Banyak komplen yang saya dengar, rata-rata mengatakan bila JBA ditukarkan ke PAIP, perkhidmatan mereka semakin kurang effisien. Rata-rata melihat yang mereka memang melebihkan keuntungan daripada kebajikan. Well, kita semua tahu yang apabila sesebuah organisasi diswastakan, its either menjadi lebih baik atau lebih teruk.

In this matter, PAIP bukanlah terlampau teruk, tetapi penambahbaikan amatlah perlu bagi memperbaiki imej mereka sebagai sebuah institusi swasta yang membekalkan perkhidmatan air kepada rakyat. Kenapa? Sebab sekarang ini, kami adalah pelanggan dan adat membeli, kami sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri kami dan keluarga. Don't you think so?

Jadi, apa-apa pun jangan cuba memfitnah saya dengan apa yang awak dengar, bukan apa, kadang-kadang, takut backfire you je. haha..

Assalamualaikum wbt

p/s: gunakan kepentingan untuk kepentingan bersama. peace.

No comments:

Post a Comment