Nuffnang Ads

Sunday, March 6, 2016

Penghidupan yang Masih Belum Sempurna.

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh tak update tulisan pepanjang kan? Tu la..kadang ada idea, takde masa. Ada masa takde internet, ada internet, takde idea. macamtu la selalunya.

tapi untuk kali ini, saya nak tulis lepas tu save draft, biar, bila ada masa baru publishkan.

sapa pernah rasa down yang amat sangat sampaikan nak buat apa-apa pun, rasa macam tak boleh. langsung. hmmmm...saya pernah. kadang-kadang bila kita rasa kehidupan kita tidak mencukupi sebab diri kita sendiri yang compare-kan dengan kehidupan orang lain, itu menjadi satu masalah yang amat kompleks.

baiklah, kehidupan adalah satu perkara yang amat ajaib, kenapa? sebab ia dilalui oleh individu itu sendiri. setiap orang ada kehidupan mereka sendiri. biarpun sudah berkahwin, perjalanan itu tetap sendiri sebab walaupun berkongsi hidup, tidak semua perkara mampu diselesaikan bersama. tapi itu adalah pandangan saya.

kehidupan juga adalah satu yang kadang-kadang adil, kadang-kadang kejam, kadang-kadang ia menyesakkan. kenapa adil? kenapa kejam? dan kenapa menyesakkan? itu la kehidupan. simpulan bahasa Bahasa Melayu ada menyebut tentang kehidupan adalah Asam Garam Kehidupan, Pahit Manis Kehidupan. Nampak tak?

Kehidupan ni ibarat gulai, kari, masakan. Tanpa asam,  tanpa garam, masakan kita jadi tak sedap. ia juga seperti kopi, macam dalam ceria Ahmad Albab.

Kopi takde gula. Roti takde garam.

Sedap? tak kan?

jadi...apa-apa pun, kehidupan adalah tugas setiap manusia untuk dilalui dan dihayati. jangan risau jikalau kehidupan kita tidak sesempurna orang lain. teruskan usaha dan berdoa untuk memperbaiki kehidupan kita. insyaaAllah, Allah Maha Mendengar. Usaha, Doa dan Tawakal, jangan lupa berdoa kepada Allah. bagitau Dia yang kita perlukanNya dalam hidup kita. insyaaAllah, Dia selalu mendengar keluhan hambaNya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: carilah Dia dikala gembira,sedih, sunyi, dan sebagainya. Dia mampu mengubat kedukaan.

No comments:

Post a Comment